Travel : Medan Day One
Assalamualaikum
Baru sempat duduk depan komputer ni haa. Rindu sangat dah dekat blog ni. Teringin jadi macam dulu, duduk depan laptop 5-6 jam. Teringat time form three dulu bila my english teacher asked me "Putri, how many hours you spend to sit infront your coumputer." Belum sempat jawab my friend yang dah tolong jawabkan. Dan jawapan dia betul. "Alaa teacher, kalau dia ni 24/7 takde henti duduk online je. Twitter lah, Facebook lah. Asyik muka dia je." And I was like "HA-HA Yeah, it's ME !"
Baru-baru ni I went to Medan for my family business. Disebabkan terlampau busy berjalan tak sempat nak ambil gambar guna camera lah. Macam segan pun ada. Bila dah duduk sana, dah hilang dah rasa tourist tu. Dah macam jadi penduduk setempat dah. Duduk rasa memang beh wa cakap lu. Dekat sana I ada rumah nenek. SO like I was balik kampung kekononnya. Balik kampung selepas raya. Padahal ada family business. Then when I was having fun with those things, biasa lah time tu pulak nak baliknya. Macam takde hari lain nak balik. Sakit hati tu memang sakit hati sangat.
Seperti yang kita sedia maklum, di Medan sudah ada airport baru. Lebih besar di banding Polonia. Kalau zaman dulu-dulu, kita turun je kita akan tengok Polonia Medan yang hanya 5 kilo je dari rumah nenek I. Hahaha. Polonia Medan yang dihias dengan batik di dinding dan sangat tradisional. Menunjukkan bahawa mereka tidak lupa barangan tradisional yang berharga. Barangan tradisional memang patut kita jaga, kalau bukan kita siapa lagi ? Kan ? Ecewah...
Airport baru ni lebih WAH! Lebih WAW! Lebih YEAH! Apa itu ? Apa itu ? Pertama, lebih besar dibanding airport Polonia. 5kali mungkin. atau 10kali. Okay itu melebih. Lebih modern dari pada KLIA. Sebab selepas kita bayar tol di tengah-tengh tol itu ada laluan kereta api yang membawa penumpang dari kereta api Medan ke betul betul depan kaunter check in airport baru ni. Memang gempak wa cakap lu. Buatan kereta api tersebut daripada Korea uolls. Laju dan sangat cantik.
Nama airport baru ini ialah Kuala Namu International Airport. So kalau dah disebut International Airport memang besar lah jawapnya kan. Tak mungkin kecil. Macam mana kapal terbang besar-besar tu nak mendarat, takkan nak mengambil nombor macam dekat kaunter buat passport. daa... daa...
Ini dia tempat check-in di KNIA (Kuala Namu International Airport). Lawo kan ? Besau gituww. Makan lah dulu ye dengan gambar ni. Layan.
Besar ? Sangat. Sejuk biasa lah. Bayangkan KLIA, haa macamtu lah tapi lebih putih, besar dan cantik. Mungkin lebih besar KLIA dari segi ukuran atau mungkin KNO. Tak tau lah. Sekarang sejak wujudnya Kuala Namu International Airport ini, sudah tidak ada lagi perjalanan ke Medan kalau kita tengok dekat layar departure or arrival tu. Dia tulis KNO means Kuala Namu. I dont know mana datang O tapi itu lah singkatannya. So for next post sambung cerita pasal hari kedua pula ya ;) goodbye !
No comments:
Post a Comment