#LIFE : PENGALAMAN MENJADI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Assalamualaikum dan Hi

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah 2016 / 2017
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah 2017/2018

Nak dijadikan cerita, ramai rupanya yang baca tentang Majlis Perwakilan Pelajar di entri Myra yang lepas. Myra ingatkan tak ada sambutan, rupanya ada juga. Di saat ramai ramai yang baca tu, ada juga yang bertanyakan soalan. Mungkin ada juga orang diluar sana yang nak tanya tapi segan dan malu. Mana boleh malu, nak jadi MPP kena berani. Betul tak? Tapi kalau masih ada yang segan, korang boleh leave komen dekat entri ni atau korang email je soalan korang kepada Myra di putriamira1911@gmail.com. Insha Allah, Myra akan jawap dengan penuh berhemah dan secepat mungkin.
So kita kembali kepada soalan yang diberikan, 

1) Apakah pengalaman Myra menjadi seorang Majlis Perwakilan Pelajar? 
Nampakya masih ada yang meragui tentang status Myra menjadi Majlis Perwakilan Pelajar ni. Tak apa, jangan gusar. Myra akan jawab. Myra menjadi ahlis Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna semasa semester 2 sebagai Exco Penerangan dan Penerbitan. Myra galas tugas tu selama 1 tahun iaitu sehingga semester 3. Pada semester 4, Myra menjadi Presiden. Juga selama 1 tahun sehingga semester 5. 



2) Bagaimana Myra mengurus kelas dan juga tugas?
Okay, let me tell you guys. ITS NOT EASY! Tipu lah kalau Myra langsung tak turun kelas, dan tipu juga kalau Myra kata Myra langsung tak turun meeting. Apa yang Myra tahu, Myra tak tertinggal apa pun info di kelas dan apa pun info semasa meeting. Tapi Myra akui, fokus Myra agak terganggu sedikit semasa Myra menjadi Presiden. Bukan untuk takutkan orang, subject yang Myra bawa agak sedikit susah dan Myra gagal untuk seimbangkan disebabkan badan terlalu penat dan minda terlalu sempit. Tapi, alhamdulillah Myra berjaya menghabiskan pengajian Myra walaupun hanya mendapat pointer 3.77 sahaja. Agak kecewa tapi tak apa, bersyukur dengan apa yang ada. Semoga menjadi pengajaran untuk diri ini menjadi lebih baik. Kalau nak baca details perjalanan Myra sepanjang menjadi MPP, tunggu next update tau. Myra nak cerita semua dekat blog supaya Myra boleh baca semula nanti dan menjadi pembakar semangat juga untuk korang.

3) Apakah tugas paling berat sepanjang Myra menjadi Presiden?
Myra bagitau korang eh, I love challenges. Myra tak pernah rasa ada tugas yang berat sepanjang menjadi Presiden sebab well, I am also kakak sulung. So kerja mengarah tu dah biasa hahaha. Kebetulan dalam kelas pun, memang Myra always yang paling bising dalam lontarkan idea dan membuat kebisingan. Tapi, kejap bagi Myra fikir.... rasanya semasa ahli majlis tidak boleh bekerjasama dengan kita. Itulah tugas paling berat. Kita berharap bila kita menjadi satu team, kita mampu untuk mengajar dan membimbing rakan rakan seperjuangan kita tetapi ianya tak semudah yang disangka. Disaat kita sedang mengemudi kapal kita, akan ada nakhoda yang berpaling dengan menikam dari belakang, dengan berpindah kapal dan berlayar dengan orang lain. Semua tu normal. Walaupun kadang kecewa sebab apa yang kita ajar mereka adalah untuk kebaikan mereka dan kebaikan pelajar. Myra sepanjang jadi Presiden tidak pernah fikir "aku kena buat macamni kalau tak nanti MPP tanggung malu." TAK. Myra selalu fikir, "kalau benda ni tak jadi, atau tak berjaya, kesian kepada pelajar dan akan memalukan nama kolej." Dan sebenarnya Myra sukaaaaa jadi MPP. Terlalu banyak pengalaman yang Myra dapat!

4) Apakah halangan yang paling mencabar menjadi MPP?
WOW. Soalan cepumas. Kejap, Myra jawab eh. Halangan apabila ada sekumpulan pelajar yang membantah segala usaha kita untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Namun kadang kala, mereka menjadi team kita. Tapi Myra tak boleh tolak mereka menjadi team, akhirnya Myra turut ajarkan mereka, Myra turut mengetuai mereka walaupun sebenarnya di belakang Myra, mereka mengkhianati Myra. But im okay with it. Its politik guys, tidak ada sahabat sejati dan tidak ada musuh abadi.

So nampaknya itu sahaja sharing Myra. Kalau nak Myra sharing lagi, korang boleh komen dekat bawah atau kalau korang ada soalan dan nak korek korek cerita Myra, korang boleh komen jugak atau email Myra. See you guys soon! Byeeeee!




7 comments:

  1. Macam best je jadi MPP ni. Tapi kena seimbangkan dgn pelajaran juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sis. I sukaaa hahaha. Yes betul. Memang kena seimbangkan.

      Delete
  2. Tahniah.. semoga pengalaman ini dapat digunakan di alam pekerjaan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Amiin. Salah satu pengalaman yang saya boleh gunakan ialah keyakinan dan percaya dengan diri sendiri.

      Delete
  3. Macam mana nak terpilih jadi Presiden MPP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali, haruslah masuk ikut bertanding :) Kemudian, cuba tonjolkan potensi diri. Niat tu kena betul, apa tujuan untuk menjadi presiden. Jangan disebabkan elaun dan popular semata ya. Semua tu akan mempengaruhi corak bekerja kita. Lepas tu, galas jawatan dengan penuh tanggungjawab. Semoga berjaya! :)

      Delete
  4. saya teringin nak jadi MPP tapi takut2 sbb mmg jenis susah bahagi masa and akademik biasa2 je. apa pendapat myra ?

    ReplyDelete