ISU SENSITIF TENTANG PERKAHWINAN UDE DAN IZREEN AZMINDA


Ramai yang bercerita tentang isu ni sekarang. Mia bukan jenis propa atau bawang sangat nak menulis tentang mereka ni, memandangkan Mia pun belum ada pengalaman tentang perkahwinan. Isu ni pun bukan Mia nak bash atau tentang habis-habisan. Mia cuma nak sampaikan apa komen atau pendapat tentang kes seperti ini untuk kami golongan belia. Maksud belia, bukan kesemua belia. Hanya segelintir belia dan ini hanya my 2 cents thought. Kalau ada beberapa maklumat lain, sila utarakan dan kita boleh berbincang. Mia suka berbincang hehehe.

Isu ni berbangkit dah berhari-hari dan sampai dapat kecaman yang sangat tak terhingga dari golongan netizen. Untuk kes yang macamni seharusnya netizen tidak mengecam sebelah pihak sahaja. Dan jangan pula terlalu lebih emosi sebab yang melayari bahtera perkahwinan mereka, hanya mereka yang rasa. Kalau seandainya memang pihak lelaki tidak ada hati, tapi masih meneruskan secara terpaksa. Tak dayus ke tu? Adil kah? Dan kalau dah isteri pertama pun tak duduk bersama dah dengan si suami selama berbulan-bulan dan berbincang hanya berkaitan dengan anak sahaja, korang rasa adil kah? Adil ni tak semestinya sama rata. Adil ini adalah sesuatu tindakan untuk menunjukkan penghargaan kepada seseorang tanpa ada rasa diskriminasi dan seseorang tu layak untuk menerima keadilan tu. Perkataan adil ni datang apabila ada orang yang berasa ditindas. So dia perlukan keadilan. Tapi keadilan dari sudut yang macam mana yang perlu dipertahankan?

Netizen sesungguhnya tidak ada hak untuk menghentam, bash atau mengecam sehingga kedua dua pihak melenyapkan akaun sosial media masing-masing. Dalam kes ni, memang tak boleh diselamatkan dah sebab mereka pun sudah berada di situasi yang amat genting. Jadi netizen tidak perlu lah nak menambah lagi tohmahan dan cacian. Mungkin ada yang berkata, "ala kau tak kawin lagi, mana kau tau." Well, at least, saya masih berfikir untuk menulis. Ingat saya tak menggigil ke masa menaip ni? Menggigil jugak. Saya pun pernah berada di situasi mereka. Bukan part suami orang tu ye, maksudnya dalam situasi perhubungan yang ada krisis. Menipu sangat kalau setiap perhubungan tak ada krisis kan. Tapi kalau sebelah pihak je yang berusaha, sebelah pihak lagi dah putuskan tali pengharapan, sampai bila yang sebelah pihak berusaha tu mesti bertahan? 

Saya tidak support perceraian atau menentang poligami. Hak masing-masing tetapi sebagai pihak ketiga (maaf, keempat) dalam kejadian ni, jangan kita lebihkan jari jemari berbanding akal fikiran. Kita sebagai pemerhati hanya boleh nasihat dan berikan semangat. Bagi mereka, situasi mereka sekarang ni dah cukup berat. Netizen yang pemerhati ni, tak payah nak rajin sangat untuk tambahkan beban mereka. Doakan sahaja yang baik-baik. Mereka bukan buat benda haram. Pasal cendol boleh pulak korang terima, kena kecam sekali dua, terus masuk tv. Benda halal, korang tak boleh terima pulak, padahal dah halal kot. 

Kes yang macam ni sebenarnya membuka mata kami yang golongan belia belum kawin ni untuk berkahwin. Macam mana seseorang yang kita dah janji sehidup semati, tiba tiba berubah. Kata orang, manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain lain. Betul lah lain, even peribahasa tu maksudnya lain, tapi aku sumbat je biar sedap sikit bunyi. 

Apa apa pun, kita doakan yang terbaik untuk mereka semua walaupun yang terbaik itu adalah jalan yang paling menyakitkan. Kita tahu perancangan Allah melebihi segalanya, semoga semuanya dipermudahkan dan semoga semua pihak mendapat hikmah dari apa yang telah terjadi. 

1 comment: