Assalamualaikum dan Hi

Dah lama sebenarnya percutian ni. Tapi itu lah. Malas nak menaip kan. Tapi ku gigihkan jua untuk menaip. Demi pembaca setia (acah macam ada pembaca setia) daku gigihkan menaip. Okay stop drama. Shall we start now ? Opcos!



Sunday, 16 August 2015



Pagi tu cerah dan aku bangun awal pagi. Actually tak awal sangat, jam 6.30 pagi bangun sebab nak buat lunch untuk di Pulau nanti. ala student punya lunch jak bah. Nasi putih, kicap dan telur goreng yang ditambah pasti sedap sikit bagi rasa tu macam makan dengan lauk hotel pun sudah cukup memadai rasanya untuk perut aku dengan Kira. Matahari pun time tu dah terbit. Memandangkan sudah ada housemate yang dah bangun, dia pun mandi. Aku pun pergi lah masak nasi dan goreng telur like a busy mama. Kemudian aku kejutkan Kira. In my house yang pergi for this trip memang kami berdua jak. Students yang lain ndak mau ikut bah. Jangan ko tanya kenapa aa.



So, bak kata lecturer jam 8 sudah ada di Jeti Semporna. Jeti Umum Semporna. So yea, ada satu kelemahan dalam post aku kalini sebab aku tak bawa camera. So gambar tu memang tak HD lah ceritanya. Nak tunggu HD kena tunggu camera. Apa kau rasa pergi jalan jalan guna camera phone je? SEDIH SANGAT. Berhuhu lah kita. 

Then kami pun pergi ke Jeti Semporna dengan Abe Normen. Actually Abang Normen. Tapi kami panggil Abe sebab dalam group whatsapp tu Yana kan orang Kelantan. Yana lah yang panggil Abe Normen ni as 'Abe' memandangkan dia orang Kelantan. Abe ni bukan orang Kelantan pun. Orang Tawau baa. 

Sampai di jeti tu kan. Cerita pukul 8 dah gerak, tup tup 9.30 pagi baru gerak. Em biasa lah kes janji Melayu juga walaupun mereka bukan orang Melayu. Hahaha. Sambil menunggu di jeti tu, apa lagi, berselfie lah kita yob oi!


With Syasya - Menunggu boat di Jeti -.-

With Nana, Me, Syasya & Sir Azwan (My lecturer)

So yea, itu mereka mereka semua yang terlibat. Gua time tu memang suka selfie. Memang suka ambil gambar. Malangnya, semua daku buat dalam sight di Wechat. So sedikit hampaa huwaaa. Tapi takpe nak cerita jugak.

Itu cerita pada waktu menunggu di Jeti. Tiba tiba tepat jam 9.30 pagi, Sir Azwan cakap boat sudah ada tapi di jeti sebelah. Cukup bengang tapi tak apa. Kinda fun! Jalan kaki ke jeti sebelah bersama TESLian yang lain. Boat pertama, kami dah masuk dulu bersama beberapa orang senior TESL dan HR. Mereka terlibat disebabkan mereka mentee Sir Azwan. Sebenarnya program ini ialah program Mentor Mentee Sir Azwan. Tetapi, TESLians ni ramai yang tak pernah pergi pulau pulau ni, apa lagi, balun sekali lah. Seronok rasanya dapat pergi dengan student satu kos dengan kita.

Then naik bot bersama meeker, memang seronok tau. Time nail bot tu seamier menjerit like "WOAAAAAAA" Air dia jerninh, sejuk, bot tu laju, anginnya kencang. WOAH memang serooonok sangat ! Nak tau kisah selanjutnya ? Tunggu next update ya!
Assalamualaikum dan Hi

Masha Allah. Berhabuk. Berkarat blog ni. Aku memang rajin bercakap, rajin berfikir tapi nak menulis tu rasa macam berat sangat. Seolah-olah ada batu yang bertenggek di jari jemari ni sampai kaku jari ni nak tekan keyboard ni. Bukan setakat blog, assignment pun malas nak buat. Oh ya, lupa nak bagitau. Hai awak semua, saya sudah jadi student kolej! Like what I said, masa kecil sibuk nak besar. Bila dah besar sibuk pulak nak kecil. Manusia memang macam ni. Sebenarnya aku pun sama weh! Aku nak jadi kecil balik *nangis* 

Kenapa? Jadi students ni penat. Sangat penat. Kalau assignment tu, kadang satu subject dia bagi lima atau enam task. Siapkan dan hantar hardcopy esok sebelum jam 5 petang. Balik kolej terus makan then balik rumah, mandi siapka apa yang patut then duduk menghadap laptop dari petang sampai malam sampai subuh. Bersengkang mata semata-mata nak siapkan assignment. Time aku paling ingat time kena siapkan assignment Reading & Writing tu. Ya, aku student TESL. Yes. I do speak in English daily but please, this is my blog. I want to type in Malay because talks in English is too mainstream *blurgh*

Time tu memang dah diberi sebelum raya. Sebenarnya dah sebulan dah assignment tu tapi nak buat macam mana kan, musim raya. Well hello, siapa yang buat assignment kan? So bertangguh-tangguh. Asyik bertangguh. Bertangguh. Tangguh. Lama lama tak siap. Then mohon minta satu hari lagi extra. Mulut pun rajin pulak minta satu hari extra. Cuba minta satu minggu ke, sebulan ke kan? Macam lah diri tu laju menaip sampai minta satu hari je untuk siapkan lima task.

Then pergi la siapkan assignment. Time tu memang assignment vs mengantuk je tau. Nat nap data dean list ni. Semangat la siapkan assignment. Dah la hari tu hari Ahad. Besoknya tu ISNIN. Monday blues lah saudara saudara. Kelas jam 8 pagi. Memang confirm lah tak tidur. Siapkan lah assignment tu. Melaju pun melaju lah tak kira yang penting siap dan cukup info semua. Lama juga time tu, siapkan dari petang sampai jam 4:49 pagi. Dah masuk Subuh dah pun. Dah alang alang jam 5 tu, rasa malas nak tidur. Matahari pun dah terbit. Semporna ni awal betul matahari dia ni. Memang awal. Jam 5 matahari dah terbit dah. memang sakit mata lah kateko. 

Dah siap so madam boss lah time tu. Niat tak nak tidur, tah macam mana angin sepoi sepoi bahasa, tersedar je dan pukul 7 pagi. Sakit kepala dia tu, memang Allah jelah tahu. Sakit kepala, sakit mata, pening, lapar... Lapar tu rutin harian students. Acah nak menjimat sebab mama tak bagi keluarkan duit Tone Excel. Mama suruh survived. Tapi kalau nak shopping atau nak jalan jalan, sila lah guna duit ToneExcel. Kalau tak, kena guna duit dari akaun BSN. Rasa sakit hati tengok amaunt di BSN tu, macam pft je. RM50, RM50. Kalau tengok akaun Tone Excel tu kan seronok. 4 Angka kata kau.

Then jadi students ni, kena banyak buat savings. Kalau tak buat, anda dinasihatkan kerja. Sebab katakan lah anda jenis cepat lapar atau anda jenis yang suka jajan. Katakan satu hari tu RM20 untuk makan sahaja. So sebulan kena ada RM600. Tu untuk makan. Kalau untuk print assignments? Untuk pergi CyberCafe? Untuk naik bas? Wuish memang banyak kata kau. Kalau aku, jalan kaki je dari asrama ke kolej. Walaupun ada bas yang dah memang bayar bulan bulan tapi bas tu selalu tak tepat masa. Sebab yelah ramai kan dia nak hantar nak ambil. Kadang ptime dia ada, perut ni meragam tak tentu pasal. Bila perut tak bernyanyi, time tu pulak terlepas bas lah, tertinggal lah, bas rosak lah... alahai banyak songeh. So elok, jalan kaki. Boleh turunkan lemak jugak. Yay for fit!

Fit jugak. Kesihatan jaga. Jangan lupa pakai payung time berjalan tu. Panas sekarang ni lain macam. takut strok haba je nanti. Banyakkan minum air. Musim jerebu ni kalau tak minum air banyak, sengsara tekak. Badan panas semacam je. 
Memang kalau kau jadi students, jangan harap boleh have fun. Tapi, seronoknya jadi students ni kan.... Bila lepas paper. Lepas exam, kau pergi lah jalan jalan atau melancong. Memandangkan aku study di Sabah. Di negeri seberang. Negeri yang tak pernah aku jejak seumur hidup aku. Memang tepat sangat lah aku boleh melancong. Dari Semporna, aku boleh pergi Pulau Sibuan, Pulau Bohey Dulang. Cantik dia memang subhanallah wa cakap lu. Angin dia kencang dan sejuk. Tak sama dengan Broga tu bro. *gelak*

Lepas submit assignment, lepas kuiz, lepas mid-term, lepas final, kau bersuka ria lah selama seminggu kecuali final. Biasa lepas final memang cuti sem. Tapi ikut kepada program anda. Ada yang cuti seminggu, ada cuti sebulan. Kitaorang dua bulan. memang heaven kate ko! Jadi students ni oun best sebab jadual tak padat. Kadang pagi ada kelas, lepastu tengah hari tak ada. Petang pulak baru ada. Kalau ada yang malam tak tidur tu, boleh lah sambung tidur tengah hari tu. Lagi syok kalau kelas pagi tak ada. Oh oh paling best kalau stau hari tu ada satu subject je. 

Macam aku, hari Rabu je satu subject. Pagi pulak tu jam 9 pagi. Lepastu balik memang terus makan then mereput dirumah sampai esok paginya lagi. Adalah beli roti or benda benda sikit. Lepastu, mereput di atas katil sampai malam. Buat assignment atau tengok movie. Oh ya, jadi students ni kan sedihnya satu je. Hiburan tak banyak. Apatah lagi di Semporna ni. Memang niat datang belajar jelah. 

Mak ayah kalau nak anak tu belajar, paksa belajar di Semporna tau. Kenapa? Mall tak ada. Cinema tak ada. Kena pergi Tawau dulu baru dapat pergi macamtu. Kalau nak heaven lagi kena pergi Kota Kinabalu. Baru kau seronok macam hidup di Kuala Lumpur. Tapi takapa lah. Siapkan dulu assignments, quiz dan task semua tu. Sebab zaman kolej ni banyak tak cukup masa. Taktau apa yang kitaorang buat. Tapi memang tak cukup masa. Lepas dah siap semua tu, boleh jalan jalan ke pulau. Oh lupa pula, aku tak post lagi cerita time pergi pulau-pulau tu kan. yelah, nak buat macam mana. Guwa ni student.

LIFE AS A STUDENT

by on September 20, 2015
Assalamualaikum dan Hi Masha Allah. Berhabuk. Berkarat blog ni. Aku memang rajin bercakap, rajin berfikir tapi nak menulis tu rasa maca...