POST-EID CELEBRATION 2018 : DAY 1


Walaupun Syawal telah berlalu, Open house Raya semua dah tutup, puasa pun semua dah lepas, tapi Mia still nak cerita kesah Mia beraya haritu. Mula mula taknak publish cerita raya sebab rasa macam dah lambat sangat dah ni. Time raya haritu tak sempat nak blogging. Korang sempat ke? Mia rasa masa raya haritu memang Mia manfaatkan 100% untuk beraya dan silaturahmi dengan keluarga jauh. Ada jugak la main social media tapi dekat Instastory je lah. Kemudian suatu hari, ada kawan broadcast message dekat Mia tentang Post-Eid Open House dia.... Sejak dari situ lah, Mia terus tukar nama post ni kepada Post-Eid Celebration 2018. Senang kerja kan.... Hahaha.

Hari Raya pertama Mia tak begitu menyeronokkan sebab routine dah bertukar. Kalau tahun lepas, bangun awal pagi, bersiap, pergi sembahyang raya, lepastu terus gerak ke Kuala Lumpur dan beraya dengan nenek dan atok. Keluarga sebelah papa. Takpun, kami semua akan beraya di rumah Atok dan nenek di Indonesia. Keluarga sebelah mama. 

Tahun ni, rasa sikit berbeza sebab kami beraya berempat je. Mama, Mia, Khaleeda (adik) dan Hafiz (adik). Lepastu disebabkan oleh arwah nenek dan atok sebelah mama dah meninggal dunia tahun lepas, diikuti dengan nenek sebelah papa dan juga diikuti oleh papa tahun ni, kami terus ke kubur selepas sembahyang raya. 

Tahun ni kami tak masak pun, just pergi beraya ke rumah rumah jiran, kawan kawan mama je. Kita orang tak ada keluarga dekat Malaysia, kesemuanya di Indonesia. Jadi memang tahun ni beraya berempat la. Tahun lepas masih ada arwah atok beraya di Malaysia. Jadi raya tahun lepas agak meriah jugak.

Jadi kami pun balik rumah, terus salam salam atau kami sebut sungkeman. Bahasa Jawa tu. Walaupun kami bukan orang Jawa hehehe. Selepas tu, bermula lah Mia berlari naik ke bilik, mencari sampul duit raya. Disebabkan tahun ni, Mia jadi pengganti papa, Mia pun sediakan lah duit raya untuk semua... termasuk diri sendiri. Yayyyyy.

Lepastu siap siap semua dan terus pergi beraya ke rumah rumah orang lain. Rasanya, ini hari raya paling simple dalam hidup Mia. But life must go on!







4 comments: