2019 APPRECIATION POST!

WELCOME ABOARD! Hello 2020, tahun yang ditunggu-tunggu dengan penuh segala keajaiban yang orang cakap ada kereta terbang, tapi hakikatnya, impian dan angan angan yang terbang. Takpe, fly high orang cakap. Dream BIG, its FREE! Okay mukadimah dah panjang so jom kita teruskan dengan isi penceritaan sebenar.

Bagi Myra, tahun 2019 bukanlah tahun yang best sangat seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin sebab semakin dewasa, kita semakin mula rasa realiti kehidupan yang sebenar. Tapi disebalik segala pancaroba kehidupan tu, Myra tetap rasa bersyukur dengan segala kejayaan yang Myra telah capai pada tahun 2019 ni. Saje nak tulis dekat blog supaya kita semakin bersyukur, walau dengan sekecil-kecil kejayaan yang kita dapat, kita tetap rasa bersyukur. Alhamdulillah. 

Tahun 2019 Myra dimulakan dengan menjadi contributing writer untuk Zalora. Perasaan tu seronok sangat, sebab dapat rasakan pengalaman yang baru. Pening kepala nak kejar dateline tapi syukur, sempat juga disiapkan. Fuhh... Beberapa article yang sempat dipublish, dan jangan lupa baca tau dekat thread.zalora.com.my 

    

Lepastu dapat campign dari Calaqisya, sebagai influencer dorang lah. Dorang nak launch campaign terbaru. Dalam 50 orang, Myra salah seorang daripadanya dan sangat bersyukur tau! Kita ni dah lah biasa biasa je, segan jugak. Tapi seronok!



Tak lama lepastu, Myra jadi ambassador untuk LOL Malaysia yang mana mereka ada beberapa cawangan di IOI City Mall Putrajaya, dan beberapa kawasan di Lembah Klang. Myra pun dah lupa, tapi Myra ingat ada dekat IOI Putrajaya sebab Myra dah pergi ke store tu. Tu aje yang paling dekat. Sempena Chinese New Year, kita boleh customize baju kita dengan sendiri. Boleh print, boleh tulis nama dan ianya sangat best!



Kemudian, Myra collaborate dengan brand Kitsui yang mana mereka mengeluarkan produk collagen. Korang mesti pernah dengar kan brand ni? Sebab brand ni dah meluas di semua Watsons dan Guardian tau. Kalau korang nak collagen, boleh check dekat blog ni. Myra pernah cerita tentang Kitsui! Memang best!


And then, Myra gain new experience dengan pergi ke beauty workshop! Rasanya ini bulan paling blessed, iaitu bulan February! Dapat menang banyak giveaways, dan dapat pergi beauty workshop lagi tau. Memang amazing gilaa! Suka sangat!



Sebagai rasa syukur, Myra sekali lagi, dapat menjadi influencer untuk Hiruscar Malaysia. Memang syok! Tahun 2018 pun dapat, tahun 2019 pun dapat! Alhamdulillah. Memang sukaa!




Kemudian Myra pergi ke launch of Signature Market, korang boleh tengok juga sedikit tulisan mengenai Signature Market di blog Myra. Search je, mesti jumpa! 



Myra pun dapat juga tajaan dari Rhymba Hills, yang mana mereka ini adalah brand teh yang sedap tau! Myra dah cuba, and going to share it on my blog! Sedap, dan sangat best! Im gonna spill the teaaaa.....


Tak lama selepas tu, Myra dapat collab dengan Kita Beauties. Salah satu minuman collagen berperisa orange yang sedap! Tak payau, tak tawar. Memang manis dan sedap!


Pada 11.11 pula, Myra join Watsons's campaign yang mana, kami dapat PR package yang menarik! Time ni memang seronok sangat shopping! Banyak sangat murah murah time nii! Dan paling best, PR package yang Myra dapat, adalah semua product feveret Myra!


Lepastu Myra dapat another lagi campaign dari, Jobbie Nut Butter yang mana Myra tak suka kacang, tapi Myra boleh telan peanut butter ni! Dia tak terlalu kacang sangat, tapi spread dia ada ketulan kacang asli yang sedap tau. Myra tak makan ketulan tu, Myra makan spread dia je sebab tak rasa kacang sangat. Tapi bagi pencinta kacang memang akan suka dan jatuhhh cintaaaa!


Dan the latest one, Myra dapat dari Jeanc Collagen pula yang mana ini adalah yang paling terbaru lah Myra baru siapkan. Explaination rasanya dah buat dah, korang boleh tengok sendiri tau. Jangan lupa search. kolagen yang ni sedap tauu sebab ada rasa anggur yang manissss! Dan tak muak! Korang jangan lupa dapatkan!


Collaboration untuk tahun 2019 tak sebanyak campaign pada tahun 2018, tapi alhamdulillah setakat ini, Myra dah cuba yang terbaik untuk bekerja dengan brands ni. InshaAllah, semoga dan berharap agar semakin banyak lagi collaboration with brand. Despite any obstacle dan segala kesedihan, syukur masih ada rezeki yang tersisa untuk diri ini. Jangan selalu pandang ke arah kesedihan dan negatif tau. Disebalik kesedihan kita tu, pasti akan terselit sedikit kegembiraan. So, korang dah check tahun 2019 korang ke belum? Dah bersyukur harini? 

Till my next posts gais!

p.s ; Taktau kenapa, tapi Myra tak boleh nak reply komen. Korang komen je tau, nanti Myra balas. But idk why tak boleh repl. I iz sad :(




4 comments:

  1. congrats myra! sya pun one of zalora contributing writer. hehe tapi ni lama dah tak publish any article. huhu

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah myra!!! proud of you since the beginning!

    ReplyDelete
  3. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete