MY FIRST BUSINESS CLASS EXPERIENCE!


IM SO EXCITED!! Kata orang rezeki anak solehah, hahaha. Nak dijadikan cerita, masa tu nak balik Semenanjung sangat-sangat mahal around RM 800. Then jumpa satu tiket for business class cost around RM 900+. Disebabkan emergency nak balik, dapat jugak tiket ni. Alhamdulillah, rezeki. Tapi tiket ni bukan beli sendiri ye. Kolej bagi. Kolej Poly-Tech MARA Semporna. Alhamdulillah, rezeki lagi. 

Selama ni tak pernah pun naik Business Class, asyik economy class je. Bila kita naik Malaysia Airlines, dapat seat Economy Class pun dah rasa macam duduk di seat Business. Dapat makan, dapat minum, kalau dapat seat belakang-belakang dapat first masuk cabin and bagage dapat 30kg free. Tapi selalu tengok orang-orang yang naik business class niboleh seat di Gold Lounge dan ada Card Enrich masing-masing. 

 "bila la aku nak merasa business class." 

Alhamdulillah, rezeki. 

Seperti biasa, masa check-in dapat lah fast line untuk business class. Tapi dekat airport Tawau tak rasa sangat diva tu sebab lane untuk business class dan economy kadang still guna lane yang sama just beza kaunter. Kadang kalau lane economy ramai, diorang open jugak yang business untuk economy.


Masa dapat tiket ni, seperti biasa memang penumpang Business Class akan masuk dulu. Masa masuk tu dengan bawa handbag je, takde bawa hand carry, luggage pun takde. Rasa rugi sangat tak bawa balik barang-barang sebab nanti pun nak habis dah kan. Tapi disebabkan emergency so tak payah lah bawa banyak sangat. Lagipun memang rushing sangat sangat. 

Masa kita masuk tu, kita akan duduk. Alhamdulillah dapat seat paling depan. Seat 1A. Mata tu kedip kedip sebab macam tak percaya. Yes people, I got the VERY front seat. Bukan setakat paling depan tau, dapat seat tepi lagi. Disebabkan kita masuk awal, nampak lah ramai orang lain masuk selepastu. Jadi sementara tunggu masa untuk take-off, kesemua penumpang Business class akan dapat Cold Towel and a glass of drink. Mia pilih Guava Juice je, sebab sedap and boleh lah sejukkan badan sikit. Dan masa dah take off dalam beberapa minit, flight attendance akan tanya nak makan apa. Diorang ada sediakan menu lah. Macam masa tu menu diorang Mee Kolok, Pasta (boleh pilih seafood atau chicken) dan ikan. Mia buat keputusan untuk makan Seafood Pasta la sebab masa tu tak lapar sangat.


Cold Towel ofkos lah sejuk. Gunanya untuk korang lap-lap muka, lap tangan, sebab cuaca panas kan. Nanti korang ke dehydration. Tau tak, towel tu sangat wangi. Rasa macam nak gigit gigit and bawa balik. HAHAHAHA tak, saya tak bawa balik tau sebab bila nak dekat take-off, flight attendent akan ambil semula minuman dan cold towel kita tu. Plus, cold towel tu kalau lama-lama kita pegang takkan jadi cold. So better pulangkan. 

So let's cerita tentang apa je yang korang boleh rasakan perbezaan di Business Class Malaysia Airlines ni. 


Di bahagian tangan kerusi, korang akan jumpa beberapa plug untuk memudahkan korang guna sepanjang perjalanan. Unlucky me, tak bawa laptop time ni. Tak dapat nak blogging. Seperti yang korang boleh lihat, ada tempat untuk cucuk headphones, ada port untuk USB cable dan ada port untuk charge your laptop. If laptop lah, nak charge handphone pun boleh. Tapi jenis yang guna kepala charger tu.


Selimut memang dah disediakan so kalau korang sejuk atau nak tidur, korang boleh je buka and lilit badan korang. Pastikan seatbelt tu nampak ye, jangan sorok dekat dalam selimut pulak. Hehehe.

Dekat bahagian tangan pulak korang akan nampak button untuk setting tempat duduk korang. Kalau korang nak tidur nak luruskan kaki pun boleh. Baring pun takde masalah. Sebab kerusinya sangat sangat empuk. Style yang korang duduk terus meresap masuk ke dalam celah celah kusyen tu.

Bahagian depan kaki pun luas. Sangat sangat luas. Korang boleh luruskan kaki ke depan kalau korang nak. Boleh duduk dengan selesa.Ada jugak tempat letak kaki tu, so kalau jenis orang pendek macam Mia, takde lah tergantung kaki tu kan. Hehehe.

Di bahagian tangan tu korang boleh buka tau. Sebab...


Disitulah tempat letaknya meja korang. 



Takkan lah korang makan terapung, right? Korang boleh keluarkan dan boleh simpan semula di dalam tempatnya tu. Sangat sistematik dan kemas. Takde lah leceh nak tolak tarik meja. Puas juga fikir kat mana nak makan ni, rupa-rupanya meja ada dekat dalam tempat letak tangan tu. Hehehe. And yes, meja ni boleh lipat.



Tak lama lepas tu, datang lah segala menu-menu. Memang dugaan sungguh. Masa awal tu memang tak lapar sangat. Niat ambil pasta pun sebab taknak makan banyak sangat. Tapi fahamlah, kalau dah ada selonggok makanan depan mata. Masa datang tu tanpa roti. Then time tengah makan, tiba tiba flight attendance tu tanya, 

"nak roti tak?"

Mia tengok je and cakap, 

"nak."

Flight attendance tu tanya,

"nak berapa? 3 ?"

Dengan selamba Mia mengangguk. KEH KEH KEH.

Padahal sebenarnya kalau dapat lebih, lagi suka. Hahaha. 

Lebih lebih lagi yang bulat tu, tu paling feveret!






Hehehe, mohon jangan terliur tauu ;p


Dan ya, setiap kali makan akan dapat set lengkap which korang yang reti guna sudu, memang faham lah. Ada pisau roti, spoon, fork, etc. Dan korang akan disediakan handkerchief jugak so korang takkan comot lah.


And sambil makan kita tengok movie lah. Tapi tak smepat tengok movie sampai habis. Kita tengok IT je. Seram jugak lah en, sebab masa makan Mia open tingkap. Masa dah siap makan, flight attendance dah tolong angkat, Mia terus tutup tingkap and pakai selimut sambil baring. Memang cite dia feel kaw kaw lah.


Then dapat jus guava lagi. Actually dah tiga kali kot minta. Then minta ice water dua kali rasanya. and then minta water 1 kali. Berapa banyak kali dah minta air. And as usual diorang ofkos akan bagi kacang diorang. Salted Peanut Malaysia Airlines paling best kot rasanya. Tapi Mia tak makan, biasa Mia akan bawa balik. Bagi orang dekat rumah yang makan, sebab Mia tak makan kacang. Hehehe


Oh ya, Mia tak sempat nak review tandas because Mia tak pergi tandas. Hahaha, even banyak minum air tapi takde rasa nak pergi tandas. Memang Mia rasa happy sangat-sangat bila dah dapat rasa semua ni. Ingatkan tak akan pernah rasa, tapi dapat rasa sekali cukuplah kan. Harap-harap ada rezeki lebih lagi, boleh Mia share lagi dengan korang! Bye for now ;p


Share sikit muka budak happy \^^/



6 comments:

  1. omaigadddd bestnyaaaaa alhamdulillahhh rezeki awak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, alhamdulillah... kalau ada pengalaman best lagi, nanti Mia share lagii hehehe

      Delete
  2. Alhamdulillah. rezeki dapat fly dengan first business class!! happy for you :)

    ReplyDelete