SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA


Assalamualaikum and Hi

Mia ni bukan jenis suka perkenalkan diri tau, sebab biasanya orang akan terus kenal bila kali kedua atau ketiga jumpa. Nampak tak 'peramah' Mia ni macam mana. Tapi lepas tengok Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ni rasa macam syok pulak. Jadi jangan buang masa kalau nak join, sebab last untuk join segmen ni adalah pada 1 Disember 2017.

Dulu Mia dah update some biodata ringkas di About Me (sebelum re-decorate blog) Tapi takpe, dah ada kesempatan ni, baik Mia cerita sekali lagi tentang diri Mia kepada engkorang semua. Nama diberi ialah Putri Amira, berumur 20 tahun pada Novermber 2017. Belajar di Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah dan akan menjalankan latihan industri sebagai seorang guru Bahasa Inggeris kerana saya adalah seorang penuntut Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL). Berasal dari Selangor dan membesar di Negeri Sembilan. Satu Malaysia saya jajah ye :p

Sebanarnya dulu tu taknak jadi cikgu, memang niat dalam hati nak jadi accountant. Tapi apa nak jadi, nasi dah jadi bubur. Tapi nasib lah jadi bubur kalau jadi tanah tadi memang alamatnya tak jadi apa dah. Bila jadi bubur ni best sikit, kita letak ayam ke, nak letak udang ke, nak letak ikan bilis atau lada (cili) pun sedap. Itulah kehidupan saya. Tetiba deep. Niat memang nak jadi accountant tapi tak dapat sebab result SPM tak menyebelahi saya, jadi saya pursue study dalam bidang pendidikan. Kenapa? sebab Bahasa Inggeris saya quite good. But not that good, since Im staying at Sabah, my language has turn out into Sabahan [palm face]

Saya berdarah kacukan, my mum is Indonesian while my dad is Malaysian. Jangan tanya boyfriend orang mana. [palm face] Jadi saya boleh speaking in various language. Malaysia boleh, Indonesia boleh, English or even bahasa Sabah pun boleh ba sikit-sikit. Bagi saya belajar untuk mengenal budaya dan bahasa orang lain ni seronok. Kita dapat menambah pengalaman dan boleh broadkan lagi pengetahuan kita. Termasuklah bila kita nak kena pergi pasar untuk tawar-menawar, kepentingan bahasa tempatan tu sangat penting tau. Sebab kebiasaan penjual dekat pasar ni, bila dengar bukan bahasa tempat dia, diorang mula la pepandai naikkan harga. Nak dapat untung lebih lah sangat. Kalau diorang peniaga pun pandai, kita sebagai pembeli mesti cerdik, ye dok? >,<

Mia ni jenis konsisten dalam kerja tapi tak konsisten dalam menulis di blog. Ya Allah rasa dah berjuta kali kot minta maaf sebab hilang-hilang, tapi macam mana juga kalau suda banyak kerja, eseimen saya lagi... Dan menjadi seorang Presiden Majlis Perwakilan Pelajar adalah tidak seronok ye kawan-kawan. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh kesabaran dan sebagainya. Belum lagi kes kes buat program, itu perkara biasa. Tapi bermula dari tahun depan, I will try my best to share everything with the world. Sambil sambil isi tabung nak kawin kan hahaha. Korang jangan lupa rajinkan diri klik tabung saya ya! 

Dulu memang pernah buat blog, sampai 3 blog kateko dan dulu Mia menerima upah design blog. Kemudian dah agak lama sikit, mula delete satu satu blog tu sebab rasa dah taknak design blog dah. So stick dengan blog yang ini dari dulu sampai sekarang. Never change ever since. Lepastu sekarang asyik berceloteh tentang kesibukan yang ada sehari-hari tapi Instagram rajin update. So kepada korang yang nak kenal Mia lebih, follow lah Instagram Mia ya. Klik je button yang ada di sidebar tu.

Bagi Mia, pelajar yang belajar jauh ni adalah satu keberuntungan yang tidak semua pelajar rasa. Bukan semua orang mampu berpisah dengan keluarga untuk certain period of time. Bukan semua juga mampu menampung diri semasa jauh dari keluarga. Perasaan homesick tu jangan cakap lah, rasa hari-hari nak balik rumah. Nanti Mia share perkara-perkara yang boleh kita buat kalau rasa homesick. Cukup kot pengalaman 3tahun di Sabah ni untuk share dengan korang. Tapi kalau korang diberi peluang untuk belajar jauh, terima lah. Percayalah, ada sebab kenapa takdir korang diberi peluang untuk study abroad.

Oh ya, ada juga yang curious ni kenapa boleh jadi MIA instead of MIRA. Dulu Mia ni pelat, well biasa lah budak budak takde yang lahir terus berlari kan. Sama juga lah dengan Mia. Memang mengalami proses ke-pelat-an sebelum memasuki alam ke-petah-an. Dari dulu sebut diri Mira, Mira tapi Mia punya pelat ni setiap huruf R akan menjadi Y. So kalau Merah maka akan jadi Meyah bukan Mewah. Nak dijadikan cerita disitu la jadi Miya instead of Mira. Kemain hipstur aku dulu. Dan Mia sekarang buat business secara online iaitu Peach Scarves dan juga Tone Excel. 

So, thats for now! Terima kasih sudi baca!


Untuk menyertai Segmen ini,


5 comments:

  1. Salam kenal dari saya Dedaun Comel

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mia sudi join... nama "Mia" sama ngan nama anak buah akak. Oh birthday this month ya? Happy birthday! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sama sama kak! Yup this month. Esok sebenarnya. hahaha Thankyouuu! Happy Birthday to you too!

      Delete
  3. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete