IT'S BEEN AWHILE...


I am home! Setelah sekian lama duduk di bumi di bawah bayu, Mia ambil keputusan untuk balik ke Semenanjung selepas dapat berita kecemasan dari family. Berdebar hati jantung ni, rasa macam nak meletup je. Tak seronok sebenarnya bila kita travel ke suatu tempat dengan perasaan nervous, berdebar, overthinking ni. Macam macam bermain di dalam kepala. Tapi Mia gigihkan juga diri untuk makan sambil layan baca baca magazine dan safety card yang ada dekat dalam flight tu. 
Untuk alihkan perhatian. 
Bila kita dalam keadaan yang runsing dan tak boleh nak handle, tak mungkin kita nak layankan je. 
Betul tak?

Dalam perjalanan yang mengambil masa 2 setengah jam tu, macam macam dah Mia fikir. Kalau ikutkan hati, nak je terus terbang sampai dekat seberang tu. Dah tak tahan dah duduk dalam flight ni. Hati sayu bila tenung awan awan putih tu. Tiba tiba terbayang pintu Doraemon tu, buka je pintu terus sampai. Kehkeh

Cepatlah sampai.
Cepatlah sampai.
Tu je yang Mia ulang-ulang.
.
.
.
Akhirnya sampai ke KLIA. Mama Mia pun ambil Mia dekat airport and kitaorang terus menuju ke hospital. Alhamdulillah. Semuanya baik baik sahaja. Lega rasanya bila kita dapat tengok orang yang kita sayang masih berada di depan mata. Selama ni, bila duduk jauh dari family dan tinggalkan diorang selama berbulan-bulan, tak ada pula rasa sayu macam ni.

Mia dapat belajar sesuatu, kadang kala kita tak sedar akan perbuatan kita. Selagi orang yang kita sayang tu masih ada di depan mata, masih bernyawa dan masih hidup. Kita lupa, yang mereka sebenarnya sangat menyayangi kita. Bila mereka tu dah sakit, dah tenat, dah masuk hospital, baru kita terhantuk dan tersedar, tanpa mereka disisi hidup kita ni tak bererti.

Jadi untuk menghargai dan mensyukuri masa yang ada, lebih baik kita semua mula menghargai orang disekeliling kita. Sebab percayalah, tanpa kehadiran mereka, korang akan sunyi. Percayalah. Bila kita kehilangan seseorang, memang betul kita tetap akan menjalani hidup seperti biasa. Macam takde benda yang akan berlaku. Tapi, deep down, in the bottom of your heart, mesti terpalit perasaan sedih yang terlalu dalam sehingga tidak dapat disampaikan melalui riak wajah.

Menghargai tak semestinya kita perlu bagi dalam bentuk hadiah, wang ringgit atau pakej percutian. Kita boleh je tanya khabar ke, call ke, chat ke... asalkan orang tu tahu bahawa, walaupun jarang kita contact, kita masih ingat dia.

So, jangan lupa menghargai people around us! 
Hargai mereka sementara mereka masih ada. Korang still ada kesempatan lagi tau, jangan sia-siakan.

Love,
Mia.

1 comment: