LIFE IS AN ADVENTURE
Tak semua orang ada hidup yang sama. Kadang orang tu dapat ujian hidup pada umur dia 12 tahun, ada yang dapat ujian pada umur 30 tahun, ada yang dapat ujian dari dia bayi, ada yang dah tua baru rasa ujian hidup. Semua orang ada ujian, jadi apa yang berbeza?
Tahap ujian yang diterima yang berbeza dan juga cara mengawal diri dari kesan ujian tersebut. Dalam tak dalam ayat tu? Hahaha. Mia rasa memang tak layak untuk Mia sebut pasal kehidupan sebab umur pun masih 21 tahun, tak masuk pun lagi 21. Untuk sesetengah orang, mereka akan cakap "kami dah makan asam garam kehidupan dulu."
BETUL. Tapi adakah itu fakta yang membuktikan anda lebih benar dari kami yang lambat makan asam garam kehidupan? Kami pun makan asam garam kehidupan, tapi mungkin asam garam kami fresh dari laut sedangkan anda makan asam garam fresh dari hutan. Yela, orang zaman dulu makan ubi kayu, makan sayur-sayur, makan daging semua. Kita zaman sekarang banyak western ye dok? Makan lobster, makan udang, ikan segalanya hahaha kadang tengok sayur tu, jeling pun tak nak. Eh macam cakap diri sendiri hahaha.
Pernah dengar tak tentang "Umur hanya sekadar nombor" atau "Pengalaman mendewasakan kita." ? Mesti ada maksud kenapa ayat tersebut dicipta. Kalau kita belajar tentang psychology manusia, manusia ni boleh terbentuk dengan 3 teori. Pertama sekali ialah structural functional, Mia tak tau dalam bahasa melayu. Sikap seseorang tu terbentuk dengan bantuan norma kehidupan seperti government, undang-undang, pendidikan, agama dan sebagainya. Itulah yang membezakan sesetengah orang ni dengan orang lain.
Kedua, ialah social conflict. Ada conflict sosial juga yang membuatkan seseorang itu mempunyai pendirian yang berbeza sebagai contoh, miskin dan kaya. Lain tau perspektif orang bila melihat orang miskin dan orang kaya. Ada jenis orang dia benci sangat tengok orang miskin. Rasa jijik teramat, jeling pun tak boleh apatah lagi tengok. Ada orang tengok orang miskin, biasa sahaja. Ada juga yang rasa kesian. Tapi, ada juga orang bila tengok orang kaya, rasa taksub sampai nak menyembah. Ada juga yang biasa sahaja, dan ada juga yang jadikan sebagai inspirasi kehidupan. Kenapa ini terjadi? sebab ada social conflict tadi.
Ketiga, sociobiologi yang juga mendorong kepada perbezaan sikap manusia. Biasanya ianya sebab genetik la. Ada orang walaupun bukan orang Jawa, tapi bila dengar embah-embah cakap Jawa, dia terus faham walaupun tak boleh nak balas semula dalam bahasa Jawa. Betul tak? So ini adalah salah satu faktor juga kenapa manusia tu tak sama.
Dengan kesemua faktor tadi, dicampurkan dan dapat membentuk seorang manusia, di tambah dengan pengalaman yang berbeza itulah yang membentuk jati diri seseorang sehingga ke dewasa. Dan disebabkan faktor ini juga lah, orang lain ada cabaran yang berbeza. Ada orang umur 11 bulan dah boleh berjalan. Ada yang umur 11 bulan masih merangkak lagi. Jadi ini adalah faktor yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan dari segi pemikiran, tingkahlaku, percakapan sseorang.
So back kepada topik kita,
walah mukadimah pun dah panjang macamtu ye.
Sebagai contoh, Mia dilahirkan sebagai anak pertama. Ada dua orang adik seorang perempuan dan seorang lelaki.
Kalau korang perasan, kita dalam adik beradik, tidak akan dibesarkan dengan cara yang sama. Kakak biasa, ibubapa akan tegas sikit. Dengan adik bongsu akan manja banyak. Itu normal.
Di sepanjang hidup Mia, Mia diajar untuk berdikari.
Pinggan pecah, sapu sendiri. Ye la, sendiri pecahkan. Sendiri kemas. Tapi bila adik menangis, akak yang kena. Walaupun bukan kesalahan akak. Telan sendiri jela kan. Tapi, sikap itu lah yang membuatkan Mia lebih berfikir. Lebih berhati-hati. "Jangan sampai adik nangis." Tapi dulu lah, sekarang kalau dia ada salah, memang akak je yang buat dia nangis.
Pada umur 20 tahun, nenek atok meninggal. Pada umur 21 tahun, papa dan nenek meninggal. Mia yang mengharungi semua ni rasa tak larat dah. Umur 21 tahun yang baru je melangkah masuk ke dunia pekerjaan, tiba tiba dah ada kerja iaitu sara keluarga. Orang lain umur 21 tahun tengah sibuk cari rumah sewa, tengah sibuk cari kerja. Mia dah kena sara keluarga. Kawin je belum ni. Hahaha. Tapi Mia tak bantah, sebab Mia dah berdikari dari kecil. Mental dah kuat, sbb dah biasa urus yang berat. Takde hal lah.
Dapat pula arwah papa dulu, ada bisnes sendiri. Mia pulak memang minat bisnes. Bukan minat bisnes, Mia minat duit. Hahaha. Bila papa ada bisnes, secara automatik Mia yang akan meneruskan. Orang lain cakap senang, dah ada bisnes ayah senang lah. Tapi diorang tak rasa apa yang Mia rasa. Walaupun kita ada bisnes yang ditinggalkan untuk kita, kalau kita sendiri tak mampu nak urus, takkan menjadi juga. Mentaliti ni yang selalu buat Mia sentap. Tapi tak apa lah, mereka punya kehidupan tak macam Mia. Reflect balik kepada 3 faktor manusia tadi. Mia semakin faham.
Sebab tu, kita tak boleh sesekali berharap orang lain untuk faham kita. Orang lain hanya boleh dengar. Bayangkan? Memang tak. Mengharungi bersama? Sukar sekali. Yes. Life is an adventure. Mia selalu fikir, perjalanan hidup ni macam sebuah buku. Buku novel yang selalu kita baca tu. Kalau boleh di tulis satu per satu helaian kehidupan kita ni, mesti kita sendiri tersenyum tengok telatah kita yang lalu lalu.
Tapi bagi Mia, memang betul semua orang ada buku masing-masing.
Tapi jenis cerita apa yang kita nak tulis. Dan penghujung yang macam mana yang kita nak, sebab hidup adalah pilihan.
Jika kita memilih untuk hidup, jangan pernah sia-siakan kehidupan yang diberi.
Maka, Tulislah buku yang korang inginkan, harungi setiap cabaran dengan penuh senyuman. Semoga ada kemanisan dan "happy ending" pada mukasurat akhir kehidupan kita.
Love,
Mia.
betul tu. setiap orang lain perjalanan kehidupan nya..
ReplyDelete