Showing posts with label #MiaGoVacation. Show all posts
Showing posts with label #MiaGoVacation. Show all posts

Assalamualaikum and Hi

Since kita dah ada di Sabah, apa kata kita jalan jalan ke tempat tempat yang kita semua selalu dengar di kaca televisyen, di dada dada akhbar tentang New Zealand yang ada di Malaysia! Wow!

Memandangkan semua orang pun dah tau kan, Desa Dairy Farm terletak di Kundasang, Sabah. Tempatnya yang sangat sejuk, angin dia mak kau memang best! Kalah Cameron Highland wa cakap lu! Sejuk dia memang tahap cucuk darah lah. Tapi seronok, sebab tak sentuh air. Cuba sentuh air atau mandi. Fuh, bukan setakat menusuk tulang, menusuk jantung, hati, limpa, hempedu semua ada lah!


So untuk ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam dari Kota Kinabalu. Sekiranya tidak ada traffic jam atau hujan atau pemandu membawa kenderaan secara sangat berhemah sehingga terlalu slow sampai tahun depan mungkin baru sampai ke Kundasang, maka akan mengambil masa yang agak lama lah ya. Mungkin lebih sehingga ke 5 jam. Tapi haritu kami bertolak dari Kota Belud memandangkan tinggal di area area sana, so perjalanan tidak terasa terlalu lama. 


Jangan risau Kundasang ni, korang masuk je kawasan dia memang dah sejuk. Nak jimat, buka tingkap dan rasakan lah kesejukkan Pekan Kundasang ni. Kundasang ni macam Cameron Highlands but lebih sejuk lagi la. Awak mencari strawberry, sayur, semua memang ada. Tak percaya Kundasang sejuk? Even di lagu dia pun ada bah!


Kinabalu dekat di Kundasang,

Banyak sayur boleh pilih-pilih....
Apa guna pergi luar negeri,
Tengok Kinabalu hati saya rindu...
Haa kata kau sekali menyanyi daa... Oh ya untuk pengetahuan semua, sepanjang awak jalan di area Kundasang tu, saya nasihatkan cuba berjalan di jalan besar dia tu. Park kereta awak di pekan Kundasang dekat dengan KFC tu. Kemudian awak berjalan la around pekan tu. Awak akan nampak baaaanyak bundle! Rasa macam pergi Pesta Bundle tau! Awak memang kena jalan ke sana. Banyak baju cantik cantik dan murah murah. Paling best lagi, tawar menawar adalah dibenarkan. Tapi tak semua tempat ya. Ada gerai yang harganya fixed price. Jangan lah air tu RM2.00 awak pergi tawar jadi RM0.50. Terlampau juga baa. Ketara tida ada duit. hahaha just kidding

Sampai di atas tu, maksudnya bila tiba di Desa Dairy Farm, anda boleh nampak New Zealand dah. Luas tanah terbentang menghijau, angin sepoi sepoi bahasa, nampak sekumpulan lembu meragut rumput menghijau yang kita tak sure plastik atau betul. Okay sebenarnya rumput tu rumput original okay. Bukan plastik. Warna hijau dia memang pekat macamtu. Awak kalau suka benda benda hijau, atau geram sangat dengan rumput hijau dia tu, cuba lah tapau bawak balik ye. kalau diizinkan. Saya tak ajar tau ;p

Masa kami masuk tu memang mengambil masa agak lama sedikit sebab kita perlu membayar yuran masuk, atau in english Fee Entrance which is cost us around RM5 only. Tapi tidak ada dia bagitau untuk orang semenanjung harga lain, untuk orang Sabah/Sarawak harga lain. So maksudnya memang harganya standard! 

Selepas awak masuk, awak akan lalu kawasan kawasan menarik seperti Kandang Lembu. Ada dia tulis situ Barn A and Barn B. besar sangat! Sebijik macam kadang lembu dalam pilem pilem omputih tu. Tapi kami tak sempat gambar sebab kereta melaju kan. Kemudian awak pun pergi la cari parking kereta.


Masa masuk tu akan ada batu besar yang sudah di cat menjadi warna lembu, jangan awak salah anggap bahawa batu itu ialah lembu ya. Belum pernah nampak lembu sebesar itu. Hihihi.
Masa awak masuk tu, memang akan ramai orang bergambar dan membeli. Kami masuk, kami terus membeli. Beli susu Desa!


Taraaaa ini dia susu DESA perisa Chocolate!
Ohh memang Mia minum chocolate ja. Oh ya, rasa dia memang sedap! TIP TOP! Tak rasa, memang rugi! Rasa susu Vanila atau Original dia pun sedap. Segar. Memang rasa lembu lah. Fresh betul. Sungguh. Siapa datang sini, WAJIB. W-A-J-I-B minum susu ni okey. 

Kemudian awak boleh jumpa bunga matahari yang besar tu di sana! Tapi Mia sekali lagi tak sempat nak ambil gambar, sebab sangat sangat ramai orang time tu. Dan time kami datang tu petang suda, jadi takut terlimpas masa sampai gelap nanti. So kami pun ambil gambar ja mana mana boleh ambil gambar hehehe.

Niat nak post gambar selfie selfie kami. Tak yah lah. Tengok je gambar lembu bawah ni. Lama dia tunggu korang dari tadi.


Alaa dik, pandangla sini. Baru nak ajak selpi.

And yeaa, IM TOUCHING A NEW ZEALAND COW! *super excited*
Okay jom kita tengok gambar pemandangan pulak.




Mia and Naner menguasai memory phone kawan. Dah lah pinjam henpon orang.

Akak terer turun bukit tak jatuh pun. Awak boleh ke?

Angin bertiup kencang, habis tudung hakak terbang terbang

Time paling lawak ni. Nanti hakak cerita.
Takpe lah, akak cerita jela sekarang. Time ni memang lawak. Kalau dah nama manusia kan, tengah jalan pun dia nak terbaring. Ni dekat tangga pun dia nak bergaya. Time ni ada orang menunggu nak lalu tangga tu. Tapi kami suka suka hati je bergambar. Kepada kakak dan adik kecil yang menunggu kami dengan penuh sabar time ni, kami minta ampun minta maaf banyak banyak ya kak. Terima kasih juga sebab sabar menunggu kami bla dari situ. hahaha


Phone dah penuh, kita penuhkan GoPro pulak hahaha Iklan gigi untuk semuaa

Mano lah laki den ni tak sampai sampai. Jenuh dah menunggu ni yob!

Haaaa, ini lah lembu besar yang akak cakap tu. Batu lembu yang akak kata jangan bergambar dekat situ. Sebab ini just batu, bukan lembu! Tapi ada la kepala lembu dekat situ. So siapa nak bergambar, sila la.

Okay rasanya tu je kot cerita untuk di Kundasang. Banyak lagi cerita yang kita nak share share ni. So jangan lupa, follow blog ni dan PASTIKAN jangan sampai terlepas cerita cerita travel seterusnya!
Assalamualaikum and Hi,

selamat kembali ke sesi perkuliahan semua student. Ada juga dengar yang takda cuti langsung, ndapa ba. Niat tujuan asal merantau negara orang adalah untuk belajar. Ingat, belajar itu satu jihad! In Shaa Allah.

okay cukup mukadimah untuk kali ini, jom sambung cerita.

Haritu masa Mid Sem Break, Mia pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan Mia memang stay di Semporna sudah satu tahun lebih, alang alang kali ni kita bercuti gila gila sikit. Dan ini adalah unexpected plan sebenarnya memang rancang tapi bak kata orang, jangan rancang semangat sangat nanti tak menjadi. hihihi.


Selepas bincang punya bincang, akhirnya kami ke...
  • Kundasang - Desa Dairy Farm
  • Kota Kinabalu - Imago Mall
  • Kota Belud - Pekan, Pantai Rang Bulan and satu spot untuk lepak tangkap gambar semua.
Memandangkan kami memang stay di Kota Belud this time, memang kami akan berpusing pusing seluruh Kota Belud lah! Bila lagi kan!

FIRST DAY

Dari Semporna kami menaiki bas Sabariah Express untuk ke Kota Kinabalu. Bas Sabariah ni best tau! Kalau macam post sebelum ni, tahun lepas, Mia review tentang bas Senex. Now Mia akan review tentang bas Sabariah pula! 

Bas Sabariah ni sama ja seperti bas bas lain. Ada toilet, ada kerusi, ada tv, semua complete! Kerusi dia sangat sangat best! Besar dan sangat stable. You tak pening lah kalau dah biasa naik bas. Jangan kalah dengan den, den pun yang jarang naik bas tak pening pun. Hahaha. Dan kami gerak dari Semporna time tu pagi. Kalau sebelum ni pergi ke Kota Kinabalu tu malam, kali ni kita pergi pagi pulak.

Sebenarnya pengalaman naik bas pagi ni best tau. Kata orang kalau naik bas malam, seronok sebab boleh tidur. Tapi, mana tahan jugak kalau dah otak, jiwa dan raga ni traveller, mesti nak jugak tengok keluar kan. Ada orang cakap alaa naik bas around Sabah je pun. Berapa lama lah agaknya tu?

KAU JANGAN MAIN GILA. Dari Semporna ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 10 JAM okay. Apa kau rasa duduk dalam bas 10 Jam dengan berhenti SEKALI je. Tu pun untuk makan, rehat, solat sebagainya. paling pun around 1 jam je la rehat. Lepastu dah takde berhenti dah sampai la ke Destinasi anda.

Route bas dari Semporna ke KK agak jauh juga, memandangkan Sabah ni memang tak ada Train or KTM, Monorail or what so ever dan Sabah ni pun tak ada highway (only in certain places) so memang bas punya route akan sama je kecuali kalau nak ke Tawau ada yang lalu Kunak ada lalu Kalabakan. Tu nanti kita cerita. Sekarang kita cerita tentang Route pergi ke Kota Kinabalu dari Semporna melalui jalan Kunak.


Semporna - Kunak - Lahad Datu - Kinabatangan - Sandakan - Telupid - Ranau - Kundasang - Kota Belud - Kota Kinabalu 

Ini adalah wilayah-wilayah yang kau akan limpas (lalu) sepanjang korang nak pergi ke Kota Kinabalu dari Semporna. Tapi, bas takkan berhenti setiap kali melalui wilayah-wilayah ni. Kebanyakkan Bas hanya akan berhenti di Telupid sahaja. Ada juga yang berhenti di Lahad Datu, kemudian akan berhenti di Telupid untuk makan, rehat dan solat. Jadi, jangan lupa bawa la jajan jajan anda atau bawa je tapau (bekal) untuk makan dalam bas.


Kemudian kami punya perjalanan pertama tu, agak memenatkan. Bas jam 8 pagi dan kami tiba di Station Bas Inanam pada jam 6 petang. Agak sakit pinggang sikit la sebenarnya but nevermind, adventure kan!  Sampai ja di Inanam, kami di ambil oleh Abang kawan kami.


Yay sampai Inanam suda!

Okay, untuk trip seterusnya Mia akan cerita di next post! Tunggu ya ! Jangan lupa follow semua akaun Mia! Visit instagram Mia dengan Hashtag #MiaGoVacation untuk lebih banyak lagi gambar hihihi

Assalamualaikum and Hi,

Seperti biasa I'm not good in introduction. Hai people, lets discover Semporna! Kita cerita tentang Bukit Tengkorak. Bukit Tengkorak ni kalau awak ingat, kita pernah belajar waktu Sejarah Tingkatan 1. Remember? 

Tentang zaman Neolitik tu. Yes. Ini lah dia. Historical Museum. Sangat best dan very exotic tau. Tapi tempat tu sangat best! Best ! Best! Tak tipu! Sejuk, berangin. Nak kata tinggi? 500meter sahaja Jangan risau. Semua bertangga. Jadi awak tak jatuh ke bawah tau. Naik tangga, takkan jatuh pula. Tapi hati hati ya takut awak tergelincir je hehehe 



Hi Korea... Okay sebenarnya ini pokok yang ada di Bukit Tengkorak

Masa mula mula naik kena pasangkan semangat dan azam hokey. Tapi sebelum masuk, awak kena isi dulu borang di pejabat dia dan awak kena turun pada jam 5 petang. Selepas tu, naik lah tangga seperti biasa. Seronok kan?

These are my fellas di pintu masuk Bukit Tengkorak. ;)

Ini pintu masuk nak mendaki Bukit Tengkorak. Pakai simple simple je uols. Nampak tangga belakang kitaorang? Yaz. Itu lah tangga untuk naik ke atas. Panjaaaaaang sangat tangga tu sampai ke atas. 500meter semua adalah tangga!

Then you pun naik. Paling seronok time naik ke atas boleh nampak seluruh Semporna dengan  jelas sangat! Cantik! Nampak pulau Bohey Dulang dan Sibuan. Lepastu you boleh nampak sekolah, ladang pisang dan sawit dan sebagainya.

Eh eh buat muka pulak dia....
Okay as you can see, there is the stairs. Di pertengahan jalan kalau anda penat, anda boleh berhenti dan selfie. Angin memang sepoi sepoi bahasa. Awak boleh je duduk di perhentian perhentian dia tu. Dalam setiap meter dia akan letak tempat rehat. Sambil tu boleh tengok pemandangan yang sangat cantik! hihihi :D

Taraaaa batu yang ada di Bukit Tengkorak


Cantik kan? Banyak lagi gambar ni di Bukit Tengkorak. Awak suka hiking? Datang lah Bukit Tengkorak :D Gambar selebihnya visit my insta. Tekan je icon instagram di sidebar saya :D

Assalamualaikum dan HI

Okay kita sambung semula cerita kita tentang jalan jalan ke Pulau ni. Sengaja supaya bagi penerangan dan keseronokkan tentang pulau-pulau cantik yang ada di Malaysia ni. Asyik nak ke Hawaii, nak ke Bora-bora island, elok pergi Pulau yang ada di negara kita ni. Membantu industri pelancongan dalam negeri beb! Fuh, hebat sungguh berkata-kata. Okay jom sambung cerita!


Cerita start dari sini bah...

Sampai ke Pulau Bohey Dulang. Mengambil masa satu jam juga dari Jeti Semporna tu ke Pulau Bohey Dulang ni. Tapi memang tak terasa pun. Yelah, sejuk angin tu lagi, main main air di boat lagi, gelak gelak, selfie selfie, borak borak, memang tak terasa satu jam tu.

Selfie Selfie eh tiba tiba sampai ke destinasi. Time ni memang nak menangis gila-gila lah, sebab tak bawa camera. Student kan, so camera tertinggal di semenanjung uhuks uhuks. So sampai di Bohey Dulang first kena isi borang apa semua. Lepasu, kita mendaki ke atas Bohey Dulang ! Yay!

Pendakian mengambil masa yang lama juga lah. rasanya satu jam kot. sebab kitaorang sambil jalan dengan termengah-mengah. Dah otak photographer, yang penting dapat view yang menarik, aku gigihkan diri untuk mendaki. First time mendaki sebenarnya ni huhu.

okay jom layan gambar :D

Tengah tengah hutan tu ada pulak tangga, apalagi makcik selfie lah :)


Then aku pun berusaha naik ke atas dan naik dan naik. Siap buka lagu Taylor Swift tu. Lagu Taylor Swift marathon. Menyanyi dan menggila dengan sorang kawan. Tak ingat pula sebab time tu dah syok berjalan sampai tak perasan kawan dekat belakang. Hahaha.

Naik naik sampai ke 400m kemudian jalan lagi 500m kemudian naik lagi..... siap nampak kawan dekat atas. sekali jumpa tiang yang ke 600m. Apa lagi, berlari lah 100meter tu sematamata nak naik ke atas.

Sampai atas, minum air kawan dulu. Sampai je terus minta air orang. Bukan tengok pemandangan dulu. aduh masalah betul aku ni. Dah minum air, time tu dengan angin yang super kencang, tengok pemandangan memang syok sangat sangat !

Layan dulu gambar gambar ni...

YAY DAH SAMPAI KE PUNCAK BOHEY DULANG !

Subhanallh, cantiknya! Macam edit!
Okay. Nanti sambung lagi ya :D