MIA PERGI CASTING??!!


Haluu gais, so Mia saje nak cerita sebab tak nak lupa kenangan kenangan ni. Around three four days yang lalu, Mia ada pergi satu casting untuk satu production house. The producer sangat welcoming and very generous. Mia siap bawa satu geng (adik adik) datang teman casting. Yelah, Mia memang selalu ditemani oleh mereka ni berdua. Dengan sape lagi Mia nak berteman. Lingard duduk jauh aih...

Producer tu tak cakap apa apa pun pasal bawa adik adik. Dia siap cakap, bawa sekampung pun takpe yang penting jangan kacau. Thankgod, bebudak ni well-behaved! Terus hakak bawa diorang pergi IOI City Mall, Putrajaya. Keh keh keh. So masa casting ni time pagi, petang tu Mia ada event Watsons. Tapi Mia update dekat next post tau!

Masa datang tu, Mia datang awal. Tapi sebab sesat. Pusing punya pusing, sampai 30 minit juga. Lepastu Mia give up dan Mia park je kereta. Lepastu breakfast kejap dalam kereta. Sampai pukul 10 pagi. Lepastu mula lah call producer tu tanya pasal location. Dia angkat call dan cakap betul area tu tapi tingkat 2. Alala... gitu rupanya.

Mia pun naik ke atas dan berbincang sedikit dengan producer dan berkenalan dengan salah seorang yang join casting juga. Kami diberikan skrip dan kena cuba sampaikan maklumat dengan cara tersendiri. Okay, Mia tak nak cerita pasal casting tu. Mia nak cerita pasal betapa susahnay sebenarnya menjadi seorang host.

Korang mesti tengok, alah jadi host atau pengacara ni senang je. Baca je skrip dan terus cakap cakap. Sama juga macam DJ dan juga pembaca berita. Well guys, step that mindset aside because that is not what they are really doing. Selepas dapat rasakan sendiri macam mana menjadi host untuk sesuatu rancangan walaupun hanya casting gais memang sangat mencabar. Seolah olah macam tak pandai bercakap. Mia yang selalu yakin bercakap ni pun, terketar-ketar. 

Dulu Mia pernah join casting masa sekolah rendah, untuk rancangan TV9 tapi bila dah diterima untuk next casting, mereka tengok umur Mia masa tu dah 12 tahun. Mereka mencari untuk pengacara 7 tahun hingga 11 tahun sahaja. So a lil bit dissapointed sebab tu Mia teruskan dengan blogging. Hosting ni sebenarnya adalah cita-cita Mia. Nak jadi pengacara, nak jadi wartawan, nak bercakap dalam tv. Tapi mungkin Mia tak ditakdirkan untuk ke arah tu, walaubagaimanapun Mia dah dapat rasa pengalaman tu dan Mia excited! I am soooooo looking forward untuk next casting, kalau ada lagi.

Bukan apa, bila kita minat dan kita ada perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru kita sebenarnya tengah cuba lawan kemampuan diri kita yang mana itu adalah salah satu usaha kita untuk terus maju kehadapan. Jangan pernah takut bermimpi, kalau bermimpi pun takut. Macam mana nak gapai? Sama kes macam Mia menjadi contributing writer untuk Zalora. Bukan Mia berani pun pada mulanya, tapi bila dah mula ceburkan diri dan mula belajar satu per satu. Dan rajin bertanya ofkoz, Mia semakin berani untuk tulis banyak article. Mungkin saya ke arah journalism lepasni? Walah walah.

However, jangan pernah putus asa untuk terus berusaha. Orang nampak kita selepas kita dah berjaya je. Perjalanan ke arah nak berjaya tu, tak ramai tau. So, what ever you guys buat sekarang ni, D O N T - G I V E - U P !!

Bye for now,
daa-daa

1 comment:

  1. Wow casting host tu bukan senang tu kak. Semoga cita2 nak jadi host tu dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah kak mesti boleh nya jadi host ni.

    ReplyDelete