SIGNATURE MARKET CELEBRATES THEIR BRAND NEW BRAND REDESIGN LAUNCH EVENT


Zaman sekarang ni, kena mula amalkan gaya hidup sihat. Semakin kita berusia, semakin banyak tenaga yang dikeluarkan semakin lemah badan kita, kalau kita tak jaga. Tapi itulah, sibuk sgt kerja sampai kadang tak terfikir nak jaga badan ni. Kadang nak makan pun tak sempat, apatah lagi nak mengunyah time kerja kan? Sibuk. Tapi kena ingat, kesihatan pun perlu dijaga. Daripada korang mengunyah sesuatu yang tidak baik untuk badan, apa kata korang cuba snek baru ni dari Signature Market!


Haritu Myra pergi ke launch Singnature Market yang mana mereka telah re-branding untuk pertama kalinya di Majapahit @ Marc Residence, KLCC. Mereka telah rebranding produk kepada yang lebih praktikal, iaitu menggunakan ziplock sekali dengan design yang sangat menarik! Very vintage lah kata orang kan, dan lebih senang untuk customer yang dah selalu beli untuk memilih jenis snek yang mana sebab Signature Market mengeluarkan beberapa jenis produk tau. Bukan satu je...

Mereka ada 3 produk iaitu Low Carb Mix yang mengandungi Almond, Walnut, Flower Seeds, Pumpkin Seeds dan Cashew. Omega-3 Trail Mix yang mengandungi Walnut, Almond, Pistachio, Cranberries, Pecan and Pumpkin Seeds. Seterusnya, Healthy Nut Mix yang mengandungi Almond, Cashew, Pecan, Peanut dan Hazelnut. 

Dan mereka pun ada sijil HACCP & GMP tau. Seperti yang kita tahu, kalau dah lulus HACCP & GMP maksudnya produk tersebut memang dah bersih dan terjamin kualitinya. Tanpa pengaruh bakteria, virus, toxins, parasit, pewarna dan pengawet tambahan, dan sebagainya lagi. SO korang jangan risau untuk cuba!


Kebetulan semasa event tu sempat berkenalan dengan kawan baru, Kak Fara! Cantik sangat jumpa depan-depan. Baik dan sangat lembut tutur bicara. Rupanya model yang selalu masuk GoShop tu! Kebetulan duduk satu meja, hehehe.

Tahu tak, menariknya lagi semasa event Signature Market tu, mereka bukan sahaja menghasilkan produk yang sihat dan berkhasiat, mereka juga menyediakan makanan kepada kami para bloggers dan rakan media, menu yang sangat berkhasiat tau! Jarang-jarang dapat menu yang organik dan sedap macam ni.





Menarik kan? 

Korang jangan lupa untuk cuba produk dari Signature Market ni tau, lebih praktikal, lebih menarik, lebih sihat! Jangan lupa visit website atau instagram dorang tau! Byeeee!

Instagram : SIGNATURE MARKET IG
Website : SIGNATURE MARKET

1 comment:

  1. Many thanks, this website is really valuable. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete