Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Hai korang. Myra nak cerita sikit ni. Ini bukan review berbayar atau Myra dapat commission ke apa tau. Ini adalah honest review dari lubuk hati terdalam. Myra sebagai pengguna yang rajin menggunakan service ni. Actually lama nak share cerita ni, tapi Myra anggap service ni masih baru lagi. Jadi Myra take time sikit untuk share. Selepas dah beberapa kali guna, Myra rasa adalah lebih baik untuk Myra share sebab manfaat dia sangat berguna kepada orang seperti Myra.

Myra takde kenderaan tetap tau. Myra ada lesen, Myra boleh drive cumanya belum ada rezeki untuk memiliki kenderaan sendiri. InshaAllah one day, kalau ada rezeki. Tapi susah untuk Myra bergerak, lebih-lebih lagi kalau ada long trip yang memerlukan Myra untuk keluar kawasan. Nak sewa kereta rental biasa memang bajet ratus-ratus lah. Myra memang pencinta public transport, tapi kalau tengah nak bawa barang atau nak pergi balik sampai tengah malam memang payah lah kan nak harapkan public tranpsort je. Teksi atau Grab pun agak limited dekat kawasan rumah Myra ni.

Tetapi, ada satu inisiatif baru sekarang namanya GoCar Malaysia tau. Tak sama dengan GoCar Indonesia. GoCar Indonesia dia macam Grab juga lah, lebih kurang e-hailing. Tapi GoCar Malaysia ialah rental car. Korang boleh sewa, korang boleh drive sendiri. Tak perlu driver lah. Paling best, jenis kereta yang disediakan adalah berbaloi.Kereta semua service tiptop, dan sewa pun tak mahal gais walaupun ikut jam. Dan dia boleh subscribe selama sebulan juga gais.


SEKALI LAGI, ini bukan review berbayar GoCar tak bayar Myra untuk review ni. Myra memang nak share sebab banyak manfaat dapat kita rasakan. Macam Myra, biasanya bajet untuk sewa kereta (Myra selalu guna Nissan Almera) ialah RM69 (sebab rate harga Jumaat - Ahad naik sikit) kemudian Myra akan isi minyak dalam RM20 dah boleh dah ulang alik KL - Nilai. Minyak memang jimat, kereta memang power, takde kerosakkan lah. Cara nak guna pun senang. Disebabkan Myra dah guna banyak kali, so Myra dah boleh hafal step dia. Hahaha. Jom kita start!

First korang kena pergi ke apps dia dulu. Logo dia macam ni tau.


Lepastu korang pilih tarikh dan hari, bila dan berapa lama nak guna.


Lepastu, korang pilih sekali jenis kereta dan dekat mana nak pickup. GoCar ni, korang boleh pickup kereta dkt pickup point dia tapi korang kena hantar semula dekat tempat tu balik lah. Tapi macam beberapa kawasan, boleh je one-way. Tapi korang kena doubl check dulu sebelum sewa. Paham?! 

Macam Myra ni, Myra kena letak semula dekat tempat dia. So tak boleh one-way. Kena return. Macam contoh dekat bawah ni, pickup point dekat KTM. So Myra kena pulangkan semula dekat KTM.



Lepastu, dah buat segala payment, reservation korang akan jadi macam ni...

Tapi kan, ada jenis kereta ada sticker P tau. Ada jenis takde sticker P. Korang yang masih sticker P tu boleh je bawa yang takde P tapi korang lekat lah sticker sendiri. Myra pun buat macamtu,  lepastu lama-lama GoCar verified kereta tu boleh untuk P License. Okay lah, mudah!



Time ni Myra belum lekat sticker P. Sebab baru first time guna. 

Kemudian selepas dah reserved, korang takde kunci tau. So korang kena guna handphone dan pastikan phone korang ada mobile data lah. Kalau tak, susah nak buka apps. Tapi kalau nak buka pintu kereta, tutup data pun takpe asalkan ON Bluetooth!


Masuk je kereta, korang tengok dulu level minyak. Masuk kereta tu korang cari kunci kereta dulu. Apps tu digunakan time buka kereta je. Nak start enjin kena guna kunci ok gais.

Dah siap guna, korang kena parking semula dekat tempat korang ambil. Adat meminjam lah, dah guna pulangkan semula. Jangan habis madu, sepah dibuang. Ehh tiberr. Dasar single, mudah sensitif!


Korang boleh letak level minyak. Ini masa korang nak END TRIP nanti, dia akan minta level minyak masa first korang masuk. Dua kali ni kena register minyak ni. So naik tu, terus hafal sesiap supaya masa nak END TRIP nanti, korang boleh key-in.

Kalau korang nak cuci kereta tu, tekan dekat Car Wash Reimbursement tu. Pastikan ada resit dulu baru tekan tau! Dah cuci, baru tekan!



Tahu tak, yang best lagi tu apa? Kalau kita nak cuci kereta sebab kereta tu kotor, kita boleh claim tau. Asalkan korang ada resit dan stamp company carwash tu. Myra dah pernah buat, sebab tu Myra share. Korang akan dapat points sebanyak 20,000 points bersamaan dengan RM 20. So untuk next trip korang, korang sewa kereta tolak points jelah. Takde tambahan bayaran lagi!


Okay, katakan lah korang dah seronok drive tiba tiba rasa macam nak extend. Korang boleh je extend berapa jam. Dia akan tulis limit sampai pukul berapa. Myra pernah that one time sampai nak extend dah tak boleh dah sebab dah ada orang lain reserved. Sebab tu orang cakap, jangan lagha! Plan perjalanan betul-betul. Haru biru sungguh time tu berkejar nak hantar kereta sebab takut kena denda penalty lambat hantar kereta. Hahaha.



Masa nak naik dan masa nak hantar tu, apps akan minta korang untuk ambil gambar dulu tau. So pastikan ada data lah. Korang kena ambil gambar bahagian depan belakang kanan kiri ikut suka korang. Up tp 10 pictures. 


Dan selepas korang dah buat semua benda ni, barulah korang boleh End Trip. Tapi... perlu diingat ye. Korang kena keluar dulu baru tekan End Trip. Jangan still dalam kereta tapi korang dah End Trip. Memang tersekat lah korang dekat dalam tu sampai bebila. Hahaha. 

Myra pernah masa first time guna tu, simpan kunci apa semua then tekan End Trip dekat dalam kereta. Sekali keluar kereta habis berbunyi kereta tu macam ada orang pecah masuk. Meriah uols. Saje je nak attention Hahaha. Nampak sangat baru first time naik. Okay so korang yang takde kereta, boleh try lah GoCar ni. Memang recommended!

Oh yaa, dan customer service dorang 24 Jam tau gais. Sangat best! Call je, terus dorang bantu secepat mungkin. Myra punya kes macam-macam hal. Tertinggal barang lah, salah kereta lah, kereta taknak buka lock lah, tapu customer service dorang memang laju buat kerja. Email dorang pun senang je. Ada masalah boleh terus call atau email. Tapi call je pun dah memadai.

Anywayyyyy, kalau korang baru first time nak resgiter dan nak sign up, korang boleh guna referral code Myra ni sebab korang boleh dapat RM20 discount! Jimat tuuu! Boleh sewa free selama 5 Jam lebih. Power! Disebabkan Myra dah bermurah hati share dengan korang, apakata korang bermurah hati untuk daftar GoCar guna referral code Myra... Hihihi. Sayang koraanngg!!

Ni Referral Code Myra - 78R7AH

So kalau korang pun sejenis macam Myra, yang suka berjalan tapi takde transport. Korang kena cuba try GoCar ni! Have fun gais. Have a nice day! Till my next post!

HALUUUU gais, siapa sini suka bercuti? Myra pun suka bercuti tapi tak suka jauh jauh dari rumah sebab takut kena hadap jem. Myra ni cepat melenting sikit kalau terpaksa stuck dalam jem lama lama. Boleh boleh membebel tak berenti. Hahaha. Jadi untuk korang yang sama spesis macam Myra ni, nak bercuti tapi taknak jauh-jauh tapi nak syok tapi nak fefeling oversea, korang boleh cuba check-in di Platinum Suite KLCC by Vale Pine Luxury Homes. Kawasan sangat strategik ye sebab memang depan tu je KLCC. Memang dekat tengah-tengah bandar, kalau jem korang jalan je kaki. Apa ade hal?



Menariknya suite ni dia seperti apartment tau. Yang Myra book ni melalui website Agoda (not sponsored, agoda u shud sponsor me) yang mana kita sedia maklum, Agoda ada banyak range harga yang menarik. Best deals lah! 


Ini bilik yang Myra book. Takde mahal sangat pun, berbaloi juga lah sebab ada 2 bilik, free wifi, 1 king bed, 1 queen bed, seperated room, siap ada dapur lagi. Luxury apartment lah kiranya. Sangat berbaloi kalau korang nak bercuti dengan member ramai-ramai lebih 2-3 orang tu atau korang bawa family sekali datang. Riuh! Paling best lagi, kanak-kanak di bawah umur 13 tahun boleh menginap secara percuma!

Interior yang sangat menarik tau



Oh ya, korang pun boleh akses untuk swimming pool sekali! Currlasssss.





Okay ini adalah wardrobe dia di bilik utama. Cermin depan ni sebenarnya pintu untuk terus ke bilik air. Tapi dari arah sini dia tak tembus pandang lah. Haa gitcheww. So orang yang tengah pilih baju tak nampak siapa tengah mandi lah. Tapi orang yang mandi dia boleh nampak orang pakai baju, gitchewww.


Basically dekat dalam wardrobe ni ada racks, ada drawers, ada iron board, iron, hanger... Memang lengkap sangat. Jangan risau, tak payah bawa iron dari rumah. Oh ya, hari dryer pun ada, korang jangan curi pulak.



Disediakan sekali oven microwave tau, kot kot korang nak panaskan makanan ke. Senang!


Dapur nak masak pun ada gais, siap mesin basuh pun ado. Haa, memang complete sangat!


Disebabkan size dia macam apartment, ruang tamu dia pun sangat selesa. Abaikan adik saya yee.




Ini pula bilik kedua. Kan Myra ada cakap yang dia bentuk apartment dan mempunyai 2 bilik. Ini adalah bilik kedua, dilengkapi dengan 1 queen bed dan ada almari dekat sebelah katil tu. Takde besar sangat tapi sangat selesa. 


Ini pula bilik utama yang mana ia bercantum dengan walking wardrobe yang Myra ambil gambar tadi. Dan juga bersambung direct ke bilik mandi. Bilik mandi tu ada 2 pintu, satu pintu menghala ke ruang tamu, satu lagi direct terus ke walking wardrobe seterusnya ke bilik utama. Haa gitcheww.


Oh ya, apartment ni pun sediakan peti sejuk sekali. Kot kot tengah malam teringin nak air sejuk, letak je sini takde masalah pun.


Sangat cantik kan? Spacious sangat. Sangat luas, ada dining table also. So korang boleh masak juga, boleh makan together juga. Kalau untuk enjoy dan have fun memang sangat seronok! So kepada korang yang nak menghabiskan masa untuk bercuti bersama keluarga di hujung minggu, Myra suggest korang cuba stay dekat sini! Selamat bercuti!



IM SO EXCITED!! Kata orang rezeki anak solehah, hahaha. Nak dijadikan cerita, masa tu nak balik Semenanjung sangat-sangat mahal around RM 800. Then jumpa satu tiket for business class cost around RM 900+. Disebabkan emergency nak balik, dapat jugak tiket ni. Alhamdulillah, rezeki. Tapi tiket ni bukan beli sendiri ye. Kolej bagi. Kolej Poly-Tech MARA Semporna. Alhamdulillah, rezeki lagi. 

Selama ni tak pernah pun naik Business Class, asyik economy class je. Bila kita naik Malaysia Airlines, dapat seat Economy Class pun dah rasa macam duduk di seat Business. Dapat makan, dapat minum, kalau dapat seat belakang-belakang dapat first masuk cabin and bagage dapat 30kg free. Tapi selalu tengok orang-orang yang naik business class niboleh seat di Gold Lounge dan ada Card Enrich masing-masing. 

 "bila la aku nak merasa business class." 

Alhamdulillah, rezeki. 

Seperti biasa, masa check-in dapat lah fast line untuk business class. Tapi dekat airport Tawau tak rasa sangat diva tu sebab lane untuk business class dan economy kadang still guna lane yang sama just beza kaunter. Kadang kalau lane economy ramai, diorang open jugak yang business untuk economy.


Masa dapat tiket ni, seperti biasa memang penumpang Business Class akan masuk dulu. Masa masuk tu dengan bawa handbag je, takde bawa hand carry, luggage pun takde. Rasa rugi sangat tak bawa balik barang-barang sebab nanti pun nak habis dah kan. Tapi disebabkan emergency so tak payah lah bawa banyak sangat. Lagipun memang rushing sangat sangat. 

Masa kita masuk tu, kita akan duduk. Alhamdulillah dapat seat paling depan. Seat 1A. Mata tu kedip kedip sebab macam tak percaya. Yes people, I got the VERY front seat. Bukan setakat paling depan tau, dapat seat tepi lagi. Disebabkan kita masuk awal, nampak lah ramai orang lain masuk selepastu. Jadi sementara tunggu masa untuk take-off, kesemua penumpang Business class akan dapat Cold Towel and a glass of drink. Mia pilih Guava Juice je, sebab sedap and boleh lah sejukkan badan sikit. Dan masa dah take off dalam beberapa minit, flight attendance akan tanya nak makan apa. Diorang ada sediakan menu lah. Macam masa tu menu diorang Mee Kolok, Pasta (boleh pilih seafood atau chicken) dan ikan. Mia buat keputusan untuk makan Seafood Pasta la sebab masa tu tak lapar sangat.


Cold Towel ofkos lah sejuk. Gunanya untuk korang lap-lap muka, lap tangan, sebab cuaca panas kan. Nanti korang ke dehydration. Tau tak, towel tu sangat wangi. Rasa macam nak gigit gigit and bawa balik. HAHAHAHA tak, saya tak bawa balik tau sebab bila nak dekat take-off, flight attendent akan ambil semula minuman dan cold towel kita tu. Plus, cold towel tu kalau lama-lama kita pegang takkan jadi cold. So better pulangkan. 

So let's cerita tentang apa je yang korang boleh rasakan perbezaan di Business Class Malaysia Airlines ni. 


Di bahagian tangan kerusi, korang akan jumpa beberapa plug untuk memudahkan korang guna sepanjang perjalanan. Unlucky me, tak bawa laptop time ni. Tak dapat nak blogging. Seperti yang korang boleh lihat, ada tempat untuk cucuk headphones, ada port untuk USB cable dan ada port untuk charge your laptop. If laptop lah, nak charge handphone pun boleh. Tapi jenis yang guna kepala charger tu.


Selimut memang dah disediakan so kalau korang sejuk atau nak tidur, korang boleh je buka and lilit badan korang. Pastikan seatbelt tu nampak ye, jangan sorok dekat dalam selimut pulak. Hehehe.

Dekat bahagian tangan pulak korang akan nampak button untuk setting tempat duduk korang. Kalau korang nak tidur nak luruskan kaki pun boleh. Baring pun takde masalah. Sebab kerusinya sangat sangat empuk. Style yang korang duduk terus meresap masuk ke dalam celah celah kusyen tu.

Bahagian depan kaki pun luas. Sangat sangat luas. Korang boleh luruskan kaki ke depan kalau korang nak. Boleh duduk dengan selesa.Ada jugak tempat letak kaki tu, so kalau jenis orang pendek macam Mia, takde lah tergantung kaki tu kan. Hehehe.

Di bahagian tangan tu korang boleh buka tau. Sebab...


Disitulah tempat letaknya meja korang. 



Takkan lah korang makan terapung, right? Korang boleh keluarkan dan boleh simpan semula di dalam tempatnya tu. Sangat sistematik dan kemas. Takde lah leceh nak tolak tarik meja. Puas juga fikir kat mana nak makan ni, rupa-rupanya meja ada dekat dalam tempat letak tangan tu. Hehehe. And yes, meja ni boleh lipat.



Tak lama lepas tu, datang lah segala menu-menu. Memang dugaan sungguh. Masa awal tu memang tak lapar sangat. Niat ambil pasta pun sebab taknak makan banyak sangat. Tapi fahamlah, kalau dah ada selonggok makanan depan mata. Masa datang tu tanpa roti. Then time tengah makan, tiba tiba flight attendance tu tanya, 

"nak roti tak?"

Mia tengok je and cakap, 

"nak."

Flight attendance tu tanya,

"nak berapa? 3 ?"

Dengan selamba Mia mengangguk. KEH KEH KEH.

Padahal sebenarnya kalau dapat lebih, lagi suka. Hahaha. 

Lebih lebih lagi yang bulat tu, tu paling feveret!






Hehehe, mohon jangan terliur tauu ;p


Dan ya, setiap kali makan akan dapat set lengkap which korang yang reti guna sudu, memang faham lah. Ada pisau roti, spoon, fork, etc. Dan korang akan disediakan handkerchief jugak so korang takkan comot lah.


And sambil makan kita tengok movie lah. Tapi tak smepat tengok movie sampai habis. Kita tengok IT je. Seram jugak lah en, sebab masa makan Mia open tingkap. Masa dah siap makan, flight attendance dah tolong angkat, Mia terus tutup tingkap and pakai selimut sambil baring. Memang cite dia feel kaw kaw lah.


Then dapat jus guava lagi. Actually dah tiga kali kot minta. Then minta ice water dua kali rasanya. and then minta water 1 kali. Berapa banyak kali dah minta air. And as usual diorang ofkos akan bagi kacang diorang. Salted Peanut Malaysia Airlines paling best kot rasanya. Tapi Mia tak makan, biasa Mia akan bawa balik. Bagi orang dekat rumah yang makan, sebab Mia tak makan kacang. Hehehe


Oh ya, Mia tak sempat nak review tandas because Mia tak pergi tandas. Hahaha, even banyak minum air tapi takde rasa nak pergi tandas. Memang Mia rasa happy sangat-sangat bila dah dapat rasa semua ni. Ingatkan tak akan pernah rasa, tapi dapat rasa sekali cukuplah kan. Harap-harap ada rezeki lebih lagi, boleh Mia share lagi dengan korang! Bye for now ;p


Share sikit muka budak happy \^^/