Dulu punya semangat, sekarang...
Assalamualaikum
Haa dah kenapa tajuk tu? Acah acah desperate macam orang baru putus cinta. Time ngorat punya semangat. Kalau orang yang dia suka tu terjun dalam gaung, dia pun ikut terjun sekali. Bila dah lama lama sikit, orang tu terjun gaung kau akan cakap, "Pergi lah sendiri." Wahh kejam betul. Tapi itu bukan cerita utama. Cerita utamanya ialah dulu time 2011, time semua orang sibuk mengejar title "HOT", time tu lah beribu-ribu orang berebut untuk ada dua account!
Pertama, masing-masing WAJIB ada facebook dirumah. Satu orang satu account. Paling kelakar, kalau time time petang sikit, mula gatal tangan buat fake account lepastu prank kawan-kawan. Memang time tu rasa bos gila lah. Kawan kau pergi percaya kau tu orang Australia lah, Singapore lah. Padahal kalau tengok muka, Melayu tulen. Kulit hitam, mata bulat, cekeding-cekeding (eh, macam berpengalaman je) Patutlah Mark cepat kaya. Korang pergi buat fake account, mempopularkan facebook.
Time evolusi Facebook itu juga, semua orang okay, SEMUA orang sibuk sangat dengan game dekat facebook tu. Aku pun sampai sangkut sekali. Tak sangka terjebak jugak dengan perkara yang remeh temeh ni. Tak ya, mama aku pun join sekali. Seronok katanya. Kalau tak silap aku, hampir semua game tu kalau kawan aku tanya "Putri, kau main tak game A ?" dengan selamba aku akan jawab "Main." Rasa macam bos gila bila seorang-seorang datang dekat aku tanya. Yang peliknya wujud pulak seorang kawan aku bertanya. Sengaja betul dia ni. 'Putri, kau ni semua game kau main kan? Untuk apa?" Takkan aku nak jawab kejar hot pulak kan? (kantoi!)
Game tu dari lah Restaurant City, Cafe World, Car Town, Hotel City, dari semua yang City city hujung dia sampai ke Ville ville kecuali aku tak suka FarmVille. Tak seronok lah main bertanam-tanam ni. Aku lagi suka Restaurant City. Kalau aku sakit hati dengan adik aku, aku jadikan dia pekerja cuci tandas restaurant aku. Amboi suka suka hati pulak.
Dan time tu jugak lah semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk sangat nak ada account Blogger. Time semua orang sibuk buat blog, aku pulak sibuk menolong orang buat blog. Aku dah buat lawa-lawa, diorang tanpa mengucapkan terima kasih terus menukar template blog diorang dan start baru. Like, whaaaaaat ? Aku buat sehari suntuk sampai tak makan hanya disebab nak buat kau punya blog, tapi pada hujungnya... Hanya Allah je yang tau macam mana aku rasa time tu. Kalau boleh maki memang dah kena maki lah kan.
Blogger pada waktu dulu, hanya beberapa orang yang tegar sahaja yang akan bertahan sampai sekarang. Kalau yang dah tak online tu, nampak beno dulu dia kejar populariti. Perempuan kan... Lelaki patut faham! Perempuan memang semua dia kena ada. Perempuan is perfect okay. So jangan terkejut kalau ada cili tumpah dekat tudung, diorang dah terpekik terlolong sampai terbelit lidah tau. Sebab, benda yang kecil itu akan menyebabkan mood mereka berubah. Ingat itu. Ceh melencong jauh ye.
Dulu kan, ada juga guna blog sebagai tempat luahan perasaan. Pernah juga lah aku terjebak dalam kes tu. Maki-maki dalam blog semua lah. Gaduh-gaduh sampai bawa bawa ke dunia realiti. Semua benda tu berlaku dalam tahun 2011. Di facebook dengan sibuk dengan autolike autolike. Semua orang kejar nama, kejar hot. Semua nak jadi tumpuan orang. Muka macam pencacai angkat najis pun tetap juga dapat 1000 likes. Padahal ada budak muka punya putih, cantik, lawa dapat 30 likes je. Memang dunia tidak menyebelahi awak, wahai budak yang punya muka putih, cantik dan lawa.
Sekarang semua berubah. Sejak masing-masing dah ada duit beli smartphone, semua benda ditinggalkan. Instagram penuh. Twitter apa lagi. Dah jadi macam rumah diorang dah benda benda tu. Dulu semua memang semangat betul. Sekarang, everything were gone. Mula start hidup baru masing-masing. Sekarang, ramai baca blog. Bukan tulis blog.
Sekarang makin bosan bila tak ada blog. Nak baca pun macam puft je -.-
No comments:
Post a Comment