Shopping time!

Assalamualaikum and Hi

Hari tu bercerita tentang pergi Kundasang Desa Dairy Farm kan? Kalau tak sempat baca, boleh klik je terus. Senang tak payah cari cari lagi memandangkan korang susah nak cari aku punya page. Sebenarnya nak cari page aku senang je. 

Haaa ni den punyo pages. Klik je mana mana untuk baca. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Kundasang klik Travel, jangan pulak klik Tutorial. Macam opsait (offside) je tu.

Eh sebenarnya bukan tu nak cerita. Haritu masa pergi ke Kota Kinabalu, berjalan la kami ke Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan kesedihan enam bulan tak jejak kaki pergi bandar, kami pun membeli bagai orang gila. Al maklum lah, kita ni tinggal di Semporna. Kalau ikut selera memang terpaksa ke bandar lah, tapi apa kan daya. Bandar tak nak melekat dengan aku. Terpaksa mengharungi penyeksaan duduk di bas selama 10 jam baru sampai bandar. Huhuhu. Tu belum masuk patah pinggang lagi... adehhhhh


So kami pun di bandar dan bershopping bagai orang gila. Orang gila as if really orang gila. Masuk sini, beli. Masuk sana, beli. Masuk sini, keluar. Dah keluar rasa macam menyesal sikit, masuk balik. Memang macam orang gila. Al kisahnya, memang satu orang pegang lebih kurang 5 bag. Untung lah dak dak Mara.


Memang tak tipu. Ni haku sorang je tau. Bulan ni jangan beli pape. Beli makanan tin, simpan stok untuk sebulan.
Imago Shopping Mall ni adalah yang terbesar di Kota Kinabalu dan baru sahaja di buka pada 28 Mac 2015 yang lalu. Haa ingat tak dulu aku ada pergi Kota Kinabalu jugak? Time tu Imago memang baru sahaja dibuka. Kosong masih tak ada apa apa lagi. sekarang, Alhamdulillah. CANTIK SANGAAAT! Haa excited kateko.


Haaa ini pandangan depan dia la. Kalau perasan Imago ni tempat dia agak jauh sikit dari kawan kawan dia yang lain macam Suria Sabah, Central Puin (Point) dan 1 Borneo (One B)
Kalau macam di Semenanjung lebih kurang macam jalan jalan di Pavilion lah kan. Barang branded branded semua disini. Rindu nak makan makanan mahal memang semua ada dekat sini. Mana taknya, pintu masuk depan je dah ada Sephora dan Coach. Haa, kau berani masuk? Kami masuk sebab lalu pintu lain. Pintu yang keluar keluar je Samsung. Haaa, takde la feeling insekiyo nak masuk tu. hehe


Haaa ada mak jemah dekat belakang. Say Hi!
 So basically disini kami shopping, makan dan segalanya lah. Nak main laser tag pun boleh, nak karaoke... Tengok wayang pun ada tapi bukan Golden Screen Cinema (GSC) la. Skemanya aku pergi tulis full. Di Imago, wayang dia ialah MBO. Kelebihan untuk pengguna Tunetalk, Tone Excel dan Tone Plus kalau begini!

Okay untuk  Imago habis cerita. Kepada awak kalau berjalan ke Sabah, singgah singgah lah bah!

Muka excited nak makan sushi.


Pinggan Kekalahan dengan Nana. Huhuhu pes taim beb kalah bab makan! HUHU
Muka frust sebab kalah konon. HAHA. Macam muka psyduck -_____-

EITS GAMBAR MAKAN SUSHI NI DI 1BORNEO. BUKAN DI IMAGO TAUU!

No comments:

Post a Comment