I need to learn from my little brother
Assalamualaikum dan Hi
Amboi tajuk tu kemain panjang ye dok? Hahaha so pagi ni entah kenapa. Aku pun taktau aku mimpi apa lah malam tadi, tiba tiba bangun awal pagi. Wah awal bila kot kul 8 dah bangun. Ehem. Biasa pukul 12. Tunggu matahari dah tercacak atas kepala baru gheti nak bangun. Kalau tak kerja membuta je. Mana tak gemok macam ni kan.
Okay bangun pagi, gosok gigi, cuci muka... Dah menyanyi pulak. Bangun tu dengar pulak lagu kpop kemain rancak dekat luar. Aku terbangun sebab benda tu je. Mana taknya, aku bukan seorang gegirl yang sangat gila KPop yang dari bangun sampai tidur dengar lagu Kpop. Well ya, saya runners je. Lagu Kpop pop semua tu saya tak layan. Mohon jangan sedih.
Dia buka lagu bapak kuat. Tak sangka pulak volume ipad boleh kuat gila macamtu. Em, biasa bapak slow. Aku taktau kenapa dari tadi aku guna bapak bapak. Hahaha bapak teruk. Glurp!
So nak dijadikan cerita, aku pun bangun dan rupanya adik aku yang memekak. Dia mula kata
"Kak Mia, saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak kejutkan kak mia. Saya tadi makan cake. Tapi hancur pula cake tu. Boleh tak kak mia tolong potongkan? Penat saya potong tapi hancur pulak. Susah saya nak makan."
Em untuk makluman awak semua, adik aku memang banyak cakap. Tengoklah akak dia kan *flip hair*. So, bila dah dengar dia cakap macamtu aku pun turun. Dia masih lagi keep nagging non stop. Yeahh. Baru aku tau sakit telinga rupanya dengar orang bercakap tak berenti ni. Sangat banyak tenaga dia. Em, perli diri sendiri nampak. *cough*
Aku pun tengok memang cake tu dah lunyai. Takpe lah aku fikir, aku potongkan aku bagi dia makan. Dah bagi dia makan. Aku pun buat roti untuk diri sendiri dan tengok cartoon sambil makan roti bakar sampai pukul 11. Bangun awal tapi tak melakukan kerja yang produktif. Haish, mana tak tembam pipi kau tu. Suruh lah pipi tu pergi jogging. Erm, sebenarnya makan roti akan menggerakkan otot pipi. So dikira pipi dah jogging lah kan? Emm.. Falsafah baru. I'm genius!
Dah makn tengok cartoon aku boring. Aku buka buku addmath. Tengok cover pun aku dah mengantuk apatah tengok isi. Tapi aku gagahkan diri untuk membuat satu soalan. Sebab aku tengok calendar kurang dari dua bulan haa SPM. SPM ni macam maut aku rasa. Tapi ni maut ada tarikh. Sekali kau failed, habis. Semua failed. Hidup. Kerja. Semua failed. Kahwin? Maybe tak failed kot. Tengok muka kau lah. Hahahaha so sarcastic. Ish sape ajar ni?
Dah buka buku tu tetiba adik aku menjerit. Then aku tanya. Dia kata takde pape. Tiba tiba dia menjerit again. Aku pun tanya again dengan nada keras. Dia kata, "khaleeda amik charger saya. Saya stress tak dapat charge ipad. Jadi saya jerit."
Then aku terfikir. Kalau menjerit time stress agak best jugak. Erm, teringin try. Sebenarnya memang sejak akhir akhir ni aku agak stress. Aku tak tau kenapa aku kena stress. Why I SHOULD STRESS. Untuk benda macamni sepatutnya takyah stres. Tak perlu kot aku cerita. Cuma aku nak korang jadi pembaca sekali gus pendengar yang setia. Memang lah sejak akhir akhir ni aku stress, tapi aku gagahkan diri aku *guna ayat drama sekali lagi* untuk tetap senyum dekat kawan kawan semua.
Ceh cerita nak gebang je. Orang pukul sikit dah melatah nak tumbuk terajang semua, konon nak senyum. Kalau senyum lawa takpe ni senyum macam kerang busuk tersengeh sengeh. Orang semua lari. Dekat sekolah senyum senyum balik sekolah semua stress. Like apa je aku ni. Ishh
Paling terharu, haritu Syazza tanya aku selepas exam account. Kau bayangkanlah semua orang punya gembira exam dah habis. Aku senyap je. Sampai Syazza tanya aku masa aku tengah ambil bag.
"Kenapa ni mia? Kau ni jangan lah stress je. Macam macam masalah kau kan. Lek ah."
Tetiba Ira join sekali, "aah. Aku tengok Mia tak habis habis dengan masalah dia. Kau ni jangan stress sangat nak exam."
Aku senyum jela. Ohh rupanya orang nampak jugak aku stress. Sebenarnya bukan stress. Depressed. Cuma aku tak sampai nak bunuh diri, nak toreh getah dengan tangan. Tak. Aku tak sampai tahap tu. Cuma tahap tak makan je. Hahaha on diet lah katakan. Dah gemok. Dan aku nak kembali putih. Then, Na mengingatkan aku satu perkara.
"ha so, as i said, ur soulmate entah sape2 dkt luar sana tu tgh workhard untk future korang. So y dont kau just focus on ur studies so korng dpt mengecap kehidupan yg teramat bahagia & selesa."
Erm kitaorang memang suka gosip tengah tengah malam. Kadang sampai pagi. Hok aloh, girls day kan hihihi. So. Lepas aku baca tu. Aku try sematkan dalam diri. Ingat Mia, your future husband tengah workhard for our future. So, try to workhard too. Okay. I will try, i guess. So, i need to keep study and stay positif. Btw, kalau aku stress aku menjerit. Best jugak kan? Ada sesiapa pernah cuba? Share sikit.
P.s : tajuk kemain panjang kebabom pasal adik. Hujung hujung pasal diri sendiri.
P.s.s : sebenarnya tak ada idea nak letak tajuk apa. Wkwkwkwk
No comments:
Post a Comment