I FEEL SO LAZY


Hari ni hari Sabtu, biasalah. Hari paling malas sedunia. Kalau boleh nak berselimut sampai besok. Rasa letih sangat. I feel like mentally, emotionally, physically damaged. Damage teruk. Dengn segala beban yang ada di bahu, nak digalas hari-hari. Belum termasuk dengan kerja yang dah sedia ada. Belum termasuk dengan yang akan difikirkan nanti. BIla dah agak besar ni, rasa bertanggungjawab sangat. Sampai at one point, kita rasa malas.

Malas nak fikir.
Malas nak bergerak.
Malas nak hidup.

But still,
life must go on.

Jadi, disebabkan tagline "life must go on" tu, Mia pun bangun dipagi hari. Not really that pagi jugak. Around 9pagi macamtu. Buka je pintu dah badmood sebab rumah sunyi and tiba tiba ada housemate baru balik. Rupa-rupanya diorang ada kokurikulum tadi dekat sekolah. Tula diorang gerak awal dari rumah. Bila bangun pagi, perut memang akan rasa lapar. So berharap ada orang tolong belikan. Plus, perempuan kan. Faham-fahamlah. Ada masa, monster dekat dalam tengah sibuk mencakar-cakar rahim. Nafsu nak berjalan terus hilang. Mia pun baring balik. 

"ni tak boleh jadi ni. Harini mesti jadi hari productive aku!"

Semangat dekat dalam hati, bukan main lagi. So Mia pun bangun, bersihkan diri. Masak maggie dekat rice cooker je. Sebab semalam tak makan malam, so pagi ni terus rebus dua pek maggie. Monster dekat dalam badan ni dah lapar sangat. Layankan aje lah. Lepas dah makan, mula lah melakukan kerja kerja photoshoot gambar tudung. Dalam sejam dua macamtu, terus ke bilik siapkan module untuk student hari Isnin ni. Diorang ni sangat comel tau, sampai buat essay pun still gagap. Tapi takpe, teacher datang to rescue. Kih kih. Harap korang faham lah module yang teacher buat ni ye anak-anak ku sayang.

Dah agak lama buat module sambil nyanyi-nyanyi, tiba tiba dah maghrib. Nak rehat kejap ceritanya. Akhirnya terlayan Facebook. Dan terjumpa satu video ni. Dan sebenarnya disebabkan video ni jugaklah, Mia buat post ni. 

KLIK SINI UTK TENGOK VIDEO

Tepat sekali. Video Aida Azlin. Jarang Mia follow video tentang Aida Azlin ni. Kadang-kadang kalau ada video dia lalu dekat feed je baru Mia tengok. Mia taktau sangat nama dia and plus, pernah tengok video dia sekali je. So kiranya, ini adalah video kedua dia yang Mia tengok. Kesemuanya video Aida Azlin, basically motivates people. Message yang dia sampaikan mempunyai impak yang besar. Lepas je tengok video dia rasa macam kena hempap dengan batu besar and ada suara background yang berkata-kata, "kemanakah aku selama ini?" 

Video kalini bincang tentang "Is your Place in Jannah guaranteed?" Come on, guys. Siapa kita untuk tahu dimana tempat kita selepas kita meninggalkan dunia ni. Video ni bagi Mia sangat inspiring. Disaat Mia tengah sibuk-sibuk for this day, Mia nampak satu video yang motivate Mia harini. I agreed that setiap manusia diciptakan dibumi ini adalah untuk menjadi khalifah. Walaupun kita tak jadi menteri or perdana menteri. Or even jadi Dun atau Ketua Kampung. Kita memang diciptakan sebagai khalifah. 

Tapi betul ke kita ni khalifah? Yang belum tentu masuk syurga, tapi berlagak seperti syurga milik kita. Kita lebihkan tidur, rehat, tidak produktif, tidak menambah nilai kehidupan dalam kehidupan orang lain. Lebih teruk, even dalam kehidupan sendiri pun kita tak tambah! Tak mampu. Tak boleh. Tak berani. 

Better korang tengok video tu, hadam elok-elok.
Lepastu nilai sendiri. Macam mana kehidupan kita sekarang ni. Routine kita.
Sebabtu Mia rasa, Mia akan cuba untuk kurangkan rehat. Bukan maksud kurang kan rehat, lebihkan kerja dan sebagainya. Tak.
Cuma Mia rasa, Mia ni masih muda dan kudrat masih mampu untuk berjuang.
Belum tiba masanya untuk Mia berehat. Berehat dari kerja, berehat dari ibadah... Hehehe.

So asked yourself again. 
Is your place in Jannah guaranteed?

No comments:

Post a Comment