RESEPI MAC & CHEESE SIMPLE & MUDAH



HALUUU GAIS! Siapa sini tengah tengah malam lapor, tak pun bangun breakfast pagi tak sempat nak masak banyak, nak yang cepat, kenyang dan sedap. 


Well, resepi ni Myra bagi nama SIMPLE dan MUDAH sebab saya jenis kalau lapar je baru masak. Kalau tak lapar, memang takde nya nak masak. So daripada korang baca bebelan Myra, jom kita terus start masak!



PS: Resepi ni tak sesuai untuk korang yang nak diet eh. Jangan bagi alasan taknak makan nasik sebab nak makan mac & cheese, kalori mac & cheese ni lagi banyak dari nasik!

BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN :
  • Macaroni 
  • Buttercup
  • Cheddar Cheese / Mozarella / Parmesan / anything, the more the better!
  • Blackpepper
  • Tepung Gandum 1 sudu
  • Secubit garam
  • Kiub Pati Ayam
  • Susu full cream

First step, korang rebus dulu macaroni tu sehingga dia masak. Biasa kalau nak tahu dia masak tu bila dia dah mengembang dan agak timbul di permukaan kuali tu. Myra guna kuali je sebab senang. Kalau korang nak guna periuk ke, mangkuk ke, guna lah. Apa apa pun boleh.

Ni belum kembang tau, but hampir kembang. So kita kena tunggu lagi.
NEXT, korang letak secubit garam sikit untuk macaroni korang tau. Saje je supaya ada rasa sikit, tapi kalau taknak letak pun takpe sebab nanti ada cheese pun masin jugak.


NEXT, lepas je dah kembang korang tos kan dia. Keringkan, lepastu guna periuk yang sama pun boleh. Nak tukar baru pun ikut suka lah. Korang letak pula Buttercup atau apa apa mentega,tunggu sehingga dia cair lepastu korang letak tepung gandum.

So ini lah Cheddar Cheese yang Myra guna dan buttercup. Tak guna banyak pun sebab Myra buat untuk makan sorang je. Tepung pun letak dalam satu dua sudu pun okay, bergantung pada butercup korang banyak mana.




NEXT, korag gaulkan mentega dan tepung gandum tu tau, guna api kecil je. Gaul gaul sehingga sebati. Sekejap je tu, lepastu korang campurkan susu full cream. Ikut korang la nak banyak mana. Kalau untuk sorang makan, biasanya dalam satu cawan pun dah okay dah. 250ml, tapi Myra anggarkan macam satu hingga setengah cawan je. Sebab Myra tak suka susu banyak banyak. Haha.


 

NEXT, korang gaul gaul sehingga susu tu macam dah sebati dengan tepung dan mentega tadi. Jangan lupa masukkan kiub pati ayam tau. Supaya ada rasa ayam ayam sikit, ada orang jenis tak boleh makan terus susu dan cheese, tak lalu tekak. So supaya ada rasa ayam, korang masukkan kiub tu sehingga kiub tu larut. 

Bila dah larut, boleh lah korang masukkan cheese banyak banyak. Myra letak 3 keping, because I LOVEEE CHEESE! Kalau korang nak pekat, korang letak banyak, kalau taknak pekat sangat letak 1- 2 keping dah okay dah.

Selepas dah siap masukkan cheese, korang terus masukkan macaroni yang korang dah tos kan tadi tu ke dalam periuk korang. Kemudian gaul aje lah. Korang nak buat pekat macam mana, ikut kreativiti masing masing. Jangan lupa letak blackpepper ye, supaya ada rasa sikit hehe. Taknak letak pun takpe, ikut selera.


Dan sekarang ni, dah siap... Senang kan?

Boleh lah buat untuk breakfast! Nak makan macamm tu boleh, tapi Myra suka makan dengan roti. Tak taulah, rasa nikmat sangat. Korang jangan lupa try tau! Byeeeee!



No comments:

Post a Comment