APA MATERIAL TUDUNG YANG SESUAI DENGAN KORANG?

Assalamualaikum and Hi,

Entri kalini Mia nak bagitau sikit jenis jenis tudung yang Mia selalu pakai dan yang mana yang paling selesa dan paling best nak guna. Mia ni jenis yang sibuk, suka jalan sana sini. Not a feminist jugak, tapi memang suka kemas dan wangi-wangi. Memang perfume akan sentiasa bawa dekat dalam bag tu, kadang sampai tumpah habis bag wangi sepanjang jalan. Tapi sejak dah hari hari mesti jumpa orang, duduk depan office sampai rasa macam nak pitam. Stay dekat kampus dari pagi sampai malam, kadang dengan tudung yang sama dari pagi tu! Baju jangan cakap lah, kalau dah ada program di kampus sampai tak reti nak balik. Di office tu la makan, cuci muka, make up, kadang solat pun di situ sekali. Nak jadikan cerita, Bilik MPP tu dah jadi macam rumah kedua Mia dah. Disebabkan kita ni wanita berhijab, pemilihan tudung adalah amat penting. Tudung yang macam mana Mia suka?




1. Bawal Satin
Kalau korang ada baca entri sebelum ni, memang ada Mia tunjuk tudung satin ni kan? Ini yang bercorak tau. Tudung bawal ni best sebab kita tak perlu nak lilit kan, kita hanya iron sikit lepastu kita lipat, pakai pin sikit, pin kanan pin kiri. Terus jadi. Tak perlu lagi nak lilit sana lilit sini, tapi kelemahannya hanya satu, kadang tak tajam. Mia suka pakai tudung bawal tajam tajam. Yelah, tajam tajam nak kemana ye kan, tapi kalau pakai tudung bawal tak tajam rasa macam tak nikmat, gitu.


Ni jenis tudung Bawal Satin

 2. Chiffon Shawl
Next, Mia suka pakai Chiffon Shawl. Ini pun senang nak pakai kesana kesini. Takperlu nak iron sangat. Gosok sikit terus dah boleh pakai. Sibuk ke, dalam air-cond ke, nak jalan kesana kesini pun senang. Well time ni Mia terpaksa terbang dari Semporna ke Kuala Lumpur atas urusan rami kolej. Dimana kami bermesyuarat antara Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk membincangkan isu-isu semasa kepada pihak HQ. Dan saya seorang je perempuan time tu, dan pakai warna hijau. Mesyuarat kesana kesini, bincang. Terbang sana sini, memang sangat penat dn sangat sibuk. Rasa macam nak terbang weh, tapi takde sayap. Tudung pun time tu haru biru dah, nasib pakai Shawl Chiffon, jadi senang dan tak lari lari. 


HANA SHAWL - Black

SAFIRA SHAWL - Beige

HANA SHAWL - Lime Green




Sedikit kenangan semasa bermesyuarat dengan Presiden MPP setiap cawangan di HQ

Di dalam bilik mesyuarat membincangkan isu-isu semasa

3. Matte Satin Wideshawl
Ini pulak yang the latest paling Mia suka. First, ianya labuh dan senang nak gosok. Minima gosok. Guarantee. Warna sangat cantik, nak kata menyerlah sangat pun tak. Nak kata tak menyerlah, tapi deboom! Jahitan kelim di tepi yang sangat kemas dan jamin takde bulu bulu carik dan memang tak jarang. Wow macam promote tudung pulak. Tapi memang best, tak panas, tak berdengung telinga. Sangat sangat best. Time ni pakai di Jakata, lepastu landing, naik kereta lagi berapa jam perjalanan. Lepastu jalan jalan lagi, memang pakai tudung yang sama je, dan sangat senang nak jaga. 

See tak susah pun nak pakai. Paling best mudah bentuk.

Dan semua tudung ni korang boleh dapatkan di instagram @peachscarves tau. Ada beberapa item sold out tu, tapi jangan risau, diorang akan update bila dah ada. Tapi tu adalah senarai tudung yang Mia suka pakai bila time mia sibuk sibuk dan nak rasa cantik dan yakin sepanjang masa.


OH YA, ada lagi satu tudung yang Mia belum cerita.

BAWAL HITAM. 

Tudung ni paling win tau. WAJIB BAWA tudung ni mana mana pergi, as backup. Kita taktau kadang tengah makan tiba tiba tertumpah chicken curry, terpaksa bawa BAWAL HITAM sebagai penyelamat. hehehe.


KORANG TUDUNG APA PULAK?

No comments:

Post a Comment