FIND YOUR HAPPY EVERYDAY MEMORIES AT DEMETER FRAGRANCE





HALUU GAIS, mesti korang pelik kan kenapa Myra punya gambar intro adalah gambar kotak. Ni bukan sebarang kotak tau. Kotak ini boleh buat kehidupan korang menjadi lebih wangiii dan terus terimbas kenangan korang masa kecik kecik dulu. Myra ada dapat invitation untuk ke Demeter Fragrance Library Debuts Exclusively in Watsons baru baru ni, dan korang kena baca sampai habis tau supaya korang atau apa bezanya Demeter ni dengan perfume lain. Paling best, exclusive dekat Watsons je. Senang lah nak cari!

Pernah tak korang beli perfume semata-mata sebab wangian perfume tu mengingatkan korang pada masa kecil korang? Myra dulu masa kecil suka rasa acah princess, so macam Myra, Myra suka ada bau bunga-bunga dekat perfume tu. Tapi tak suka terlalu bunga sangat, dan tak suka terlalu strong. Princess mana boleh bau kuat-kuat, kite suka yang lembut lembut jerrr... Haha.

So, back to the topic. Demeter ni berjaya membuat wangian emosi kegembiraan di dalam satu botol. Telah dibuat di USA sejak 1996 oleh Christopher Brosius, seorang talented perfumer yang mana beliau menghasilkan lebih 300 wangian bau yang berbeza dan diilhamkan oleh wangian objek dan pengalaman sebenar manusia. Wow, hebatnya! Kiranya kalau kita hidu rumput, mereka pun ada wangian rumput dijadikan sebagai perfume?! HEBAT!





Myra suka bau Dark Chocolate tu, percaya tak korang Myra hidup semua botol ni. Sebijik macam bau asli tau! Macam Dark Chocolate tu, bau memang macam Dark Chocolate, I could even eat my own hand! Yang Birthday Cake tu pula, memang rasa macam cake! Memang hebat lah! Oh oh, ada yang bau macam Clear Window, bau macam pembersih bilik air tu. Betuuul, Myra tak tipu! Crayon pun ada, memang time test bauan tu kan, nak kata batak tahap apa lah. Memang jakun sangat. Hahaha.

Paling best lagi, mada media launch ni kan kami (para bloggers) telah berpeluang untuk cipta bauan sendiri tau. SO ada tiga group, Floral, indoor & outdoor. Myra team Outdoor. So kami punya perfume tak ada unsur unsur bunga lah. Alaa sedih.. Tapi tau tak apa yang bestnya? Masa media launch tu, kami di pantau dan di bimbing oleh Mr James Lee, CEO of Demeter Asia Pacific, Watsons management, Thoren Tan, Trading Director, and Danny Hoh, Customer Director dan Jason Park, CEO of FInger Touch (M) Sdn. Bhd. 


Mr. James Lee shared. "The foundation of Demeter Fragrance Library begins from memory. Our brain captures every little happiness in our daily lives when we experience new things and discover new feelings every day. With Watsons, we hope our Demeter can expand its influence of fragrance and bring back happy memories when customers use our perfumes."

Kami pun ciptakan sendiri wangian perfume kami. Myra letak nama Sparkle. Ada beberapa wangian yang ada di atas meja tu, tapi kami boleh campur sehingga 3 wangian sahaja. So Myra pilih Fresh Lemon, Pink Grapefruit dan Floral Musk. Bila ketiga-tiga wangian ni dicampurkan maka terhasil lah wangian Sparkle. Cewah.. bangga lah ada wangian sendiri. Hahaha. Sampai sekarang Myra masih guna tau perfume ni. Jangan main-main. Hahaha. Walaupun tak ada bau bunga, tapi Fresh Lemon tu buat perfume ni segar sepanjang masa tau. Haa, dah terpromote Sparkle. Maaf, limited edition ni. Tak ada dekat Watsons, Myra je ada. Hahaha.

Nak tau tak, Demeter ni famous dikalangan artis Korea tau. Dan telah menang anugerah banyak sangat. Dan ini merupakan perfume pertama di DUNIA yang menghasilkan wangian seperti keadaan sebenar. Memang hebat!




Inilah jenis wangian Outdoor yang kami gunakan untuk menghasilkan bau perfume masing-masing. Rasa saintis sangat.

Ini pula alatan yang kami gunakan. Yang botol kosong tu, adalah botol perfume yang kami gunakan untuk letakkan perfume kami. yang kecil tu 10ml, yang besar tu 30ml.


Sebelum event bermula, Myra ada main teka wangian dengan salah seorang staff disana. Dah cuba dua tiga kali pun still gagal teka. Hidung ni susah lah, tak pandai teka bau. Hahaha.

Oh ya, bukan itu sahaja tau. Demeter ini juga akan release 6 classic scents seperti White Musk, Icelandic Aurora, Baby Powder, dan beberapa wangian lain di cawangan Watsons terpilih. Bukan itu sahaja, Demeter juga akan memperkenalkan 4 jenis wangian limited edition yang dikenali sebagai The City Version dan diinspirasikan oleh nama nama tempat di Malaysia seperti Penang, Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur. 

Yang Kuala Lumpur tu bauannya seperti cocktail, a sensory sensation, an inviting and refreshing combination of Vodka, unsweetened Fruity Juice, subtle and make you feel young in awesome night.

Ipoh's scent like playing on it. Lying on it. Even mowing it. This greenery smells wonderful. We have captured the freshness and sweetness of a freshly mowed lawn. hmm, interesting!

Penang scent like a soft floral blended with warm, salty air. It reminds us like a day at the beach in the last vacation or the new one. 

Melaka is like a warm and sensual version of this classic note, if a fragrance purr, this would be it. We feel a real woody and incense scent so it make us peaceful.

Menarik kan? So korang jangan lupa dapatkan di Watsons tauu! 







Ini adalah goodies yang Myra dapat. Ada Happy Demeter Gift Set yang mana di dalam tu mereka sertakan 1 classic scent -Myra dapat Baby Powder, dan 1 lagi The City Version - Myra dapat Kuala Lumpur.



And I meet this pretty woman! Hello Bella. Follow her ig : @beautiventures

No comments:

Post a Comment