YAY NEW JOB!!


Yayyy muka budak dapat tag!

SUMPAH NAIM DANIEL MMG EXCITED GILA! 

Myra jarang cerita pasal working life tapi serious ini adalah moment yang paling happy bagi Myra sebab I dapat pengalaman baru bekerja di sebuah syarikat bertaraf international!

Finally!

Tapi Myra tak akan exposed company mana dan mungkin jalan cerita akan diubah sedikit, tapi  Myra rasa macam sangat happy untuk share dengan readers semua (lol. who reads?) tentang pengalaman bekerja di company baruuuu! Siapa tak excited kan bila kita yang tak pernah ada pengalaman, akhirnya diberi peluang keemasan macam ni!

So dapat panggilan sebenarnya beberapa minggu sebelum hari daftar, tak ingat berapa haribulan, dalam 2 -3 minggu macam tu, interview secara call jelah. People nowadays so creative tau, boleh interview guna phone je. Tetapi akan di follow up dengan real-life interview lah. Masa interview call tu, memang dapat rasakan akan ada environment baru yang Myra tak pernah rasa. Nervous, takut, resah, gelisah semua ada lah. 

Masa phone tu berdering pun dah rasa berdebar dah. Selepas dah bincang-bincang, staff tu cakap kena datang untuk walk-in interview pula dan sila bawa resume. Myra yang tak pernah bekerja ni dah pening kepala macam mana nak buat resume. The only one yang Myra boleh rujuk tentang resume adalah dengan Lingard. So Myra contact Lingard, bukan sebab gue belum move on ok! We were in a good terms now, so Myra contact dengan dia dan ambil resume dia sebagai rujukan!

Tapi akhirnya Myra rasa, Myra kena buat another version of resume sebab Lingard punya macam dah lame sangat. Takde design apa - apa. Ofkoz lah, dia accountant kan. Tak perlu nak design sangat lah. Myra lebih kepada keusahawanan dan inovasi, so mestilah ada sedikit inovasi dalam resume.... kan? 

Okay. 

Takde kena-mengena.

But still, Myra nak design juga resume cecantikss.

SO Myra pun pergi buat dekat Canva dan terus hias resume paling lawa di abad ini lah. Macam orang-orang punya resume tu. Kebabom! Masa tu Myra edit dekat seharian jugak lah, dan Myra siap fikir, kalau tak dapat kerja dengan design ni, takyah lah kerja. Duduk jela dekat rumah, goreng telur je. Tapi, memag rezeki tu di tangan Tuhan kan, kita sebagai manusia ni hanya perlu usaha je. Tiba masa walk-in interview, Myra dapat keputusan yang mereka terima! Company tak ada masalah dengan pekerja baru dan mereka siap cakap, boleh start bekerja pada 1 Oktober. Bagitau apa SOPs dan Protocol semua dan yesss, I AM READY FOR IT!

Sebenarnya pernah doa yang kalau boleh, ya Allah, berikanlah aku peluang untuk kerja dekat Kuala Lumpur tu. Nak jugak merasa kerja dekat Bandaraya KL tu. Kot sekejap pun jadi lah, taknak lama. Teringin juga pergi kerja punch card, naik train, kejar train, tertinggal train..... Alhamdulillah dapat! Diberi pengalaman untuk bekerja di Bandaraya KL, lebih spesifik dekat Petaling Jaya selama 8 bulan. Syukur... Sekejap pun tak apa! 

Jarak rumah dengan tempat kerja memang sangat jauh, dan berlainan negeri. Nak tak nak memang kena hadap untuk 8 bulan ni. Tak pasti boleh buat ke tak. Disebabkan masa kerja bekerja mula jam 8.30 pagi, jadi kena tiba dekat office sebelum 8.30 pagi lah kan......... em.... maksudnya kena kejar train jam 6.30 pagi?????

I never thought about it. 

Neh.. tapi rasanya akan fun kot. 

Anywayyyyyyy, esok ada event dekat office jadi nak tak nak memang kena prepare kaw-kaw! So, im done writing. Akan share banyak lagi untuk hari-hari seterusnya! SUMPAH TAK SABAR NAK START KERJA! Wish me luckkkk!

Till my next post gais!





1 comment:

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete