MISWAK THE FIRST TOOTHBRUSH IN THE WORLD



Hello korang, Salam Ramadhan! Bulan Puasa merupakan bulan barakah untuk seluruh umat Islam. Melakukan ibadah sepanjang bulan puasa ni, akan mengganda-ganda-gandakan pahala kita tau. Insha Allah. 

Mia nak share dengan korang tentang satu produk paling latest, paling gempak, PERTAMA di DUNIA, dan menggunakan teknologi Jepun. Semua orang pun tau, teknologi Jepun memang canggih! Produk ini menggabungkan sunnah dalam kehidupan seharian. Akhirnya kita boleh mengamalkan lagi satu amalan sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita!

Miswak ini ialah berus gigi yang menggunakan bulu berus yang mengandungi miswak dan seramik kuarza semula jadi. Berus gigi ini menggabungkan tradisi Arab dengan teknologi Jepun terkini. Kombinasi unik dalam bulu berus gigi ini membawa suatu konsep baru yang mengetengahkan alam semulajadi dan Sunah ke dalam gaya hidup seharian.


Miswak, juga dikenali sebagai siwak atau kayu sugi, merupakan kayu pembersihan gigi yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. Ia didapati dari akar dan ranting pokok Peelu (Salvadora Persica). Dipercayai mengandungi elemen antibakteria yang berupaya mengurangkan plak, memutihkan gigi dan menghilangkan bau mulut, penggunaan miswak ini merupakan sunah Nabi Muhammad saw dan ianya satu amalan yang sangat disyorkan. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. juga menggunakan miswak dan menyarankan penggunaannya setiap kali sebelum waktu solat.
Atas dasar keistimewaan yang diperakui tentang miswak ini, terhasilnya berus gigi Miswak pertama di dunia!




Berus gigi miswak tidak memerlukan penggunaan ubat gigi. Ini kerana seramik semulajadi yang terkandung dalam bulu berus bertindak sebagai unsur pembersih. Seramik kuarza semulajadi ini didapati hanya di Aichi Prefecture, Jepun. Ianya kuat, berdaya kikisan yang baik, dan juga mampu tahan impak, haba dan bahan kimia. Bukan itu sahaja, ia juga menjana cas ion negatif yang banyak semasa tindakan pemberusan gigi. Ion-ion ini berupaya melicinkan permukaan gigi dan mengurangkan plak gigi. Oleh kerana seramik tersebut telah dihancurkan sehingga halus dan dicampur dengan bulu berus gigi, tiada risiko kerosakan pada gigi dan gusi.

Terkenal dengan penghasilan produk-produk yang inovatif dan bermutu tinggi, barangan buatan Jepun lazimnya menimbulkan tanggapan sebagai barangan nilai terbaik di kalangan pengguna serata dunia. Begitu juga dengan berus gigi Miswak di mana ianya terbukti 100% selamat digunakan. Ianya dihasilkan di Yao dan bandar berdekatan di Osaka Prefecture, sebuah kawasan yang terkenal dengan penghasilan berus gigi.



Berus gigi Miswak disyorkan penggunaannya untuk sebulan dan kemudian diganti dengan yang baru. Ini adalah untuk mengekalkan prestasi keberkesanannya dalam proses pembersihan gigi. Sekiranya secara purata, ia digunapakai 3 kali sehari, selama 3 minit setiap kali berus, berus gigi Miswak boleh digunakan selama sebulan. Dalam kiraan yang lebih tepat, berus gigi Miswak ini boleh digunakan dengan berkesan selama 270 minit.

Korang yang lain, jangan tunggu lagi tau. Korang boleh ke instagram Mia di @myraaaaawr untuk video penjelasan lebih lanjut atau korang boleh ke website www.miswak.com.my. Harga jualan hanya RM15 sahaja! Jangan lupa dapatkan tau!



[Sponsored post]



4 comments:

  1. bestnye.. banyak kelebihan ni bersugi.Akak sekeluarga pengguna kayu sugi.Lepas ni,boleh lah trt ni pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... Gigi rasa bersih sangat lepas bersugi. Alhamdulillah, dah dipertemukan yang senang macam ni!

      Delete