SAMYANG CARBONARA RAMEN REVIEW




Korang tau tak, Samyang dah keluarkan produk ramen yang baru?! Namanya Samyang Hot Chicken Carbonara Flavor Ramen. Wah panjang tak panjang. Tapi dengar cerita, rasanya lain dan jenis mie pun agak lain berbanding ramen yang lain. Jom kita tengok sedikit kelebihan Ramen Carbonara ni!


Macam biasa, sebelum makan kita kena check dulu apa item didalam bowl ni. Wah, packet pun comel. Pink-pink gituu. Tapi sachet untuk flavor ramen tu still ada. Yang merah tu, dia punya cili. Yang belakang tu serbuk carbonara. So still ada pedas-pedas sikit. 


Dari mie nya pun dah lain, ofkos rasa dia ni lain dari yang lain. Nampak macam banyak je portion ramen ni. Sebab mie ni jenis yang kembang kalau lama lama di rendam ni. Ye ke? Kita cuba dulu lah eh.


Ini dia bentuk ramen carbonara yang Mia dah buangkan airnya. Macam agak banyak je ni. Atau just perasaan Mia. Hehehe. Tapi memang menarik perhatian betul lah! Sila baca review ramen Mia yang lain untuk ketahui beberapa tricks makan Ramen yang sedap!



Lepas tu kita campur kesemua bahan-bahan ke dalam bowl. Nampak tak yang putih-putih tu? Okay itulah serbuk carbonara yang dalam packet pink tadi. Yang merah-merah tu pula dari packet warna merah tadi. So rasa pedas-pedas tu still ada lagi. 


Macam biasa, Mia beli di kedai yang tempat selalu Mia beli ramen. Diorang memang akan sediakan chopstik. Kata orang, kalau chopstik ni boleh garis lurus, impian boleh tercapai. Korang rasa macam mana? Lurus tak? hihihi. Jangan lupa gaul-gaul semua bahan bahan tu tau. Kacau-kacau je sehingga sebati.


Wahh nampak macam fettuccine sangat! Nampak cheesyyy dan spicyyyy. Excitednya nak makannnn! Lepastu Mia pun makan-makan-makan. Untuk suapan pertama memang dah rasa creamy sangat. Korang boleh rasa cheese tu, korang pun boleh rasa pedas-pedas sikit. Kalau korang dah pernah rasa yang cheese, korang mesti rasa yang ni macam ada cheese sikit. Tapi antara ini dengan yang cheese, yang cheese lebih pedas. Carbonara ni kurengggg pedas sikit. Tapi sedap, sebab creamy, cheesy and not really that spicy. Untuk korang yang kurang suka pedas, tapii nak makan ramen jugak memang sesuai lah makan yang ni.




Mia makan agak lama sikit sebab menikmati sangat. Rasa memang sangat sedap. Mia memang jarang makan pedas, so ramen pink ni memang akan jadi favourite Mia! Selain cheese ofcourse. Kalau ikutkan favourite, Carbonara ni dulu, then baru yang Cheese, baru yang biasa. 


Tak dapat nak buktikan kepuasan tahap macam mana lagi dah, kalau bowl pun licin macam ni. Hihihi. So kepada korang, ramen yang mana favourite korang?

4 comments: