SEWA KERETA MURAH DENGAN GOCAR MALAYSIA!


Hai korang. Myra nak cerita sikit ni. Ini bukan review berbayar atau Myra dapat commission ke apa tau. Ini adalah honest review dari lubuk hati terdalam. Myra sebagai pengguna yang rajin menggunakan service ni. Actually lama nak share cerita ni, tapi Myra anggap service ni masih baru lagi. Jadi Myra take time sikit untuk share. Selepas dah beberapa kali guna, Myra rasa adalah lebih baik untuk Myra share sebab manfaat dia sangat berguna kepada orang seperti Myra.

Myra takde kenderaan tetap tau. Myra ada lesen, Myra boleh drive cumanya belum ada rezeki untuk memiliki kenderaan sendiri. InshaAllah one day, kalau ada rezeki. Tapi susah untuk Myra bergerak, lebih-lebih lagi kalau ada long trip yang memerlukan Myra untuk keluar kawasan. Nak sewa kereta rental biasa memang bajet ratus-ratus lah. Myra memang pencinta public transport, tapi kalau tengah nak bawa barang atau nak pergi balik sampai tengah malam memang payah lah kan nak harapkan public tranpsort je. Teksi atau Grab pun agak limited dekat kawasan rumah Myra ni.

Tetapi, ada satu inisiatif baru sekarang namanya GoCar Malaysia tau. Tak sama dengan GoCar Indonesia. GoCar Indonesia dia macam Grab juga lah, lebih kurang e-hailing. Tapi GoCar Malaysia ialah rental car. Korang boleh sewa, korang boleh drive sendiri. Tak perlu driver lah. Paling best, jenis kereta yang disediakan adalah berbaloi.Kereta semua service tiptop, dan sewa pun tak mahal gais walaupun ikut jam. Dan dia boleh subscribe selama sebulan juga gais.


SEKALI LAGI, ini bukan review berbayar GoCar tak bayar Myra untuk review ni. Myra memang nak share sebab banyak manfaat dapat kita rasakan. Macam Myra, biasanya bajet untuk sewa kereta (Myra selalu guna Nissan Almera) ialah RM69 (sebab rate harga Jumaat - Ahad naik sikit) kemudian Myra akan isi minyak dalam RM20 dah boleh dah ulang alik KL - Nilai. Minyak memang jimat, kereta memang power, takde kerosakkan lah. Cara nak guna pun senang. Disebabkan Myra dah guna banyak kali, so Myra dah boleh hafal step dia. Hahaha. Jom kita start!

First korang kena pergi ke apps dia dulu. Logo dia macam ni tau.


Lepastu korang pilih tarikh dan hari, bila dan berapa lama nak guna.


Lepastu, korang pilih sekali jenis kereta dan dekat mana nak pickup. GoCar ni, korang boleh pickup kereta dkt pickup point dia tapi korang kena hantar semula dekat tempat tu balik lah. Tapi macam beberapa kawasan, boleh je one-way. Tapi korang kena doubl check dulu sebelum sewa. Paham?! 

Macam Myra ni, Myra kena letak semula dekat tempat dia. So tak boleh one-way. Kena return. Macam contoh dekat bawah ni, pickup point dekat KTM. So Myra kena pulangkan semula dekat KTM.



Lepastu, dah buat segala payment, reservation korang akan jadi macam ni...

Tapi kan, ada jenis kereta ada sticker P tau. Ada jenis takde sticker P. Korang yang masih sticker P tu boleh je bawa yang takde P tapi korang lekat lah sticker sendiri. Myra pun buat macamtu,  lepastu lama-lama GoCar verified kereta tu boleh untuk P License. Okay lah, mudah!



Time ni Myra belum lekat sticker P. Sebab baru first time guna. 

Kemudian selepas dah reserved, korang takde kunci tau. So korang kena guna handphone dan pastikan phone korang ada mobile data lah. Kalau tak, susah nak buka apps. Tapi kalau nak buka pintu kereta, tutup data pun takpe asalkan ON Bluetooth!


Masuk je kereta, korang tengok dulu level minyak. Masuk kereta tu korang cari kunci kereta dulu. Apps tu digunakan time buka kereta je. Nak start enjin kena guna kunci ok gais.

Dah siap guna, korang kena parking semula dekat tempat korang ambil. Adat meminjam lah, dah guna pulangkan semula. Jangan habis madu, sepah dibuang. Ehh tiberr. Dasar single, mudah sensitif!


Korang boleh letak level minyak. Ini masa korang nak END TRIP nanti, dia akan minta level minyak masa first korang masuk. Dua kali ni kena register minyak ni. So naik tu, terus hafal sesiap supaya masa nak END TRIP nanti, korang boleh key-in.

Kalau korang nak cuci kereta tu, tekan dekat Car Wash Reimbursement tu. Pastikan ada resit dulu baru tekan tau! Dah cuci, baru tekan!



Tahu tak, yang best lagi tu apa? Kalau kita nak cuci kereta sebab kereta tu kotor, kita boleh claim tau. Asalkan korang ada resit dan stamp company carwash tu. Myra dah pernah buat, sebab tu Myra share. Korang akan dapat points sebanyak 20,000 points bersamaan dengan RM 20. So untuk next trip korang, korang sewa kereta tolak points jelah. Takde tambahan bayaran lagi!


Okay, katakan lah korang dah seronok drive tiba tiba rasa macam nak extend. Korang boleh je extend berapa jam. Dia akan tulis limit sampai pukul berapa. Myra pernah that one time sampai nak extend dah tak boleh dah sebab dah ada orang lain reserved. Sebab tu orang cakap, jangan lagha! Plan perjalanan betul-betul. Haru biru sungguh time tu berkejar nak hantar kereta sebab takut kena denda penalty lambat hantar kereta. Hahaha.



Masa nak naik dan masa nak hantar tu, apps akan minta korang untuk ambil gambar dulu tau. So pastikan ada data lah. Korang kena ambil gambar bahagian depan belakang kanan kiri ikut suka korang. Up tp 10 pictures. 


Dan selepas korang dah buat semua benda ni, barulah korang boleh End Trip. Tapi... perlu diingat ye. Korang kena keluar dulu baru tekan End Trip. Jangan still dalam kereta tapi korang dah End Trip. Memang tersekat lah korang dekat dalam tu sampai bebila. Hahaha

Myra pernah masa first time guna tu, simpan kunci apa semua then tekan End Trip dekat dalam kereta. Sekali keluar kereta habis berbunyi kereta tu macam ada orang pecah masuk. Meriah uols. Saje je nak attention Hahaha. Nampak sangat baru first time naik. Okay so korang yang takde kereta, boleh try lah GoCar ni. Memang recommended!

Oh yaa, dan customer service dorang 24 Jam tau gais. Sangat best! Call je, terus dorang bantu secepat mungkin. Myra punya kes macam-macam hal. Tertinggal barang lah, salah kereta lah, kereta taknak buka lock lah, tapu customer service dorang memang laju buat kerja. Email dorang pun senang je. Ada masalah boleh terus call atau email. Tapi call je pun dah memadai.

Anywayyyyy, kalau korang baru first time nak resgiter dan nak sign up, korang boleh guna referral code Myra ni sebab korang boleh dapat RM20 discount! Jimat tuuu! Boleh sewa free selama 5 Jam lebih. Power! Disebabkan Myra dah bermurah hati share dengan korang, apakata korang bermurah hati untuk daftar GoCar guna referral code Myra... Hihihi. Sayang koraanngg!!

Ni Referral Code Myra - 78R7AH

So kalau korang pun sejenis macam Myra, yang suka berjalan tapi takde transport. Korang kena cuba try GoCar ni! Have fun gais. Have a nice day! Till my next post!

1 comment: