WHICH IS BETTER, BLOGGING IN ENGLISH OR MALAY?


Assalamualaikum and Hello | There's something had pop up in my mind. Dulu masa Mia start dengan blog, Mia menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Korang yang tau tentang blog Mia ni sejak dari tahun 2010, memang tau lah tu. Mia bukan dari golongan keluarga yang bercakap Bahasa Inggeris. English ni adalah bahasa ketiga Mia. Tapi sejak masuk alam kolej ni, bilakita selalu berhubungan dengan pensyarah, kawan-kawan, dan beberapa rakan yang berilmu, kita punya perasaan untuk belajar bahasa asing ni makin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi apabila menceburi bidang TESL.

Kemudian selepas dua tahun berada dalam bidang TESL, Mia mula terbiasa guna English sebagai bahasa seharian. Even dengan parents pun kadang guna English. Tapi sekarang macam banyak bahasa Sabah. Hahaha even cakap pun kadang-kadang guna bah by the end of the word. 

The main point is, ramai juga blogger confuse nak guna bahasa apa. As long as bahasa tu sampai, dan mudah faham, mana mana bahasa pun boleh. Tapi, kita perlu tahu juga, jangan campur-campur bahasa. Ada jenis blog, mentang-mentang boleh ikut suka bahasa apa, ikut suka hati dia je hentam bahasa rojak. Semua ada. Tapi kalau penyusunan okay, tak ada masalah. 

Bagi Mia, personally, kalau kita kurang bagus dalam bahasa inggeris dan rasa tak yakin untuk sampaikan maklumat dalam bahasa inggeris, sebaiknya kita lupakan sahaja. Tetapi kalau kita ni boleh berbahasa inggeri sedikit-sedikit, dan mahu untuk cuba improve (Mia tak ingat bahasa melayu untuk improve apa) lebih baik kita tulis dalam bahasa inggeris. Percayalah, semakin banyak kita menggunakan bahasa asing dalam penulisan kita, semakin mantap ilmu bahasa asing kita tu. Dan kalau tulis dalam bahasa inggeris ni, lebih mudah untuk menari audience dari luar negara untuk faham lah. Memudahkan traffic, senang nak buat engagement sebab menggunakan bahasa yang satu dunia boleh paham. Kelebihannya memang sangat banyak. Tapi kalau rasa blog post tu, belum sesuai untuk dibaca oleh masyarakat seluruh dunia, better not.

Tapi kalau rasa lebih selesa menggunakan bahasa melayu, boleh je gunakan Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa kan. Tapi, itu lah. Ada jenis orang menggunakan bahasa pasar untuk blog. Ada juga yang terlalu formal, sampai kadang kita confuse. Dia tulis artikel ke ni. Tapi kelemahan bila menggunakan native language ni, audience kita (reader/pembaca) adalah dari kalangan yang paham bahasa kita jela. Takde menarik minat, masyarakat luar je. But untuk keyakinan diri, mana mana pun boleh.

Macam Mia sendiri, sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa melayu. Tapi bila dah selalu bergaul dengan kawan-kawan yang speaking, lama lama bila menaip pun ter-speaking. Korang pulak nanti yang tak paham bahasa Mia sebab rojak sangat. Jadi selepasni, korang tak payah fikir sangat lah nak guna bahasa apa. Lebih baik kalau korang cuba variasi kan dengan satu post ni in Melayu, ada post lagi in English. Untuk menampakkan juga dekat masyarakat luar yang kita ni sebenarnya orang Melayu tapi fasih berbahasa Inggeris. So tidak mudah diperkotak-katikkan. Haaa gitu...

Ini hanya pendapat Mia, tak tau la pendapat korang macam mana. 
Kalau korang sendiri, mana korang prefer, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
Kalau kroang tengok blog post Mia, mana korang lebih suka, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? :)

Love,
Lady M.

3 comments:

  1. Macam saya, saya sangat sangat prefer bahasa rojak sebab kalau saya guna satu bahasa je, bunyi dia macam skema sangat :|

    ReplyDelete