YAYYY DAH CONVO !


Yayyy alhamdulillah, dah convo! sila KLIK SINI untuk tengok kesinambungan cerita ni... Selepas 3 tahun mengharungi segala lautan assignment, pasang surut kehidupan, tidur tak tidur, belum lagi dengan aktiviti kampus, naik turun meeting, berlari kejar lecturer i think everyone does belum lagi dengan kena pakai heels supaya boleh nampak integriti ececececeee...

I dont know lah, life at campus ni satu level yang berbeza dari sekolah menengah. Well, sekolah mnengah for me is fun. Mia dulu Ketua Editor sekolah, kerja memang dengan kamera. Takde siapa cikgu nak rampas, nak tegur pun takde sebab nanti kita akan publish gambar tu ke dalam facebook dan tag diorang. Boleh tukar DP facebook, kan cikgu? Hehehe. Tapi di kampus lain ceritanya. Kalau dulu kita dekat sekolah pergi pagi, balik petang. Ikut je apa cakap cikgu. Mia mungkin lain kot sebab Mia balik kadang sampai hampir malam sebab stay sekolah buat content majalah. I think my life memag ditakdirkan untuk buat content forever lah hahaha.

Di kampus pun, lebih kurang sama jugak. Mia buat content untuk instagram MPP, kemudian bertanding presiden buat content untuk aktiviti tahunan, termasuk dengan leadership programme among MPP sendiri. Sebelum publish mana mana media, nak kena approve dulu, meeting dengan pihak pengurusan, belum lagi kena hentam dengan students konon perempuan tak reti buat kerja. 

Biasalah, dorang campus-etizen. 

Setiap bulan meeting dua kali, sebelum program ada meeting, sebelum start program ada meeting, after program ada post mortem meeting, yang semua meeting tu merangkumi gerak kerja, susun atur organisasi, dokumentasi, persijilan, dan segala yang menyakitkan kepala. 

Kelas pulak dengan kelas cancel (yay), kejar lecturer sebab nak submit assignment, selit bawah pintu sebab lecturer cakap kalau saya dah kunci pintu saya tak terima dah. Guess what, we are more genius sir! Apa lagi yang best dalam kelas... Oh! Besok submit assignment, malam ni tak tidur. Besok exam, malam ni baru study sambil tengok Manchester United main. Believe me, I lebih fokus study kalau ada bola. Mata tengok bola tapi tangan jalan. Last last tangan berhenti menaip, terus pegang teh ice. Hihihi.

See, betapa productive nya kehidupan sebagai seorang student. Rindu masa masa tu. Tapi yang lebih best lagi adalah bila kita satu kelas sekepala. Mungkin ada orang cakap, kami pun sekepala. But I dont really think sekepala korang sampai tahap satu kelas tu jadi bestfriend korang. Kelas Mia ada 27 orang. Yang selalu rajin involve dalam semua perkara antara satu sama lain dalam 25 atau 24 orang kot. Sebab yang selebihnya memang suka buat kerja sendiri. Kadang sampai rahsia Mia couple dengan Lingard pun dorang tau beb! Bukan sebab Mia jenis suka update tau, tapi memang sebab kami semua rapat. Kebetulan satu kelas rumah dekat-dekat dan dulu dekat Semporna memang tempat lepak tak banyak. So kalau satu geng lepak, geng yang lain akan join sekali. Last-last, gosip yang tadi share berlima je (satu geng) bila geng lain datang 

"Korang borak apa tadi"

Haa... Disitu lah semuanya start...

Sebenarnya Mia agak susah nak lupakan kawan-kawan Semporna ni. For me, they are everything. They know me in my ups and downs, diorang faham my life. Paling tak boleh tahan kan, korang kalau tanya dengan member sekelas ada ke sampai tahap

"How's your mum? I dengar dia dekat Jakarta sekarang."
"Eh, adik you dah besar kan?"
"So bisnes you macam mana?"
"Mia, I've read your blog!"

Guys, theres two types of person kalau dia tanya you soalan macamni. First, sebab dia stalker. Second, they really cares about you. But I believe these TESALIEN are care too much about me and that's make me loves them even more! Bayangkan masa jumpa time konvo haritu memang terus cari, terus duduk dan menjerit siap berpeluk macam teletubbies tau. Habis huru hara dewan konvo tu dengan suara bising kitaorang. #MoodMakJemahONz

Personally, KPTM Semporna leaves a very remarkable memories for me. Tapi, kata orang lebih seronok tinggal di negeri sendiri. And for sure, Mia takkan mudah lupakan Semporna. Mungkin di Semenanjung ialah tempat Mia cari kerja, but Sabah is actually my real life. Yela sebab dah pernah stay sana kan. Macam orang yang setiap bulan ke overseas, mesti boleh bandingkan antara tempat mana yang mereka selesa. Kalau korang macam mana? 

But syukur Alhamdulillah, Mia dah convo. Lepas ni dah boleh dah urus pasal pinjaman MARA. Oh ya, nanti Mia share macam mana nak buat eConversion ya. PInjaman korang boleh berkurang kalau korang kekal jaga pointer! Bestnya.... Sekarang Mia terpaksa jadi macam graduan lain... nak kerja apa eh....

Till my next post guys!
bub-byeeee

6 comments: