iPhone Hacks : Medical ID
Assalamualaikum and Hi
Haritu, dalam semester ni jugak lah. Masa baru baru nak masuk semester, masa tengah jalan-jalan dengan aunty di Oceanous Mall Kota Kinabalu, time tu tengah demam dan rabak sangat-sangat. Niat datang KK nak berjalan-jalan sekali demam panas sampai 38 darjah celcius, memang panas yang amat. Menggigil-gigil tapi sebab ada masa satu hari ja untuk spend time dengan aunty kesayangan, maka gigihkan jua diri untuk spend time sama aunty.
Masa tu, saya ada suda dua handphone satu Oppo Smartphone F1 dan iPhone 5C colour biru yang comel yakmat! Disebabkan faktor demam dan tak sihat sangat-sangat time tu saya tak sedar handphone iPhone saya tercicir. Nak di jadikan cerita, saya dan aunty parking kereta kemudian kami berjalan, berborak, makan, lepak. Orang lepak takkan tak pegang phone kan. Perasaan saya kata, iPhone ada dalam bag. Saya jenis yang suka guna handphone besar, jadi iPhone lebih kecil di banding Oppo, kebiasaannya memang saya akan masukkan iPhone ke dalam bag. Jadi yang saya pegang di tangan adalah Oppo.
Dijadikan cerita, tengah chat-chat di dalam group, ada satu chat masuk di dalam group itu juga berbunyi begini,
"Kepada pemilik hp ini, sila hubungi nombor ini segera. HP anda telah tercicir."Rasa demam time tu terus hilang. Tiba tiba rasa segar, rasa semangat, tak gigil gigil dah. Terus bagitau aunty, kami pun bayar makanan dan terus mencari. Orang-orang dalam group dah pm hp oppo time tu. Sibuk mencari, "Mia okey ke tak handphone kau?" "Mia siapa chat guna handphone kau tu" dan sebagainya. Pada masa tu, menggelabah macam nak mati pun rasa macam tak guna dah. Yang penting kena rilek, kena tarik nafas dalam dalam, jumpa orang tu. Jumpa pun di security guard, nasib baik jumpa dengan security. Tapi, paling teruknya, security ni bijak juga lah. Dia guna emergency call, untuk cuba reach saya. Di dalam medical ID saya, ada number handphone Mama, Papa dan boyfriend lah time tu. Dah dua tahun guna, tak ada tukar tukar medical ID. Boyfriend time tu dah takde kena mengena kot, mungin security call dia jugak. Kesian awak. Hahaha. Security pun call papa. Di saat-saat gelabah tu, security call mama, tapi mama tak angkat. Kemudian dia call papa, papa angkat dan dengar suara lelaki.
Kalau awak di tempat papa saya, bila nampak nombor anak sendiri yang call dan bila dia angkat muncul suara lelaki mencari anak kita. Terkejut tak? Mungkin hampir jatuh gugur gedebuk jantung kot. Anak perempuan, muncul suara lelaki mencari-cari kita. Di saat itu, mungkin papa terkejut dan memarahi security, sedangkan security tidak kenal saya. Maka terjadilah drama sekejap. Papa pula call number saya yang satu lagi, dia pulak marahkan saya pergi cakap itu boyfriend saya. HAHAHA. Okay a bit funny sebenarnya. Tapi kenyataan, saya terus tone down ayah saya dan cakap, "I will handle this. Just believe in me." Akhirnya, jumpa dah handphone dan bersyukur sangat, handphone telah di jumpai!
Jadi, untuk apa sebenarnya medical ID ni?
Macam mana cara nak gunakan?
Apa kelebihannya?
Haa tenang, sabar... ni nak ajar lah ni. Khas kepada anda si pengguna handphone iPhone. Jom discover handphone anda! [wink]
Medical ID ni digunakan seperti IC kita sbenarnya. Kalau kita tengok dia ada tempat untuk letak biodata diri, berat, tinggi, jenis alahan dan beberapa ruangan yang lain seperti nombor emergency yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kehilangan. Jadi anda yang tidak pernah daftar medical ID, memang DIGALAKKAN untuk mendaftar kerana rugi dan sayang sangat kalau tak gunakan kelebihan yang ada pada iPhone ni!
ATTENTION : This is an iPhone 7 Plus lock screen so might be slightly different to other iPhone models. But this tutorial could be helpful to hack your iPhone in emergency mode [wink]
PERHATIAN : Ini adalah 'Lock Screen' iPhone 7 Plus dan mungkin agak berbeza dengan model iPhone yang lain. Akan tetapi, teknik ini boleh digunakan untuk membantu anda meneroka iPhone anda ketika dalam Mod Kecemasan.
Firstly, This is your Lockscreen Pertama sekali, Ini adalah Lockscreen anda. |
Anggap iPhone ini tidak ada Touch-ID, jadi mesti tekan button HOME untuk masukkan passcode seperti biasa
Untuk orang yang tidak biasa menggunakan iPhone atau tidak tahu passcode empunya handphone boleh terus tekan Emergency. |
HAA, FAHAM KAN?
Sekarang, macam mana nak daftar Medical ID tu?
Okay, ini adalah Home Screen anda selepas dari step Pertama tadi. Cantik kan Evogue saya hahaha. k k sambung cerita |
Okay, di handphone saya, saya letak Health di folder Extras. So, cari Apps Health anda di iPhone anda sekarang! |
Jika rasa info ini bermanfaat, jangan lupa KOMEN dan tinggalkan footprint awak di bawah ;)
No comments:
Post a Comment