Showing posts with label LIFE. Show all posts
Showing posts with label LIFE. Show all posts



Haluuuuu everybodehhhh, nak share sikit tentang satu product ni. Klise sangat kan kalau ada benda nak di share, mesti post gambar product. Well, Mia sebenarnya not really into collagen tau. So I went to an event, which I was invited by Watsons Malaysia. Meet & Greet with Janna Nick, sebab Janna Nick adalah duta product ni. She is the ambassador of product, not the founder. So product ni diberi nama NH COLLA PLUS 3, yang paling latest lah ya. Sebab tu 3. gtichew.

SO the collagen is a supplement which it is a botanical beverage grape with yeast ceramide. Minuman botani anggur dengan yis seramida. Kalau korang jenis yang tak biasa dengan collagen, maybe korang rasa nak muntah a bit with this bau. Tapi, trust me, the taste it very very good. Ada rasa anggur sikit, so korang takkan rasa macam nak muntah. Mia tak pernah minum collagen. This is the one and only collagen yang boleh masuk dalam tekak Mia. 

Cara nak consume pun senang, minum 1 botol (150ml) masa pagi atau malam. Untuk minggu pertama dari Day 1 until Day 6, korang minum everyday. Masa Day 7 and onwards, korang minum selang sehari. On bottle every alternate day. So Mia dapat dalam 2 box, satu box isi ada 6. So I got 12 bottles. Mia dah minum 3 botol. I feel something is changing. Macam kurang sikit penat tu. Tapi hari keempat, tak dapat pula. Sebab tengah berhalangan. Mia tak pasti boleh atau tak untuk consume ni, but i better avoid it before anything happens. Because as I know, kalau minum collagen time period, boleh mengubah hormon kita dan mengganggu cycle period. But im not sure, is this product safe or not.

Lepastu, Mia pun dapat 1 alat Nano Moisture Spray yang very very cute. And it is very nice, but i havent try it. Will show it on my Instagram soon! So lemme show you guys the press conference event. 


I got the front row seat!

Yeaa, here I am. With my big pimples.......


Hello Janna!





MEET & GREET WITH JANNA NICK

by on November 17, 2018
Haluuuuu everybodehhhh, nak share sikit tentang satu product ni. Klise sangat kan kalau ada benda nak di share, mesti post gambar pr...

Haluu gais, so Mia saje nak cerita sebab tak nak lupa kenangan kenangan ni. Around three four days yang lalu, Mia ada pergi satu casting untuk satu production house. The producer sangat welcoming and very generous. Mia siap bawa satu geng (adik adik) datang teman casting. Yelah, Mia memang selalu ditemani oleh mereka ni berdua. Dengan sape lagi Mia nak berteman. Lingard duduk jauh aih...

Producer tu tak cakap apa apa pun pasal bawa adik adik. Dia siap cakap, bawa sekampung pun takpe yang penting jangan kacau. Thankgod, bebudak ni well-behaved! Terus hakak bawa diorang pergi IOI City Mall, Putrajaya. Keh keh keh. So masa casting ni time pagi, petang tu Mia ada event Watsons. Tapi Mia update dekat next post tau!

Masa datang tu, Mia datang awal. Tapi sebab sesat. Pusing punya pusing, sampai 30 minit juga. Lepastu Mia give up dan Mia park je kereta. Lepastu breakfast kejap dalam kereta. Sampai pukul 10 pagi. Lepastu mula lah call producer tu tanya pasal location. Dia angkat call dan cakap betul area tu tapi tingkat 2. Alala... gitu rupanya.

Mia pun naik ke atas dan berbincang sedikit dengan producer dan berkenalan dengan salah seorang yang join casting juga. Kami diberikan skrip dan kena cuba sampaikan maklumat dengan cara tersendiri. Okay, Mia tak nak cerita pasal casting tu. Mia nak cerita pasal betapa susahnay sebenarnya menjadi seorang host.

Korang mesti tengok, alah jadi host atau pengacara ni senang je. Baca je skrip dan terus cakap cakap. Sama juga macam DJ dan juga pembaca berita. Well guys, step that mindset aside because that is not what they are really doing. Selepas dapat rasakan sendiri macam mana menjadi host untuk sesuatu rancangan walaupun hanya casting gais memang sangat mencabar. Seolah olah macam tak pandai bercakap. Mia yang selalu yakin bercakap ni pun, terketar-ketar. 

Dulu Mia pernah join casting masa sekolah rendah, untuk rancangan TV9 tapi bila dah diterima untuk next casting, mereka tengok umur Mia masa tu dah 12 tahun. Mereka mencari untuk pengacara 7 tahun hingga 11 tahun sahaja. So a lil bit dissapointed sebab tu Mia teruskan dengan blogging. Hosting ni sebenarnya adalah cita-cita Mia. Nak jadi pengacara, nak jadi wartawan, nak bercakap dalam tv. Tapi mungkin Mia tak ditakdirkan untuk ke arah tu, walaubagaimanapun Mia dah dapat rasa pengalaman tu dan Mia excited! I am soooooo looking forward untuk next casting, kalau ada lagi.

Bukan apa, bila kita minat dan kita ada perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru kita sebenarnya tengah cuba lawan kemampuan diri kita yang mana itu adalah salah satu usaha kita untuk terus maju kehadapan. Jangan pernah takut bermimpi, kalau bermimpi pun takut. Macam mana nak gapai? Sama kes macam Mia menjadi contributing writer untuk Zalora. Bukan Mia berani pun pada mulanya, tapi bila dah mula ceburkan diri dan mula belajar satu per satu. Dan rajin bertanya ofkoz, Mia semakin berani untuk tulis banyak article. Mungkin saya ke arah journalism lepasni? Walah walah.

However, jangan pernah putus asa untuk terus berusaha. Orang nampak kita selepas kita dah berjaya je. Perjalanan ke arah nak berjaya tu, tak ramai tau. So, what ever you guys buat sekarang ni, D O N T - G I V E - U P !!

Bye for now,
daa-daa

MIA PERGI CASTING??!!

by on November 09, 2018
Haluu gais, so Mia saje nak cerita sebab tak nak lupa kenangan kenangan ni. Around three four days yang lalu, Mia ada pergi satu castin...

Yayyy alhamdulillah, dah convo! sila KLIK SINI untuk tengok kesinambungan cerita ni... Selepas 3 tahun mengharungi segala lautan assignment, pasang surut kehidupan, tidur tak tidur, belum lagi dengan aktiviti kampus, naik turun meeting, berlari kejar lecturer i think everyone does belum lagi dengan kena pakai heels supaya boleh nampak integriti ececececeee...

I dont know lah, life at campus ni satu level yang berbeza dari sekolah menengah. Well, sekolah mnengah for me is fun. Mia dulu Ketua Editor sekolah, kerja memang dengan kamera. Takde siapa cikgu nak rampas, nak tegur pun takde sebab nanti kita akan publish gambar tu ke dalam facebook dan tag diorang. Boleh tukar DP facebook, kan cikgu? Hehehe. Tapi di kampus lain ceritanya. Kalau dulu kita dekat sekolah pergi pagi, balik petang. Ikut je apa cakap cikgu. Mia mungkin lain kot sebab Mia balik kadang sampai hampir malam sebab stay sekolah buat content majalah. I think my life memag ditakdirkan untuk buat content forever lah hahaha.

Di kampus pun, lebih kurang sama jugak. Mia buat content untuk instagram MPP, kemudian bertanding presiden buat content untuk aktiviti tahunan, termasuk dengan leadership programme among MPP sendiri. Sebelum publish mana mana media, nak kena approve dulu, meeting dengan pihak pengurusan, belum lagi kena hentam dengan students konon perempuan tak reti buat kerja. 

Biasalah, dorang campus-etizen. 

Setiap bulan meeting dua kali, sebelum program ada meeting, sebelum start program ada meeting, after program ada post mortem meeting, yang semua meeting tu merangkumi gerak kerja, susun atur organisasi, dokumentasi, persijilan, dan segala yang menyakitkan kepala. 

Kelas pulak dengan kelas cancel (yay), kejar lecturer sebab nak submit assignment, selit bawah pintu sebab lecturer cakap kalau saya dah kunci pintu saya tak terima dah. Guess what, we are more genius sir! Apa lagi yang best dalam kelas... Oh! Besok submit assignment, malam ni tak tidur. Besok exam, malam ni baru study sambil tengok Manchester United main. Believe me, I lebih fokus study kalau ada bola. Mata tengok bola tapi tangan jalan. Last last tangan berhenti menaip, terus pegang teh ice. Hihihi.

See, betapa productive nya kehidupan sebagai seorang student. Rindu masa masa tu. Tapi yang lebih best lagi adalah bila kita satu kelas sekepala. Mungkin ada orang cakap, kami pun sekepala. But I dont really think sekepala korang sampai tahap satu kelas tu jadi bestfriend korang. Kelas Mia ada 27 orang. Yang selalu rajin involve dalam semua perkara antara satu sama lain dalam 25 atau 24 orang kot. Sebab yang selebihnya memang suka buat kerja sendiri. Kadang sampai rahsia Mia couple dengan Lingard pun dorang tau beb! Bukan sebab Mia jenis suka update tau, tapi memang sebab kami semua rapat. Kebetulan satu kelas rumah dekat-dekat dan dulu dekat Semporna memang tempat lepak tak banyak. So kalau satu geng lepak, geng yang lain akan join sekali. Last-last, gosip yang tadi share berlima je (satu geng) bila geng lain datang 

"Korang borak apa tadi"

Haa... Disitu lah semuanya start...

Sebenarnya Mia agak susah nak lupakan kawan-kawan Semporna ni. For me, they are everything. They know me in my ups and downs, diorang faham my life. Paling tak boleh tahan kan, korang kalau tanya dengan member sekelas ada ke sampai tahap

"How's your mum? I dengar dia dekat Jakarta sekarang."
"Eh, adik you dah besar kan?"
"So bisnes you macam mana?"
"Mia, I've read your blog!"

Guys, theres two types of person kalau dia tanya you soalan macamni. First, sebab dia stalker. Second, they really cares about you. But I believe these TESALIEN are care too much about me and that's make me loves them even more! Bayangkan masa jumpa time konvo haritu memang terus cari, terus duduk dan menjerit siap berpeluk macam teletubbies tau. Habis huru hara dewan konvo tu dengan suara bising kitaorang. #MoodMakJemahONz

Personally, KPTM Semporna leaves a very remarkable memories for me. Tapi, kata orang lebih seronok tinggal di negeri sendiri. And for sure, Mia takkan mudah lupakan Semporna. Mungkin di Semenanjung ialah tempat Mia cari kerja, but Sabah is actually my real life. Yela sebab dah pernah stay sana kan. Macam orang yang setiap bulan ke overseas, mesti boleh bandingkan antara tempat mana yang mereka selesa. Kalau korang macam mana? 

But syukur Alhamdulillah, Mia dah convo. Lepas ni dah boleh dah urus pasal pinjaman MARA. Oh ya, nanti Mia share macam mana nak buat eConversion ya. PInjaman korang boleh berkurang kalau korang kekal jaga pointer! Bestnya.... Sekarang Mia terpaksa jadi macam graduan lain... nak kerja apa eh....

Till my next post guys!
bub-byeeee

YAYYY DAH CONVO !

by on November 08, 2018
Yayyy alhamdulillah, dah convo! sila KLIK SINI untuk tengok kesinambungan cerita ni... Selepas 3 tahun mengharungi segala lautan assig...

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO

I just blogwalking and I found this Thread from... i dont know. It just popped up. [smirk]

Since it is already popped up, I decided to be a part of it. Most of people, will hate to write articles on some online magazine but I like challenges. 

so, I challenged myself.

Even though I am really bad at datelines.

I REALLY AM.

THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. And it is and original and fresh also exclusive content from the community. Everyone can be a writer. Everyone can share their thoughts.

Then I found AMER, he posted this stuff up on his blog. So he helped me alot! Thankyouu AMER!

So, I already got my invitation. I should click ACCEPT, right?

Stay tuned!

Love,
Lady M.

THREAD BY ZALORA

by on November 23, 2017
ASSALAMUALAIKUM AND HELLO I just blogwalking and I found this Thread from... i dont know. It just popped up. [smirk] Since it ...
Assalamualaikum and Hi

Perasan tak setiap entri mesti cakap minta maaf sebab asyik-asyik hilang? Jujurlah aku cakap, lepasni jangan percaya dah. Memang confirm hilang-hilang. hehe. Hilang kalau setakat satu dua hari masih boleh terima lagi, ini tidak. Sekali hilang, berabad baru jumpa balek. Sesiapa yang masih membaca entri ini, jangan lupa komen-komen ye di bawah! Dan saya ucapkan terima kasih banyak banyak, saya sayangkan awaaakkk! *love struck* 
Nak dijadikan cerita, entri kali ini in shaa Allah bermanfaat untuk semua pembaca especially kepada calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP. Beberapa kolej dan universiti tak panggil MPP, ada nama nama lain seperti JPP kalau di IPG (kalau tak silap) dan juga beberapa nama lain. Tak ada masalah. Ini hanya sharing saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, boleh lah di amalkan ye ;)

Nampak tak, belum masuk topik dah panjang mukadimahnya, tak sampai lagi point sebenar ni, masih lagi di awal-awal cerita tapi bukan main semangat menaip. Topik kali ini, adalah ikhlas dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri ye. Dan juga turut menceritakan kemana hilangnya diriku selama ini, ye awak awak. Tekaan yang tepat. Disebabkan terlalu menabur bakti kepada pihak kolej sehingga blog saya terabai... *lalu burung-burung berkicauan*

Takdelah, tapi memang betul. Memimpin ni bukan satu tugas yang mudah dan bukan juga susah. Ianya tak susah tapi juga tidak semudah yang disangka. Orang akan cakap, jadi ketua ni seronok, tinggal suruh-suruh orang je. Tapi ada tak kita fikir, ketua kena pastikan semua teratur supaya tidak ada masalah dikemudian hari? Pernah terfikir tak masalah yang ketua perlu hadapi namun terpaksa sembunyikan dari pengetahuan ahli majlis yang lain supaya kerja yang dihadapi sekarang boleh disiapkan tepat pada masanya? Tekanan emosi, minda dan tenaga boleh buat ketua ni tak lama gila. Ndak lama gila bilang urang kampung sia. Sot kunun. Tapi jangan risau, topik ni bukan untuk takut-takutkan orang. Sesiapa yang mencalonkan diri sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, memang tabik spring berpiringgggg dengan awak kerana dari beratus orang di kampus awak, awak berjaya mencalonkan diri! HEBAT LUARBIASA!




Ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada para calon supaya lebih bersedia dalam menghadapi proses percalonan lebih-lebih lagi manifesto. Haaa apa tu, seram sojuk je. Haa baca ni...

#1 : Manifesto Mesti RINGKAS, PADAT dan MUDAH DIFAHAMI

Letakkan diri anda sebagai seorang pelajar. Anda nak tak dengar manifesto merapu dan membebel panjang-panjang. Makin kita suarakan manifesto yang merepek, makin pelajar beri respond bermain main. Bukan bermaksud kita tidak boleh berjanjikan bulan bintang, tapi tepuk dada tanya selera. Mampukah kita?

#2 : Tunjukkan KREDIBILITI sepanjang musim berkempen.

Memandangkan MPP adalah salah satu organisasi yang berkempen secara sihat dengan tujuan yang murni, persaingan dikalangan pelajar juga sengit. Persaingan sengit adalah persaingan yang sihat! Kredibiliti tu macam mana? Dari segi tutur bicara, cara pemakaian dan paling penting MESTI sentiasa senyum. Jadikan senyum itu satu kebiasaan. TAPI, jangan time berkempen je senyum, memuji sana sini, petik bulan bintang. Dah menang, dapat masalah sikit, terus gelabah takde nak senyum-senyum dah. Salah tu.

#3 : Manifesto yang baik adalah manifesto yang ada TAGLINE dan sebutkan dengan penuh yakin dan TIDAK membosankan

Salah satu cara untuk membuat pengundi mengingati anda, adalah anda tampil menonjol dengan tagline sendiri. Kebiasaannya yang ada tagline sendiri ni, lebih menarik. Apatah lagi kalau anda jenis yang pandai jawab soalan cepumas. Memang terbaik. Maksudnya, anda memang telah tahu selok belok kampus. Jadi kalau anda diberi mandat, memang terbaik meletop lah kampus tu nanti. Pelajar pun tak menyesal undi. Ye dok? 

Ini lah beberapa cara yang saya guna juga untuk bertanding haritu. Sebenarnya memang nak share awal-awal lagi, tapi tak sempat sebab banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Itu lah selalu hilang-hilang tu. Tak sempat nak sharing. Cara ini menurut saya, adalah pemahaman yang basic ye. Sesiapa sahaja mampu jadi ketua. Walaupun seorang perempuan. Manifesto saya, saya bahagikan kepada tiga. Boleh rujuk
kepada gambar lah ye. Oh ya, sebelum mengundurkan diri, semoga teknik ni mampu membantu para calon ye. Ingat, galas tanggungjawab dengan penuh amanah.

Anyway, sepanjang saya typing ni, saya baru lepas jawab soalan final exam. Rasanya belum terlambat untuk saya wish Selamat BerFinal para pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah!