Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

 


Biasanya Myraa akan ambil masa lama untuk review sesuatu produk hanya untuk tengok keberkesanan produk. Lebih lebih lagi kalau ianya skincare. Tak berapa berani sangat nak tukar tukar, nak try and error barang skincare ni. Tapi, bukan Myraa tak nak pakai Mary Kay. Just tak berani nak try sebab kulit super super sensitif. Eittss, but  i have nothing against Mary Kay eventho sometimes independent beauty consultant agak hard-sell tapi tu kerja dorang kan, so biarkan mereka buat kerja mereka.

Kali ni, disebabkan selalu nampak my friend, yang merupakan salah seorang Independent Beauty Consultant promote Skinvigorate Sonic daripada Mary Kay ni setiap hari, so Myraa pun buat keputusan untuk beli Skinvi ni daripada dia. Myraa beli masa harga promo tau. Kalau dibandingkan brand lain, Skinvi ni agak murah juga. Dari segi harga dan hasilnya memang worth the price!





Meh kita bahas daripada brush dia. Brush dia sumpahhhh lembuuut! Memang best pakai. Tak macam brush biasa yang kasar tu. Dah lah kasar, keras, rasa sangat pedih bila letak dekat kulit kita. Tapi brush Skinvi ni tak macam tu geng. Sangat lembut, sangat selesa, rasa macam nak letak lama lama dekat muka pun tak kisah. Recommended!


Bila kita cuci muka, kadang kita sering tertenyeh lama lama, atau kita semangat sangat nak gosok muka tu konon boleh hilangkan kotoran lebih bersih daripada biasa lah. Choii, tak ada semua tu ya. Bila korang makin semangat cuci muka, cukup 1 minit je jangan lebih lebih. Kulit korang akan jadi semakin teruk dan kemungkinan akan ada komplikasi lain. So korang better pakai skinvi ni sebab sekali turn on, hanya berfungsi selama 1 minit. Lepas tu, dia akan auto off sendiri. So korang takkan cuci muka melebihi limit. Soooo eassyy!


Brush tu pun boleh dicuci tau, korang hanya perlu cabut dan simpan atau cuci. Sumpah senang lah. Sebagai pengguna yang beli sendiri (not sponsored) memang recommended Skinvi ni untuk korang. Tapi jangan pakai time korang tengah berjerawat sebab mesin macam ni biasa akan triggered jerawat untuk membiak lebih banyak. Makin cepat jerawat tu keluar dari pori-pori. 

Jerawat tidak terbentuk dalam satu malam ya, biasanya jerawat dah berhari-hari menternak baru dia keluar. So kalau korang triggered jerawat tu, so makin cepat lah dia keluar. Haa macam tu. Okay, done bebel. Kih kih.

So bagi korang yang nak pakai tapi takut-takut, korang boleh cuba dahulu dan rasakan sendiri. So far, kulit jadi lebih sihat dan lebih gebu daripada biasa. Kulit yang gebu, pipi gebu tu dah memang sejak azali. Agitchew! 

Okay lah, kalau ada soalan kome je dekat bawah kayss.

Till my next post gais.





Heyyoo gais, Myra ni takde lah seorang yang jenis ber-skincare regime sangat. Kebiasannya memang akan stick dengan satu-satu product tu sehingga lah dah tak sesuai baru tukar. Baru-baru ni, Myra try pakai Forever Aloe Scrub ni dari Forever Living. Sebotol ni berat dalam 118ml dan tesktur dia agak sedikit kasar kerana ianya bagus untuk exfoliator. Khas untuk muka yang kusam, kasar, dan boleh membuang sel sel kulit mati. Myra bukan pakai dekat muka je, disebabkan ianya sesuai untuk dipakai untuk kegunaan harian, Myra pakai juga untuk scrub kaki sebab kita kena jaga seluruh badan kita gais, bukan muka je. Lagi satu packaging dia pun syok wei, ditutup kemas dan jenis yang picit tu. Jadi tidak membazir, memang boleh agak sendiri berapa banyak yang patut digunakan pada satu satu masa. Jimaatt!



Tahu tak kelebihan scrub ni apa? Biasa kita selepas pakai cleanser, kita akan pakai toner, moisturizer, dan sunscreen kan? Scrub biasanya akan dipakai selepas kita guna cleanser, seminggu sebaiknya sekali atau dua kali je, supaya kulit kita bersih. Kalau boleh jangan lebih dari dua kali, takut tisu kulit kita koyak. Scrub memang tekstur nya kasar, takut kulit luka. Rosak, kena pergi dokter untuk sembuhkan balik. Berapa pula cost tu kan..... huhu...




"Lebih dari sekadar kulit" adalah slogan Forever Aloe Scrub. Gabungan unik gel Aloe vera dan Minyak Jojoba tulen, pembersih kulit yang berkesan ini cukup lembut untuk kegunaan harian dan cukup kuat untuk membersihkan kotoran yang menyebabkan masalah kulit. Scrub ni juga akan membersihkan kulit untuk proses pembaharuan kulit yang unik, sambil membantu melindunginya dari pengeringan dan kerosakan. Gosok sel-sel kulit mati dengan perlahan untuk mula mengungkapkan kulit yang lebih sihat dan baru. Sebotol harga pasaran RM66.00 tetapi kalau beli guna LINK NI akan dapat discount menjadi RM59.00 jeee. Disebabkan direct dari HQ bukan dari pengedar, sebab tu dapat harga lebih murah daripada harga pasaran. 

FOREVER LIVING ALOE SCRUB REVIEW

by on September 05, 2020
Heyyoo gais, Myra ni takde lah seorang yang jenis ber-skincare regime sangat. Kebiasannya memang akan stick dengan satu-satu product tu sehi...

 



GAIS, Myraa nak cerita pasal kulit muka Myraa yang makin hari makin teruk. Padahal sepanjang PKP ni tak adalah selalu keluar. Memang dah berbulan terperap je dalam bilik tu. Beli makanan pun pakai grabfood je, senang! Tapi taktau lah kenapa kulit muka ni makin teruk. Dapat rasa macam jerawat pasir, ada juga rasa macam gatal, rasa pedih pedih pun ada. Tak pasti sama ada skincare dah tak sesuai dengan kulit, atau kulit ni saje gedik nak cari pasal. 

Tibehhh...

Ada je orang cakap, "buat apa nak pakai skincare, kan duduk rumah jeeeeee......." Tapi sebenarnya walaupun duduk dekat rumah, kita tetap kena maintain pakai skincare kita. Kalau rasa gatal, pedih tu maksudnya memang kulit berada di tahap yang tidak normal. Korang kena cepat cepat pergi jumpa orang pakar. Mereka akan check, bagi nasihat, dan membantu korang menyelesaikan masalah korang.

Myra cadangkan, cuba korang pergi ke Dr. Medispa and Wellness dekat Bangi, Selangor. Harga pun berpatutan, tempat yang kondusif, dipercayai oleh ramai pelanggan dan dah buat lebih dari  3500 sesi rawatan. Mereka juga mempunyai teknik yang berlainan untuk parut yang ada dan serum yang berbeza bagi setiap individu. Meh Myra listkan apa yang membuatkan Myra memilih untuk buat rawatan dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni.

1. CONSULTATION YANG LENGKAP



Kesemua beautician disini akan check kulit kita terlebih dahulu. Kesuaian treatment juga bergantung kepada keadaan kulit kita. Macam kulit Myra masa ni memang agak teruk lah, sebab baru lepas datang bulan dan agak stress sikit. So Myra punya jerawat macam kecil-kecil dan pedih, gatal dan huru hara lahhh. Jadi, mereka sarankan untuk melakukan treatment OxyPeel C yang mana menggabungkan 3 teknik rawatan berbeza. Rawatan OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang  memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. 

Rawatan perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yg extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bagi menghilangkan wrinkles dan kedutan halus. Disebabkan kulit ni adalah organ paling besar yang kita ada serta yang paling sensitif dan terpaling mudah dijangkiti bakteria. Fuhhh, sebab tu kena extra careful gaiss.

2. RAWATAN YANG DIFORMULASIKAN OLEH PAKAR

Untuk kebanyakan jenis rawatan, akan dipantau dan formulasikan oleh Dr Azira, founder Dr Medispa and Wellness sendiri. Untuk rawatan Myra ni ialah OxyPeel C yang mana mempunyai kelebihan seperti yang berikut :

- Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
- Menghilangkan parut jeragat, kedutan dan mengecilkan pori
- Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 
- Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
- Pengelupasan kulit secara menyuluruh dapat memberikan hasil yang sgt cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit yg lebih halus, berseri sekiranya mendapat rawatan sewajarnya.



Ohhh dan disebabkan mereka memang sangat pakar dalam bidang ni, Myra nak share sikit dekat korang beberapa info tambahan berkenaan parut yang kebanyakkan kita selalu alami. Kadang kita sendiri tak perasan yang ni adalah parut.


Parut ada bermacam jenis parut kawah (terminologi) yang biasa digunakan. Parut dan teknik amat berbeza bergantung kepada jenis2 parut tersebut. Antara parut paling biasa mereka jumpa adalah mix type (kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar & Ice Pick Scars)

Dan untuk harini, Myra akan buat treatment ini juga selain daripada Cinderella Peel.



3. SELAMAT DAN SELESA

Dalam isu keselesaan ni, kebersihan adalah yang paling kita titikberatkan, kan? Syukurlah di Dr. Medispa and Wellness Bangi ni sangat selesa. Memang betul betul selesa lah! Korang pun yakin untuk buat rawatan disini. Selain mereka sangat arif berkenaan treatment yang akan dijalankan, mereka juga menggunakan bahan bahan yang berkualiti.

Jap, Myra nak tunjuk tempat rawatan yang mereka sediakan. 


Kawasan rawatan


Tempat menunggu

4. HARGA YANG BERPATUTAN

Kalau nak diikutkan, pricing untuk treatment kulit ni mahei nak mampos gais. Tapi tak sangka bila buat treatment dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni, dengan tempat, beautician berpengalaman dorang mampu berikan tawaran harga yang korang tak boleh nak tolak. Jap, Myra share list harga dia. Jangan gigit jari eh, kalau rasa tak tahan, terus je book appointment dengan dorang.


5. BANYAK PROVEN TESTIMONI

Masa Myra first pergi tu, banyak betul rasa. Rasa takut, selain daripada takut mahal lah. Ada juga rasa takut tak menjadi. Muka Myra memang tersangat-sangat sensitif plus muka Myra memang cepaat sangat merah. Sensitif bukan cepat tumbuh jerawat tau. Jenis sensitif Myra ni yang sikit sikit merah, sikit sikit gatal, memang sejenis gedik macam tuan dia jugak.... Eh...

So Myra ada survey dulu sebelum tengok, nampak ada beberapa proven testimoni. Myra ni takde lah nak muka flawless tanpa seketui jerawat, asalkan jerawat dan parut pudar dah cukup elok dah. Kita ni bukan lah retis ye kan, nak muka selembut kulit bayi, nak halus seperti kulit telur, asal bersih cantik segar nampak hidup dah cukup dah.

Ini adalah Myra punya testimoni sendiri yang memang proven lah! Korang tengok dari hari pertama sehingga hari ke-14 ni tau. Biasanya akan nampak perubahan bermula dari hari ke-3 sehingga ke-14. Namun, Myra ada sedikit perbezaan mungkin disebabkan terlalu sensitif tulah. Jadi Myra punya muka sekarang ni memang semakin membaik, semakin segar tapi tak semulus, sehalus, selicin kulit telur. Tapi masih lagi sihat, alhamdulillah.

Ini adalah hari pertama iaitu sejam selepas buat treatment OxyPeel C. Haa satgi Myra cerita ok!


Ini pula muka Myra masa hari-14. Selepas kali kedua buat rawatan iaitu rawatan Hydraoxy Glow.

So sekarang, Myra nak cerita sikit pengalaman Myra sepanjang treatment berlangsung. Kalau korang nak tengok full version punya video, korang boleh tengok dekat instagram Myra. [TEKAN SINI] Myra dah pergi dua kali untuk buat treatment dengan Dr Medispa and Wellness ni. Myra nak cerita masa hari pertama dulu. Apa jenis treatment yang Myra dah buat. 

STEP 1 : FACIAL WASH CLEANSING


STEP 2 : PROSES KECUTKAN JERAWAT DAN WAP PANAS UNTUK MEMBUKA PORI SUPAYA SENANG NAK BUAT EXTRACTION


STEP 3 : EXTRACTION WHITEHEAD / BLACKHEAD



STEP 4 : (1) OXYGEN FACIAL + SERUM KHAS DR. AZIRA


STEP 5 : MASK & WAP SEJUK




STEP 6 : MASK LED UNTUK NYAHKUMAN BAKTERIA DAN BANTU PROSES KECUTKAN JERAWAT




STEP 7 : (2) CINDERELLA PEEL




STEP 8 : WAP SEJUK


STEP 9 : MESOTHERAPY FACIAL



Penjagaan selepas treatment memang sangat leceh eh... Untuk orang yang rajin memicit jerawat macam Myra atau sejenis yang tak tahan muka gatal, atau memang jenis gatal tangan memang kena latih diri supaya jangan sentuh muka. Korang tahu tak tangan korang tu banyak kuman????!! Emosi gue...

Selepas itu, Myra pun tak boleh pakai skincare selama 7 hari. Tapi boleh lah pakai moisturizer dan sebagainya tapi bukan cleanser lah. Lepas beberapa hari, Myra rasa Myra punya kulit tidak dapat menerima respond dengan baik. Mungkin disebabkan oleh kulit Myra yang kering, dan kerap terdedah dengan matahari, atau mungkin faktor kita kena pakai mask sentiasa so muncul maskne pula.

Myra pun datang semula ke Dr Medispa untuk rawatan seterusnya iaitu Hydraoxy Glow C. Yang mana treatment ini dapat menghasilkan kulit yang tegang, bersih dan cantik! 

Antara kelebihan Hydraoxy Glow C:

1. Kita akan sedut keluar sel2 kulit mati

2. Membersihkan whitehead & blackhead

3. Mengcilkan pores dan akan melembapkan kulit. 

4. Bukan sekadar sedut je tau, kami ada menggunakan serum khas kami sendiri bergantung kepada keadaan kulit anda silap2 terus dapat instant glowing nak bermekap berdandan apa lagi makin smooth cantik je la uolss😍

5. Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.


Untuk makluman, Hydraoxy Glow C ni ada 2 treatment iaitu treatment Hydra dan Oxygen Facial.   

STEP 1 : FACE WASH MILK 
STEP 2 : FACE WASH CLEANSER
STEP 3 : WAP PANAS UNTUK BEBERAPA MINIT
STEP 4 : VACUUM UNTUK BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD


STEP 5 : HYDRA + SERUM KHAS


STEP 6 : ULTRASONIC


STEP 7 : MASSAGE
STEP 8 : OXY SPRAY



STEP 9 : MASK LED

Lepas treatment ni, lepas hari ke tiga dah boleh pakai routine skincare balik dah. Kulit pun semakin lama semakin baik. Tu ada Myra tunjuk muka hari ke-14 macam dekat gambar atas tu kan? Syukur. Takut betul kalau kulit kita bermasalah, sakit, pedih, susah hati rasa. 

Kepada korang yang nak kulit cantik, nak buat rawatan kulit, korang boleh pergi ke Dr Medispa and Wellness Bangi yang bertempat disini :

DR MEDISPA AND WELLNESS

No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
Kajang, Malaysia


Dan kalau nak book appointment korang boleh tekan [SINI] 

Till my next post gais!

Heyyoooo online shoppers, have you heard about The Malaysia's No. 1 e-Commerce Platform, PG Mall that offers you the best deal in town and you can just buy your daily essential with just one click? I bet you haven't cause I will tell you a big news that will makes you shop till drop with PG Mall. Eiiittts, not only that.... Since online shopping has been our 'thing' now, these are more reasons why you should shop at PG Mall


1. The Most Reliable and Secured Online Shopping Platform

Been in the industry since 2017, they aimed to be the most reliable business platform for the merchants from a global perspective. They are also ranked as the Top 3 e-Commerce site at Iprice Insight Report which only the Top 50 e-commerce players are ranked nationwide. 

It's cool, huh? 

They also has everything you need from fashion to beauty products, and from groceries to jewelleries. The website is also a mobile-friendly, so it will makes your shopping experience more exciting! Plus, they also provide a broad range of secure payment gateway including e-wallet! (GrabPay, QR Maybank, Touch&Go and Boost) 



2. STOREWIDE DISCOUNT UP TO 15% 


Will you shop with the higher price? Absolutely, not! PG Mall offers you everyday savings with storewide discount (up to 15%) with free shipping! (selected stores) You can shop anytime, anywhere from your computer or mobile phone or even using your tablets! With updated participating stores every month, you could enjoy special highlights on weekend with additional or great discount!

3. HOT DAY SALES - 80% OFF DAILY!

They are also providing MORE on-going promotions that offers you 3 Slots everyday - 10AM, 4PM and 9PM respectively with their promising lowest price guaranteed up to 80% OFF DAILY! I'm pretty sure, you would not want to miss this. Fuhh... this is SO HOT and you will not going to regret it!


4. LOVEYOU 3000 - WIN RM 3,000 IN TOTAL!


Baby take my hand, I want to shopping at PG Mall with my ironman. Nahhh, just kidding! Who needs ironman when you will be entitled to win RM 3,000 in total by purchase RM 30 and above!  The MORE you spend, the HIGHER chances for you to win! The winners will be announce on the 15th and 30th every month. I'm pretty sure, the ironman also want to win, meh! So let's go broke with PG Mall!

5. CONSUMERCHANT CONCEPT - BUILD YOUR EMPIRE!

This is where you will find the uniqueness of PG Mall than other platform which offers you the "Forever Cashback" programme up to 3.5%, in which you will be rewarded for referring new shoppers to shop with PG Mall. You can also get more incentives by shop, share and earn or even start your business venture - no high risk, no worry about the stocks, no worry about logistics! You customer's item will be delivered to their doorstep. Click to learn more!

Hurry, shop now with PG Mall for more rewards and discounts! More info you can just go to their website and social media down below! See you there!

About PGMall:
Website: www.pgmall.my 

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore #Loveyou3k








Director : Imran Sheik
Writers : Haziq Jamaludin, Imran Sheik
Stars : Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmin Suraya, Cristina Suzanne, Zul Zamir, Karanbir Singh, Dato' Jalaluddin Hassan , Sangeeta Krishnasamy, Amar Ashraf Zailuddin, Din Said. 
Genre : Political & Thriller 
Release : iFlix
Release Date : 6 April 2020
Language : Malay & English
Production : Lacuna Pictures
Duration : 1 hour 41 minutes


Movie ni adalah movie free dekat iFlix, dan hadir dengan genre nafas baru yang memaparkan kisah seorang politician, Suri (Vanidah Imran) yang telah dilantik oleh Presiden MUNA, Hassan (Tony Eusoff) sebagai Timbalan Presiden Parti yang berusaha untuk memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun biarpun perlu berkorban apa sahaja. 

Sinopsis penuh disini : - SINOPSIS SINI



Dari penceritaan yang dapat dilihat dalam filem ini, storyline memang baik namun penulisan skrip perlu diperbaiki. Audience yang gemar menonton genre jenis ini akan berasa janggal apabila mendengar penulisan skrip yang boleh dikatakan, agak kurang menyengat atau terlalu cringe untuk didengar. Secara keseluruhannya, filem ini tidak dapat menonjolkan isu politik yang sebenar kerana banyak menonjolkan isu sikap politician secara personal dan bukan kredibiliti politik yang seperti selalu kita lihat. Seolah sedang menampakkan dark side of being politician, gitchewww. Konflik yang diketengahkan juga, menghampiri isu semasa negara suatu ketika dahulu (tidak pasti, sama ada ianya kebetulan atau memang disengajakan) namun penceritaan plot agak sedikit laju. Walaubagaimanapun ianya merupakan satu langkah yang berani.


Genre jenis ini agak sedikit berat, mungkin bagi beberapa golongan penonton agak sukar memahami jalan cerita ini, kerana ia memerlukan upaya otak untuk berfikir. Bukan jenis filem yang boleh ditonton secara santai. Namun dalam filem political thriller ni, penulisan skrip seharusnya perlu lebih teliti kerana genre jenis ini lebih targeted kepada penonton yang suka berfikir. Macam tengah layan movie luar negara kan. Andai sahaja writer boleh melakukan homework sikit dengan memperhalusi penulisan skrip mungkin filem ini, boleh diperbaiki. 

Dari segi lakonan, barisan pelakon adalah hebat! Kita boleh nampak karisma Vanidah Imran sebagai ahli politik yang sangat sangat berbakat, ditambah lagi dengan barisan pelakon tambahan yang lain yang membantu keberkesanan watak dalam filem ini. Namun, ada beberapa scene agak kaku bagi Rashidi Ishak dan Cristina Suzanne pada part awal filem sebelum konflik berlaku. Kita dapat lihat, bahawa Rashidi Ishak kurang selesa bercakap dalam bahasa Inggeris. Taktau samada aku je yang rasa macamtu, tetapi dia mengurangkan feel tontonan aku. Cristina Suzanne juga agak blurr di bahagian awal, seolah-olah baru bekerja dgn CEO Media Raya, dan Myra agak mengganggu pada part mereka berbincang tentang streaming portal yang mereka nak lancarkan tu sebab seharusnya skrip mereka tidak begitu. Lakonan Ammar Ashraf juga sedikit agak mengacau feel Myra, sebab dia seolah-olah sedang menghafal skrip untuk memasukkan loghat utara dia tu. 























Dari segi susunan cerita, Myra dapati bahawa genre jenis ini tidaklah mudah untuk dibawa dan dihayati. Walaupun tidak menonjolkan point of view politik sangat, sebab lebih kepada kepuasan individu politik itu sendiri namun, jalan cerita yang dibawakan oleh filem ini amatlah menarik dan kita dapat lihat ada beberapa plot twist yang dibawakan dalam filem ini. Ending filem membuatkan tercengang sekejap sebab tak sangka, disebalik segala cara yang dilakukan oleh Suri sebenarnya adalah untuk merebut jawatan dan kepentingan dirinya. 

Haa, apa tu? Jeng... Jeng... Jeng... 

Sebagai penambahbaikan, mungkin boleh buat reference kaitan politik yang lebih padu dan political point of view yang lebih menyeluruh agar dapat memberi pengajaran kepada masyarakat yang menonton untuk lebih memahami situasi politik sebenar (walaupun ianya fiksyen). 


Paling Myra tak expect adalah dari sinematografi dia yang sangat menarik. Sangat cantik dan kemas. Hampir setanding dengan filem luar negara, dan itu adalah satu improvement yang layak dipuji. Thumbs up! Overall, Myra tidak dapat menghayati filem ini sepenuhnya sebab Myra dapat tangkap apa akan terjadi selepas ini, selepas ini, dan berharap sekiranya ada sambungan Daulat 2 atau filem sejenis ini di terbitkan untuk lebih melakukan kajian agar filem kita mampu menandingi filem luar negara untuk filem genre jenis ini. I do expect more untuk Hassan tetapi dia memilih untuk berdiam diri, fuhh... Rasanya kalau Hassan tak berdiam diri, filem ni lebih dari 1 jam kot. Hihihi.

Anywayyy, secara keseluruhan Myra bagi 6 / 10 stars untuk movie ini! Jangan lupa tonton di iFlix! Till my next post gais.