APA AKTIVITI 7 HARI PERTAMA MYRAA SEPANJANG RMO #COVID19?


Soooooooo, haluuu gaissss! Amacam korang punya self-quarantine minggu ni? Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil Restriction Movement Order, 18 Mar lalu, kita semua kena duduk dekat rumah masing-masing dan jangan keluar. Walaupun ada jugak malaun yang keluar, tapi takpe lah. Sis dah biasa duduk rumah. So sis tolong gelak jela untuk dorang yang bagai cacing kepanasan tak boleh duduk dekat rumah. *gelak jahat*

Memandangkan kita perlu melakukan perkara yang positive walaupun kita berada di rumah, dan kadang terfikir apa nak buat dekat rumah masa bosan? Kadang gigih jugak google cari aktiviti apa nak dibuat. Last-last, tidur je. Tapi, kalini Myra nak share sikit apa aktiviti Myra sepanjang 7 hari pertama ni.


1. GROCERIES SHOPPING


Di saat semua orang panic buy tu, Myra taknak keluar untuk beli barang. Memang confirm bersesak. Kebetulan barangan rumah pun semua dah habis, so Myra pilih untuk beli pada 18hb tu lah. Sebab dah sewa kereta time tu, nak refund pun tak boleh. So Myra pergi groceries shopping. Anyway, ini bukan panic buy tau. Memang tiap bulan akan beli barang macamni. Kadang dua tiga bulan sekali, tengok kerajinan hehehehehe. Dan ini tak sampai RM400 pun, dan barang pun tak banyak ada. So capai apa yang ada jelah.

2. LAYAN NETFLIX

Well macam biasa, mengisi masa lapang dengan layan Netflix. Boleh dikatakan setiap masa layan Netflix lah. Nasib baik Netflix ada, kalau tak adamemang mati kutu rasanya nihhhhh. Nanti next post Myra share pula, senarai movie best yang ada dekat Netflix untuk korang tengok. Myra rasa macam dah habis pusing Netflix tu sepanjang cuti ni.

3. MEMASAK

Macam semua orang belajar memasak, tapi tahu tak sebenarnya Myra memang suka memasak dekat rumah. Sebelum ni duduk sorang je, adik adik kerja dan sekolah. Jadi dorang banyak makan dekat luar lah. Kalini, sebab semua 24jam duduk dekat rumah so kita masak hari-hari lah ziz!

Gulai Ayam (Masakan Padang macam di Restoren Padang)
Ayam Panggang ala Nandos

Beef Wrap Sandwich
Cawanmushi (ala ala Sushi King punya, kempunan nak makan. Akhirnya buat sendiri)

4. MAIN GAME IG STORY
Well, ini salah satu content jugak. Tapi Myra banyak sangat main game dekat IG Story, yang dah kena lukis lah. Post gambar lah. 24 hours challenge lah, buat poll lah, main truth or dare. APOOOOO NAK JADIIIII.... Nampak sangat memang tengah bosan melampau. Hahaha.



5. HOME KARAOKE

Uish, feeling sangat tu ziz!
Ini sonang! Korang ada internet? Korang ada phone? Korang ada microphone? Setttle! Buka Youtube sekarang dan terus karaoke. Takpayah bazir duit RM10 dah untuk karaoke. Duduk rumah je dah boleh karaoke. HAHAHAHA. Tapi muka feeling terox ah. Tak boleh bla betul.

6. MAIN PIANO

Nasib baik ada alat muzik dekat rumah, so dapat jugaklah belajar main. Sebenarnya Myra tak pandai sangat main sebab selalu Mama je yang main. Myra boleh je main, tapi tak power lah. Asal sedap bunyi, kira jadi. Hahahaha. Tapi dengan RMO ni, boleh belajar sikit, dapatlah asah skill sikit, mana tau boleh jadi pelapis Beethoven lepas ni. Kehh kehh *mimpi je nyah*

Well, setakat ni, ini je yang Myra selalu buat. Rasa macam hari-hari buat perkara yang sama. Put aside tidur, makan, solat semua tu ye. Tapi, ini hanya beberapa aktiviti Myra sepanjang RMO, belum full details lagi. Nanti Myra cerita. So, setakat ni, macam mana RMO korang?

No comments:

Post a Comment