Pemenang AJL 31 Anugerah Juara Lagu 2016 #AJL31

Assalamualaikum and Hi


Siapa layan Anugerah Juara Lagu AJL31 tadi? Bestnya persembahan diorang kan. Nasib takde dekat sana, tak pepasal korang nampak perempuan terkinja-kinja keseronokkan di kaca tv. Kepada yang tak sempat tengok, atau tak dapat nak check siapa pemenang, teruskan baca okey?


Konsert final AJL31 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM) turut dipancarkan secara langsung menerusi TV3.

Kesemua persembahan akhir AJL 31 telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Siso, Tam Spider, Habsah Hassan, Edry Halim, Edry Hashim, Jay Jay, Pak Ngah, Azlan Abu Hassan, Mokhzani Ismail dan diketuai komposer terkenal Azmeer. Pemenang bagi Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian peminat yang dibuka secara atas talian (online) menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Berikut adalah senarai pemenang untuk AJL31 :-


Kedudukan / Kategori Pemenang 
  1. Juara AJL 31 Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung RM50,000 
  1. Naib Juara Misha Omar & Hafiz Suip Terima Seadanya RM35,000 
  1. Tempat Ketiga Projector Band Sudah Ku Tahu RM20,000 
  1. Vokal terbaik Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung RM12,000 
  1. Persembahan Terbaik Khalifah Hang Pi Mana RM12,000



Wah tahniah kepada Dayang Nurfaizah kerana telah menang untuk dua kategori! Memang beliau sangat berbakat! *love* Memang minat sebenarnya dengan Dayang ni dari kecil lagi. Mia sayang Dayang \^^/

Oh ya mesti awak tertanya-tanya, apa je lagu yang dipertandingkan untuk AJL kali ini? Meh nak letak sikit. So lepasni korang boleh lah search lagu lagu ni dan support industri muzik negara \^^/




Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan 
  • Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah  
  • Terakhir Sufian Suhaimi 
  • Sudah Ku Tahu Projector Band 
  • Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 
  • Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 
  • Ku Rela Dibenci Aiman Tino 
  • Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 
  • Obses Akim & The Majistret 
  • Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 
  • Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 
  • Hang Pi Mana Khalifah 
  • Anugerah Terindah Black

Best best  kan lagu lagu yang bertanding? Ofkos lahh, sebabtu rugi kalau tak layan lagu lagu ni...

TAHNIAH KEPADA PEMENANG! <3 <3

credit : sini

No comments:

Post a Comment