NASI KUKUS ILHAM YANG VIRAL KINI DI PETALING JAYA


Haluu gais, nak cerita ni. Haritu Myra pergi ke area Petaling Jaya tau. Masa tu lunch time, memang perut dok berkeronchong dalam perut. Niat tak nak makan nasi sangat sebab mesti dapat nasi berlauk. Maklumlah, tu je yang rajin terlintas di fikiran. Kemudian kawan Myra ajak makan dekat satu restoran viral yang ada di Petaling Jaya. Nak dikatakan, boleh tahan viral dan antara restoran menarik untuk dikunjungi di kawasan Petaling Jaya ni. 


Nama restoran tersebut ialah Nasi Kukus Ilham yang mana cara pembelian sama seperti order dekat KFC atau McD tu. Customer akan datang ke kaunter dan order Nasi Kukus. Yang specialnya nasi kukus dia ni, menggunakan resepi tradisional turun temurun tau. Ayam dia serius lembuuutt! Ini bukan paid review ke apa tau, ini Myra memang pergi sendiri dan rasa dan beli. SO ini adalah pengalaman sebagai seorang customer. Siap diorang bagi nenas lagi. Yang best lagi, kuah dan sambal ikan bilis dia tu, fuhhh, padu! Dari segi rasa, Myra boleh bagi 4/5 bintang! 



Uniknya lagi, selepas je order makanan, korang order air, makanan korang tu akan dibalut dengan daun pisang tau. Biasa nasi lemak je kan dalam daun pisang, haa, ni nasi kukus gais dalam daun pisang. Sekali dgn kertas minyak ada tulisan Nasi Kukus Ilham. Sungguh kreatif! Patutlah viral! 


Cumanya, nasi kukus ilham ni, tak ada dia punya serdak rempah yang rangup tu jela. For Myra, Myra suka sebab ada nenas dan sambal dia. Berdesing telinga nak makan tu. Myra kan tak tahan pedas.


LOKASI - Jalan PJU 7/16b, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor 
MASA OPERASI - Setiap hari, 11.30am hingga 10.00pm

1 comment:

  1. nasi kukussss! one of my favorite! nasi kukus ni kalau nak rating, kena tengok (baca:rasa) sambal dan ayam dia. kalau sedap dua tu, tinggi lah rating diberi kan hehe.

    dari visual, nampak sodap. and first time tengok nasi kukus ada nenas actually haha. unikk

    ReplyDelete