POST-EID CELEBRATION : DAY 2
Keesokan harinya, kami satu keluarga terus balik ke Indonesia. Walaupun tak ada nenek atok dah sebab meninggal kedua-dua nya pada tahun 2017. Nenek meninggal pada bulan April 2017, diikuti oleh Atok pada 8 Ogos 2017. Kemudian iikuti oleh Nenek sebelah papa pada 27 Februari 2018, dan diikuti oleh Papa pada 25 Mac 2018.
Kami beraya ke rumah makcik kami, iaitu sepupu kepada Mama. Jadi kami berempat gerak awal pagi masa tu, pukul 4 pagi dah keluar rumah sebab Mama Mia bukan Malaysian. Biasanya proses imigresen tu lama dan kadang ambil masa 2 jam untuk check-in, luggage drop, kastam, imigresen dan sebagainya.
Penerbangan mengambil masa dalam 1 jam, atau lebih kurang 50 minit la. Tapi kita kira 1 jam jela eh. Senang sikit. Hehehe. Maka sampailah kami di Kuala Namu International Airport. Destinasi kami ialah ke Medan, jadi ia mengambil masa dalam 30 minit - 1 jam perjalanan. Masa kami datang ni, orang tak ramai sangat sebab kebanyakkannya beraya di bahagian pedalaman, jadi bahagian bandar ni kosong la.
Nampak ala-ala dekat luar negara kan. Memang lah luar negara, bukan dalam Malaysia hihihi.
Sampai je, kita orang terus ke tempat pakcik. Pakcik kita orang ni kami panggil, "Papi". Kami stay dan dah berjanji untuk ke rumah Wak kami iaitu makcik mama. Sepupu mama. Papi tu ialah abang kandung mama. Sampai je dekat tempat Papi, terus kami dihidangkan dengan makanan raya di atas meja. Maklumlah, kita beraya semalam pun, makan dekat rumah orang je. Dah takde semangat nak beraya. Balik sini, terus nampak makanan raya. Gila tak excited!
Korang tengok lah, ada lodeh, lontong, nasi goreng, tauchu pun ada. Tu ada udang lagi. Ya Allah memang makan dengan penuh lahap! Sedap ngat ngat ngat! Gila tak sedap. Beraya kot! Hehehe. Then kitaorang lepas makan, terus pergi ke rumah Wak dan berehat dekat sana sampai malam. Tunggu cerita Day 3 pulak tau!
bestnya kalau beraya rumah sedara mara jauh, memang meriah diorang sambut kita kan.
ReplyDeletesemoga arwah nenek dan atok ditempatkan dikalangan org2 beriman..
ReplyDelete