#MiaGoVacation : Semporna Part One

Assalamualaikum and Hi

Apa yang anda pernah dengar tentang Semporna ? Pulaunya ? Makanannya ? Pakaiannya? Adat resamnya? Semporna ialah satu kawasan yang sangat menarik bagi Mira. Jom kita start cerita tentang Semporna ^____^

Semporna bukan bandar. Semporna ialah pekan. Kalau nak ke bandar, kena pergi ke Tawau. Tawau dan Semporna ni ibarat dari Nilai pergi Kuala Lumpur. Tak terlalu jauh, nak kata dekat pun tak dekat. Masa first first sampai, korang jangan tanya soalan pelik okay? Sebelum start semua benda ni, kita kena tahu apa yang ada di Semporna secara kasar.


  • Seafood sangat sedap, banyak dan murah. Tapi bergantung kepada musim. Ada juga time yang tak banyak ikan, time tu ikan mahal. Kalau time tu musim banyak ikan, so ikan pun boleh jadi murah. Apa tak murahnya, Sardin sekilo boleh RM2.00 !
  • Pemandangan disini sangat precious for me. Angin sepoi sepoi bahasa. Kalau awak tu jenis suka dengan alam sekitar, tunggu post seterusnya ya! Awak boleh makan di tepi laut. Ya tepi laut. makan apa? Nasi goreng boleh, apa apa sahaja boleh. Makan tepi laut tak semestinya makanan laut je kan?
  • Kalau nak datang semporna, pastikan berhenti di Airport Tawau. Jangan memandai kata awak turun airport Semporna. Semporna tak ada airport tau! 
Okay, yang basic kita dah tahu. Jom cerita yang deep skit about Semporna. First sekali, nak cerita part yang paling best eat MAKANAN!!

Masa Mira first time dating sini kan, otak tu dah fakir "sotong sotong sotong" je. Dah lah hantu sotong ni, datang pulak Semporna yang sangat kaya dengan makanan laut, memang terus naik gila lah. Masa datang tu bulan puasa pulak. 20 Jun 2015. Time mendaftar. Seronok memang seronok. Feeling dia tu nak makan je hahaha. Dan paling best lagi, time tu ada bazaar ramadhan, so kita boleh pilih juadah yang sedap sedap dan colourful!

Pasar Ikan yang sancta fresh di Semporna ialah di depan floating. Ini sebab selalu datang situ. Rumah dekat dengan pekan, so kalau nak beli ikan memang beli yang di pekan jelah. Jalan kaki je. 
Hai pasar! Tengok tu fresh betul ikan dia!

Okay hai abang yang melipat pukat. Ni saje tangkap gambar, yelah tak pernah nampak di Semenanjung macam ni hihihi

Lai lai ikan ikan ! Cantik cantik! Macam macam warna ada! Alamak sedapnya sotong tuuuu...

Itu ikan apa? Oh itu ikan pari. Em salah. Itu lengan Pari. Sebelah lengan dia. besar kannn?

Ini baru cerita part pasar Semporna, belum cerita tempat yang best best untuk berjalan jalan di Semporna tau! Nak tau cerita tentang makanan di Semporna? Follow instagram Mira ;)

No comments:

Post a Comment