Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Tarikh LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST tak lama lagi akan tutup dan korang ada masa beberapa hari je lagiii untuk join. JANGAN LAMA LAMA TAU! Join sekarang!

Haluuuuuu korang! Dah agak sekian lama dah tak join contest blogger ni, tapi bila dapat tau LAZADA 11.11 Blogger Contest ni memang tak lepaskan peluang sebab LAZADA akan berikan hadiah yang menarik! Eits, tapi kalau nak tau macam mana caranya, kena tekan sini dulu. 

Biasa time sale macam ni, memang confirm ada beberapa barang yang kita idam-idamkan akan jadi milik kita kan? Kita dah tulis wishlist awal-awal, supaya senang nanti bila time sale je terus kita beli. Mata ni tak lekang dari perkataan SALE, terus nak beli! 

So kalini, Mia nak share dengan korang wishlist Mia. Memang teringin sangat sangat nak beli, nasib baik ada LAZADA 11.11 Shopping Festival SALE ni. Terbeliak mata tengok harga semua super duper murahhhh! LAZADA 11.11 SALE ni bermula pada 11 November 2018 je tau!!

What 3 products (or more) are you adding to your cart to buy during Lazada 11.11 Shopping Festival?

1.  CANON EOS M10 MIRRORLESS DIGITAL CAMERA



Korang tau kan, betapa suka dan cintanya Mia terhadap Camera. Mia suka bergambar, suka selfie, OOTD, lepastu upload dekat Instagram. Kadang buat video, post dekat Youtube. Kadang untuk content buat dekat blog. Disebabkan suka sangat dengan camera, Mia jadikan camera ni sebagai wishlist Mia. Kalau ada duit, boleh beli lah kan. Kalau takde, korang tak nak ke belikan untuk Mia? November ni birthday Mia tau. Hihi.

2. URBAN DECAY NAKED CHERRY BEAUTY BOX

Selain dari electronic, Mia memang gilan eyeshadow pallate. Kalau before this Mia hanya beli dari Colourpop je, tapi untuk LAZADA ni, Mia memang gilakan URBAN DECAY Naked Cherry ni! First sebab ianya baru tau. So kepada sesiapa yang nak up-to-date atau trendy punya jenis orang, korang wajib ada pallate ni satu! The real price RM 375.00 even dekat store pun harga lebih kurang. TAPI, UNTUK LAZADA 11.11 NI GUYS, RM 245.00 JEEEEEEEEE. Rasa nak telan diri hidup hidup, diskaun terbaik i ever get! Jom usaha mendapatkannyaaaaa!

3. MAC BRUSHES - 170 SYNTHETIC ROUNDED SLANT BRUSH


Okay, inilah dia sis brush yang viral tempoh hari sebab katanya MUA zaman sekarang banyak dah tak guna beauty blender untuk dab foundation. Sekarang zaman guna brush ye sis. Salah satu brush yang confirm boleh buat foundation korang blend dan tak bercapuk ialah brush yang ni. Bukan sahaja ianya lembut tapi dia juga buat korang punya foundation blend sebati. Macam buat cake kan, kena letak ramuan tu sehingga sebati. Gitchew. And please, dapatkan di LAZADA. Ni adalah salah satu LAZMall tau. So jangan ragu ragu dengan authenticity-nya. 


4. REWAWA HARD CASE LUGGAGE 4 WHEELS MIRROR LUGGAGE 20 INCH


Di sebabkan Mia selalu travel, dan agak sukar ye untuk Mia membawa barang yang sedikit. Luggage sebesar 20 Inch ini juga menjadi salah satu wishlist Mia yang mana Mia boleh sumbat segala baju Mia dan perlengkapan Mia. Tahu aje lah, kalau dah pompuan pergi travel. Semua benda nak hangkut macam tak balik-balik. But Mia memang perlukan new luggage sebab, masa balik tu confirm banyak ole-ole yang nak dibeli. Dan semakin lama guna luggage yang sekarang ni, macam semakin buruk bentuknya. Tu lah pompuan.

Nampaknya memang lebih dari 3 ni, tapi tak ape. Engkorang pun jangan lupa share tau wishlist korang. Dan jangan lupa cepat cepat SERBU website LAZADA pada 11.11 ni tau! Dapatkan segalaaaaaaaaanyaaaaa. Jangann menyesal dikemudian hari! Happy Shopping! 


LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST

by on November 09, 2018
Tarikh  LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST tak lama lagi akan tutup dan korang ada masa beberapa hari je lagiii untuk join. JANGAN LAMA LAMA ...


Mia sebenarnya orang yang sangat well-planning but I need to be completely honest guys - I sangat tak prepare untuk publish entri blog. DO you know how much I love writing but I couldn't spare any of my time to it. It has been weeks kot, tak update! Should be more dicipline after this! 

So, hujung September haritu, I went to an event which I got it from SushiVid. Thanks Ferd. Disebabkan sebelum tu Mia ada event dari Nuffnang, my expectation hanya micro-influencer sahaja lah yang hadir. Mungkin bloggers, some media friends, or others. Mia ajak Iqa Lee sekali, so kami berdua pergi bersama. At least ada kawan jugak dan takde lah rasa awkward kan. Setibanya disana, Mia jumpa RAMAI sangat influencer atau lebih senang sebut instafamous lah. Rupanya diorang ni dapat juga invitation dari Oh Bulan dan Watsons sendiri! 

So event ni adalah acara perasmian untuk segment terbaru Watsons iaitu pencarian Watsons Malaysia's Top Influencer 2018 yang mana pemenang akan menjadi Duta Watsons selama 1 tahun, dapat wang tunai sebanyak RM 40,000 dan pengiklanan sebanyak RM 5 juta ringgit! Wow memang daebak dan terbaik sangat dan sepanjang event ni juga, Mia sempat selfie selfie dengan beberapa influencer lain tau. 


Me with Neeta! Siapa tak kenal, penyanyi Iamneeta ni kan. 


Ni adalah Kak Gee dan Kak Juwien. Dorang ni senior Mia masa dekat sekolah menengah dulu.


JOHANIS! Sape tak kenal, dulu dia seorang Viner dengan nama acidgaf, now username dah tukar jadi j0.ms. 


And this beauty, Pykarhmn. Pyka is taller than me guys, well everyone does.


Dan untuk event ni, influencer yang menjadi juri ialah Scha Al-Yahya! Memang kurrlass tau. So Scha dan juga team Watsons dan Oh Bulan akan pilih gambar dan video yang paling menarik untuk dinobatkan sebagai pemenang. Dan sekiranya korang menang, korang akan layak ke pusingan seterusnya. 

So nak jadikan cerita, Mia ada jugak join tau. Contest pertama dimulakan dengan upload gambar sendiri dan buat caption paling menarik yang menceritakan tentang diri korang. So untuk first penyertaan, ada dalam 500 contestant lah time tu. Memang sangat ramai tau yang join. Ofkos lah kan, Watsons kot! Drug stores kesayangan kitaaaaa <3


So untuk contest pertama, Mia upload gambar dan caption ni. Dan syukur alhamdulillah, Mia layak untuk ke next challenge iaitu challenge 2. Untuk challenge 1 ni, mereka perlukan TOP 50 dan Mia telah pun mara ke peringkat Top 50! 

Now untuk challenge 2 pula. Apa yang Mia kena buat, ialah Mia kena selfie dengan produk rangkaian Watsons. Ada beberapa list dan Mia kena ambil gambar dengan cara paling rare dan creative. Tapi masa ni, Mia ada di Jakarta. Barang yang Mia bawa memang tak banyak, so Mia memang tak expect apa apa. Tapi Mia masih tak mengalah, jadi Mia tetap cuba. Namun, seperti yang disangka lah. Memang tak lepas untuk ke Top 25. 


But yeah, nevermind. Nasib tak menyebelahi kita. Tapi kepada korang semua, jangan lupa untuk follow WatsonsMY dan Ohbulanofficial di Instagram dan Facebook untuk korang check, siapa yang akan jadi pemenang tau! 


Hai korang, banyak cuti sekarang ni tak nak shopping ka? Sekarang LAZADA tengah buat SALE besar-besaran tau! Jangan lupa dapatkan dan pastikan korang download Apps LAZADA di Apple Store atau Google Play. Sale ni adalah pada 27 September 2018 tau! Memang gila babas kalau korang tak dapatkan. UP TO 90% OFF! Satu hari je tauuu. Iaitu pada 27 September 2018! Korang tau tak Lazada sekarang ada LAZMall? 100% authentic! Jangan risau, bukan ciplak ciplak, bukan copy ori. Memang authentic original punyaaaa! 

Hari ni, Mia nak share dengan korang beberapa brand yang Mia suka di LAZADA Malaysia dan kenapa Mia suka dengan brand ni. 

1) APPLE OFFICIAL STORE


Mia pernah beli earphone dekat sini. Masa tu masa mula-mula Apple Store masuk Lazada. Mia dapat email from Lazada dan dorang cakap ada Official Store Apple di Lazada. Apa lagi, beli charger, beli earphone sekarang mudah sangat! Tak payah pergi Machine dah, sebab jauh dari rumah.

2) HIMALAYA


Himalaya ni bagus tau! Mia pernah pakai dulu masa rambut mudah gugur. Masa tu pakai sebab perapi (conditioner) Himalaya ni wangi. So Mia beli sekali satu set shampoo dan conditioner. Like guys... it really really best! Memang bersesuaian dengan Mia kot. Rambut Mia semakin tebal and I LOVE IT! You guys should try.

3) CANON MALAYSIA




Saya pencinta camera! Dan CANON. Mia suka semua pasal Canon. Printer, camera, lens. I dont know, I prefer Canon for every electronic or barangan IT. Selain dari produk diorang ni yang sangat berkualiti, ia juga ada di LAZADA Tau! Senang la nak beli ink printer lepas ni!

So jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan barangan dari BRAND kesayangan korang pada 27 September ini! Harga kaw-kaw hanya untuk korang! Dapatkan segera!



LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST

by on September 22, 2018
Hai korang, banyak cuti sekarang ni tak nak shopping ka? Sekarang LAZADA tengah buat SALE besar-besaran tau! Jangan lupa dapatkan dan p...

Jom jom kita join giveaway dari Blog Siqahiqa! Hadiah tersangat menarik menanti korang :D Klik banner untuk join!

[KLIK BANNER UNTUK JOIN!]