THE MENTALITY

First of all, tahniah kepada yang dah berpuasa penuh selama 15 hari ni! Harini beum kira ye, kot kot ada yang terbuka puasa pukul 12 tengah hari satgi. Hehehe. Korang memang amazing! Siapa yang ada skip skip dengan sebab tertentu pun power jugak. Benda yang kita tak minta kan. Hihihi. Anyway, Salam Ramadhan korang! Hope korang enjoy Ramadhan kali ini dengan pelbagai ibadah dan juadah berbuka yang sedap sedap. 

Puasa puasa juga, tapi jangan lupa kita kena kembali ke erti puasa yang sebenar. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, bukan sahaja untuk merasakan macam mana orang susah kelaparan, bukan sahaja menahan napsu dari membeli juadah berbuka untuk mengelakkan pembaziran. Konsep puasa ni bagi Mia adalah tindakan kita dari segi tulisan, bacaan, carian, pemikiran, niat, ucapan, perlakuan, yang sebaiknya menuju ke arah ibadah ataupun berbeza dari segi positive berbanding bulan bulan yang lain. Bukan bermaksud bulan lain kita boleh jadi setan eh. Hehehehe.

Negara kita dah reborn. Dilahirkan semula. Apa kata kita pun sama sama reborn kan pemikiran kita yang mana tidak semua perkara di dunia ini perlu di 'kritik' as if benda tu kalau tak di kritik, boleh mati agaknya. For example, isu yang tengah hangat sekarang ni, yang menjadi cacian dan makian netizen ialah dUCk. Seperti yang kita tau, duck ni ialah brand, bermaksud diorang ada produk yang dijual. Bila ada produk yang dijual bermaksud mereka menjalankan aktiviti perniagaan. Di dalam aktiviti perniagaan, ada banyak department yang berbincang untuk mengeluarkan sesuatu produk. Berbeza dengan company kecil yang mana kebanyakkan owner akan menguruskan sendiri semuanya dari segi marketing, financial, operation, HR, admins, accounting, and whatsoever. Each and every companies has their own strategy to promote their business. Tak pelik kalau mereka mengeluarkan produk baru setiap minggu dengan range harga yang lain dari yang lain, sebab mereka ada target market mereka sendiri.

Baru baru ni, Duck mengeluarkan produk baru iaitu safety pins. Well, sebelum tu ada lah viral sekejap tentang Duck ni beli barang dekat Alibaba then re-branding dengan harga yang melampau untuk local produk sedangkan boleh dapat lebih murah. GUYS. Kenapa korang kena pertikaikan benda alah tu? Yes, mungkin ada yang cakap,

"Tak logik lah dengan harga macamtu, nak jual dengan orang untuk benda tu?"

Gais, diorang ni in business bukan badan kebajikan. They have to pay staff's salary and other overhead costs. Lagi satu, korang tak layak lah nak marah sebab... first, korang bukan target market diorang. Second, kalau korang tak nak beli, tidak perlu kritik dan sila lah beli di tempat lain. Unless, kalau dorang yang memonopolikan benda tu. Diorang yang menguasai produk tu dan menjual dengan harga mahal sehingga korang mati tercekik kalau tak dapat. Lain lah kalau diorang jual makanan ruji as beras, mie, sayuran, minyak masak then jual harga RM 200 - RM 300 memang layak lah kalau korang marah sebab benda tu asas kepada kehidupan kita dan kita hanya bergantung dengan itu untuk hidup. Tapi ni just safety pins guys, yang mana duck sendiri tulis di instagram dia...

"How can a brand selling scarves not have pins as part of their offering." Means, diorang keluarkan each and every produk yang berkaitan dengan tudung. Manik ke, pins ke, brooch ke, anak tudung ke, as long ada kaitan dengan tudung memang diorang akan usahakan untuk menjual. Kalau tak laku, diorang takkan produce lagi. Simple. Tak ada company yang nak rugi. Maybe sebab kalangan rakyat Malaysia ni memang uneducated kot sebab tu banyak sangat respond negatif yang keluar. I am not backing up duck. Korang seolah olah tau tentang dUCK, tapi beza birthday D dan birthday Duck pun korang tak boleh bezakan. Then korang ada hak untuk bash? Tang mana logiknya tu. 

Anyway, Mia tak pernah beli tudung duck since I have my own fashion line too. So im not a part of duckies and this post bukan untuk mengampu duck to get any free tudung or what.

Tapi I hate mentality rakyat Malaysia yang menghentam kromo tanpa usul periksa. Seolah olah mereka faham tapi exactly, diorang tak paham. Mungkin yang menghentam tu adalah 2% dari rakyat Malaysia, but still. Mentality 2% ni yang mencerminkan Malaysia.

Ni baru cerita duck. Tak masuk cerita lain lagi. Malaysia oh Malaysia.

1 comment: