POST-EID CELEBRATION : DAY 3



Keesokan harinya, Mia dan keluarga pergi ke Kuala, Medan. Kita orang nak jumpa dengan bakal pengantin yang pakai baju hijau tu. Dia nak kawin dah. Sekarang dah kawin lah, ni kan throwback je. Hehehe. 

Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih tapi campur jem, jalan yang kecil, penuh berlobang, masuk ke laluan ladang kelapa sawit, siap dengan sesat jalan lagi. So dalam 2 jam juga lah. Sekaligus, kami menziarah kubur-kubur keluarga. lebih kurang 10 kubur lebih kami lawat. Nenek, atok, makcik, pakcik, moyang, dan sedara yang lain termasuk ada anak buah jugak. Dan sekaligus nak rapatkan silaturrahim semula la sementara musim raya ni. Dan sementara kami disini. Hehehe.




Hahaha, jarang jarang dapat menyaksikan gaya ini....

Lepastu kami pun singgah ke gerai pakcik kami. Dia jual kolding iaitu Kolak Dingin. Kolak tu ialah pengat pisang. Dia campur ice, gula merah, cendol dan macam. macam lagi. Tengok gambar dekat bawah.


Ini dia Kolding tu. Sedaap, ada pulut jugak. Sejuuk dimakan masa panas panas. So fresh!


Ko tengok wak Mia, memang suka OOTD. Hahahaha.


Ini iklan je.

Then lepas tu kami pun balik. Sampai di Medan dalam pukul 7 malam kalau tak silap. Kalau Malaysia, dalam pukul 8 malam lah. Sebab Indonesia lambat 1 jam masa dia. Dan kami pun balik, rehat dan tidur. What a day... Tunggu next post ye!


2 comments:

  1. nampak sedap kolding.. baru dengar nama tu. hehe.. biasa dgr ABC jer. hehe..
    seronok n meriah :)

    ReplyDelete