PUASA BUKAN ALASAN


Selamat berpuasa kepada semua Muslimin di dunia. Tak sangka pejam celik pejam celik, kita jumpa juga dengan Ramadhan tahun ini. Mia rasa Ramadhan Mia tahun ini, sunyi. Sejak papa meninggal dunia bulan tiga lalu, rasa semuanya bertukar. Rasa kosong tu terlalu obvious. Tapi hidup mesti diteruskan kan?

Sepanjang Ramadhan ni, Mia dah ambil alih syarikat papa. Yang mana kesemua perkara yang berhbungan dengan syarikat, adalah dibawah kuasa Mia. Nak kata tak penat tu, memang penat sangat. Umur 21 tahun, dapat cabaran macam ni memang rasa menggeletar awalnya. Tapi bila lama-lama kita usaha dan cuba rungkai satu per satu. Alhamdulillah, berjalan dengan baik. Syukur ada juga pekerja yang datang dan membantu Mia sepanjang Mia nak mulakan semula syarikat ni. Bisnes ni bukan mudah untuk orang biasa-biasa. Jadi Mia terpaksa menjadi orang luar biasa, agar perjalanan bisnes ini lurus dan telus.

Setiap yang datang kedai Mia, mesti mencari-cari arwah papa Mia. Ramai yang terkejut. Terlalu ramai. Tak tahan bila ada customer datang kedai tanya banyak kali tentang papa, sampai nangis nangis. Kalau tuan puan rasa sedih, bayangkan macam mana kami sekeluarga menanggungnya? Ada satu cerita haritu, abang abang security di UKM datang ke kedai. Dia borak borak kejap lah dengan Mia.

"Dik, mana owner kedai?"
"Ayah saya dah meninggal bang."
"Bukan ayah awak. Saya nak jumpa owner kedai ni."
"Ye bang. Owner kedai ni ayah saya."
"Bukan lah. Ada dia haritu saya nampak dekat sini. Yang bekas lecturer UKM tu."
"Ye bang. Dia ayah saya. Dia terkena serangan jantung. Dia dah meninggal."

Reaksi abang tu, buat Mia rasa sedih sangat. Nak menangis depan dia, malu pulak kan. Jadi tahankan jela di dalam hati. Dia sampai terkedu. Tergamam. Riak wajah dia macam tak percaya. Jujur, setiap yang tahu cerita tentang arwah papa, memang pasti akan terkejut. Papa dikenali sebagai manusia paling ceria, pintar, bijak, berkarisma dan pemurah. Pemurah senyuman, pemurah dari segi bagi makanan. Dia pun pemurah dalam menyampaikan ilmu. Mungkin sebab itu, dia ada ramai customer yang suka berborak dengan dia. Kadang membeli tu bukan sebagai tujuan asal, tapi untuk berborak dengan arwah. Semoga papa diletakkan di kalangan orang yang beriman. Amiin. 

Oleh sebab itu, Mia tadi berbuka bersama mama berdua untuk Ramadhan ke-3. Sementara menunggu lori datang ke kedai untuk restock stok baru, Mia dan mama plan nak makan dekat McDonald's je. Senang lah sikit, cepat, sedap, dan kalau lori tiba-tiba datang boleh lah terus lari berdesup kan. Senang nak bungkus bawa balik. Mia pun beratur dari pukul 7 petang di kaunter McDonald's Bandar Baru Bangi berdekatan PKNS tu. 

Mia pun beratur dan dapat nombor 196. Seperti biasa, kita akan ke kaunter sebelah untuk ambil pesanan kita, Mia order 2 set Nasi McD dan 1 cawan Cappucino je. Takde lah lama sangat kot sebab berbuka puasa pukul 7.20pm. Mia dah menggigil ni sebab sepanjang hari berada di luar menguruskan hal-hal syarikat. Mia nampak nombor Mia di bahagian screen tu. Nombor sebelum Mia dan selepas Mia dah dapat makanan. Mia ingatkan mungkin sebab diorang tak order nasi kot sebab tu awal dapat.

Tapi Mia tengok nombor 198 dan 199 order Nasi McD jugak. So Mia terus ke kaunter dan tanya kepada kakak kaunter tu. Rasanya adik, tapi Mia cuba hormat dengan panggil 'Kakak.' Bila tanya kenapa Mia punya lambat sampai, dia cakap belum lagi, nanti dia panggil. Mia pun positive je lah. Mungkin belum kot. Masa dah 7.10pm, tak dapat lagi ni makanan Mia ni. Mia pun pergi kaunter lagi dan tanya lagi, dia masih jawab perkara yang sama. Mia tanya balik, "customer selepas saya dah dapat makanan kenapa saya belum?" Then dia jawab, "customer tu order apa?" saya cakap, "nasi lah." then dia ckap, "awak punya belum siap lagi. Nasi tak masak lagi." Saya masih lagi fikir positive. Mia pun tunggu dan duduk di kerusi meja berdekatan. Masa time tu 7.20pm. Azan dah berkumandang, staff disitu bagi Mia kurma untuk batalkan puasa. Mia pun baca doa dan makan kurma tu. Nasib baik sedap. Hehehe

Terus Mia pun nampak nombor Mia pada screen, 196. Mia ke kaunter dan tiba tiba nombor tu hilang. Mia tanya lah, "saya nampak nombor saya di screen tu." Then orang yang sama tu jawab, "eh tak tak. Awak punya belum lagi." Mia masih berkeras lah cakap yang nombor tu ada dekat screen. Dia cakap "dah takde dah. Nanti saya panggil." Mia dah geram ni. Mia order sikit je pun. Kenapa customer lain dah dapat tapi Mia belum dapat. Kalau tak boleh buat, bagitau awal-awal. Jangan cabar kesabaran orang berpuasa.

Mia pun tunggu lagi. Tapi kali ni Mia duduk dekat depan kaunter betul-betul. Tiba tiba diorang serve untuk nombor 122. Maksudnya nombor recycle. Mia tengok dia order Nasi McD jugak. 2 kotak. Maksudnya 2 set. Mia tanya lah, kenapa customer yang ni dah dapat nasi ni sedangkan saya tunggu setengah jam, tak dapat dapat. Alasan dia, sebab tu nasi lemak biasa. Sedangkan yang Mia order, nasi McD dengan telur dan ayam goreng. Mia balas balik, "apa bezanya?' Terus dia lari. Dia macam acah-acah tanya kawan dia.

Mia tetap tunggu. Sampai ada pelayan lain yang layan Mia. Datang lah satu orang perempuan memakai spek. Dia tengok nombor Mia. Dia tanya, then yang pelayan yang awal awal tadi datang dekat Mia. Dia cakap, "saya dah kata awak punya belum siap. Awak baru order kan?" Mia punya mengamuk tahap dewa dah time tu. Mia menjerit dekat kaunter tu.

"baru order? Saya tunggu dekat sini lebih setengah jam tau. Tanya kawan awak sebelah tu, dia yang ambil order saya. Saya tunggu lama dekatt sini, awak cakap takde takde takde." 

Lepastu dia macam ajuk balik cakap Mia dekat kawan kawan dia.
Kali ni Mia panas. Gaya dia sumpah kerekkk gila. Mia terus jerit, Mia minta refund. Mia panggil dia kurang ajar. Staff lain tanya Mia kenapa. Mia jelaskan semuanya, Mia rasa dia dah terbuang order Mia. 

Lepastu Mia tanya dia, siapa nama dia? Dia jawab, "pehal plak nak tau nama saya?' Mia jawab lah, "Saya ada hak nak tau nama awak. Awak layan saya macam ni, awak memang kurang ajar ke?"

Lepastu Manager McD datang dan meminta maaf. Dia cakap, "minta maaf lah sebab ni puasa." Mia cakap, "puasa tak puasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan. SAYA NAK REFUND SKRG!." Terus Mia hentak meja kaunter tu dengan tangan dan minta refund. Mia cerita balik perangai yang kurang ajar tadi tu. Si kurang ajar tu dah lari masuk dapur belakang tu menyorok. Berkali-kali saya panggil dia, dia menyorok dekat belakang tanpa rasa bersalah menidakkan kesalahan dia. Lepastu Mia tanya diorang apa nama dia. Laila namanya. 

Mia tak tahan, Mia minta refund dan Mia keluar. Mia takkan naik darah kalau orang lain tak kacau Mia. Mia tau bulan puasa ni penat bekerja. Tapi sebagai seorang pekerja, cuba ingat balik tujuan asal kita bekerja kerana apa? Kalau buat kerja acuh tak acuh, lebih baik tak payah kerja. Awak ingat halal ke kerja awak macam tu? Orang selalu beranggapan, kerja haram tu yang buat perkara mungkar. Kalau korang punch card pukul 8, tapi 8.30 hingga 11pagi pergi lepak mamak, tak buat kerja. Ingat halal ke? 

Muhasabah balik diri. Mungkin Mia pun salah. Tapi Mia pun pekerja. Mia pun tahu penat tu macam mana. Tapi jangan sesekali jadikan puasa sebagai alasan untuk menutup kesalahan dan kelemahan kita. Customer Mia tak puas dengan service di kedai Mia, Mia ganti semula barang tu. Mia memohon maaf dan mengaku kesalahan Mia. Puasa ni adalah sesuatu yang mulia, jangan cemari ia dengan perlakuan jijik kita. Semoga kita semua sama sama menerima iktibar dari cerita Mia ini. Apa - apa pun, Salam Ramadhan gais!



3 comments:

  1. First of all, takziah untuk awak atas permergian ayah awak. Stay strong, Mia!

    &

    Yes, I think I will act like you kalau orang yang kita deal perangai macam tu. Tak kisahlah puasa ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Farah.

      &

      Kan, rasa geram sangat dengan orang macamtu. Huhuhu T______T

      Delete
  2. semoga berjaya menyambung delegasi perniagaan arwah ayah.. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete