DAH HABIS DAH


Setelah genap 3 tahun belajar di Negeri Dibawah Bayu, kini Mia dah balik ke Semenanjung daaahhhh. Tak rasa tau duduk sana dah 3 tahun. Bayangkan hari-hari makan maggie. Kenangan datang lewat ke kampus. Pergi kelas tak mandi sebab tak ada air. Hahahaha. Memang sumpah kenangan yang tak dapat dilupakan!

Sebenarnya masa pindah semula ke Semenanjung ni perasaan Mia bercampur baur. Di sudut hati terdalam memang rasa sedih sebab Mia dah biasa tinggal di Sabah, namun terpaksa tinggalkan tempat bermain untuk meneruskan kehidupan yang lebih matang di tempat sendiri. Tapi Mia pun gembira jugak sebab akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga. 

Kenangan 3 tahun di tempat orang ni lain tau rasanya. Kalau korang yang belajar berdekatan dengan rumah, memang jarang dapat perasaan macam ni. Sangat berbeza kehidupan yang belajar jauh ni. Hari-hari merindui keluarga, kalau ada masalah memang rasa bertanggungjawab sgt dengan diri sendiri tanpa bagitau dengan keluarga, cuba untuk menyelesaikan masalah sendiri, belajar untuk berjimat cermat, belajar untuk berinteraksi dengan kawankawan setempat dengan bahasa tempatan, cuba untuk bergaul dgn pelbagai etnik dan budaya yang berbeza, semua tu pengalaman yang sangat sangat sukar untuk dicapai.

Teringat masa pertama kali datang ke Semporna pada tahun 2015, memang berabis ba bilang orang, memohon dan buat rayuan untuk pindah ke Kuala Lumpur tapi mungkin takdir dah menentukan yang Mia akan mempunyai pengalaman yang lain dari orang lain di kawasan bandar. Jadi mau tak mau memang mesti berjiwa kental untuk stay di Semporna. Alhamdulillah, I am survived! Walaupun banyak khabar cakap tentang berperang lah, pencerobohan lah, perintah berkurung lah, kami yang tinggal selama 3 tahun memang survived! 

Seronok sangat dapat jumpa kawan baru, dapat berkenalan, dan paling best dapat belajar bahasa dan budaya yang berbeza. Dan di Semporna juga la Mia jumpa my Lingard (not real name). Hahaha. Selepas ni kamu urang akan selalu dengar nama Lingard ni. 

Mia memang peminat bola, dari umur 10 tahun Mia memang peminat Manchester United. Semasa berada di Kolej Poly-Tech MARA Semporna, Mia telah berjumpa dengan my Darling (let me call him Lingard until satu masa nanti hahahah) Rupanya dia pun peminat Manchester United! The reason Mia panggil Lingard ialah sebab Mia selalu play "Lingard" bila ada game bola, and dia pandai main bola. For me quite tererr lah, sebab masa dekat kampus dulu team bola dia selalu menang. So i panggil dia as my Lingard. Walaupun perjalanan hubungan kami agak susah pada awalnya, tapi alhamdulillah kami sudah berkawan selama 2 tahun. #doayangbaikbaik 

3 tahun saya takkan sempurna tanpa ada kawan-kawan yang sedia bersama saya. Ira, Kira dan Nana adalah manusia-manusia yang memang selalu ada dengan saya. Kalau korang tengok Mia hilang kemana-mana memang ada dengan diorang tu. Cari jela diorang, diorang tau pun Mia ada dekat mana sebab memang kitaorang rapat sangat. Hahaha, menggila bersama, bergosip bersama, memang semua bersama. Duduk rumah sewa sama, duduk dalam kelas pun bersama, pergi tandas pun bersama, you name it. Tapi part lepak and aktif di kampus tak bersama lah. Mia memang aktif di kampus. Tersangat aktif sebab Mia memang join Majlis Perwakilan Pelajar dari semester dua hingga semester lima. Jadi kesibukan Mia lain dari yang lain. 

Kenangan semasa di sekolah pun akan Mia ingat sampai bila-bila. Memang sangat seronok bila dapat jumpa dengan murid-murid yang sangat comel! Dengan pelajar yang bising, suka bercakap, asyik nak teacher marah dan mengamuk macam Singa. 

Sumpah kenangan sepanjang di Sabah ialah kenangan manis yang terlalu banyak untuk dikongsikan. For now, tidak perlu kembali ke masa lalu. Mia perlu bergerak dan move on, untuk meneruskan kehidupan yang lebih matang sebab akan ada banyak halangan dan rintangan yang perlu Mia hadapi pada masa yang akan datang. Wish me luck dan yang penting dah habisssss daahhhhhhhh! 


4 comments:

  1. First of all, selamat kembali ke Semenanjung :)
    kenangan masa belajar adalah kenangan yang perlu disimpan kemas dalam ingatan. Best kan.. Bila dah kerja dan berjauhan, dah jarang berjumpa. Nak wat reunion pun susah. ITu yang jadi antara SIqah dan kawan2 uni T_T

    Siqah doa yang baik2 untuk Myra dan si Lingard <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu Siqah! Kannnnn rasa lepas ni memang susah lah nak jumpa T______T
      Hihihi, terima kasih atas doanya Siqah <3

      Delete
  2. Firstly, congratulations on finishing your studies and welcome back home :)

    Faham sangat macam mana perasaan bila kita belajar jauh dari family ni. It will be one of your most treasured memories in the future.

    And I hope you'll be happy with your Lingard *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Farah!
      Kannnn, orang yang pernah study jauh je faham perasaan ni. Tapi best sangat sangat!

      Hihihi, amiin. Thank youuuuu Farahh! *wink*

      Delete