CARA BUAT PENGURANGAN MARA SECARA ONLINE 2020 | MUDAH, CEPAT, SENANG!

 


Assalamualaikum and Hi,

Rasanya entry kali ni lebih spesifik kepada korang yang sedang buntu atau pun perlu kepastian macam mana cara untuk membuat pengurangan bayaran pinjaman pendidikan MARA lebih-lebih lagi pada era pendemik covid-19 ni. 

Pening kepala juga kalau ada yang tanya, "macam mana nak buat pengurangan bayaran MARA macam kau buat tu?" So far dah ramai yang tanya, tapi tulah, suruh pm tepi tak nak. Bukan tak nak share tapi explaination memang panjang. 

Untuk makluman korang, sekarang MARA dah tak guna sistem hantar surat tau. Mereka terus hantar ke email je. So korang kena sentiasa alert dengan email. Kalau korang punya tunggakan dah melebihi 12 bulan, pastikan terus follow-up untuk tahu akaun semasa kita masih aktif atau dah disenaraihitam a.k.a blacklist! 

Ni nak bagitau sikit ni, semua sistem untuk buat pengurangan MARA perlu dijalankan secara ONLINE, jadi pastikan buka laptop dan internet mesti laju. Supaya takde la stress kalau tersangkut setengah jalan. Ohh kalau korang baca entry ni, selepas convo, congratulations tauuuu! Dan tahniah juga sebab ada kesedaran awal. ihiks. Anda memang bertanggungjawab! Kih! 

Myra lepas convo takde terus settelkan, ambil masa juga nak settlekan. Berbulan-bulan juga tunggakan tu sangkut. SO kalini Myra ajar sekali juga acano nak settlekan pengurangan bayaran bagi yang tertunggak. 

#1 CHECK E-BAKI TERLEBIH DAHULU

Pertama sekali yang Myraa buat adalah, check E-Baki dahulu untuk tengok berapa jumlah tertunggak bayaran. Seperti biasa kita login menggunakan nombor kad pengenalan dan katalaluan yang kita pernah daftarkan masa mula-mula daftar dahulu.


#2 SELESAIKAN TUNGGAKAN JIKA ADA

Kalau korang ada tunggakan, korang kena selesaikan dahulu baru boleh buat pengurangan. Contoh, ada tunggakan 10 bulan (sebulan RM100 = RM 1,000) so korang kena selesaikan RM1000 dahulu baru boleh buat pengurangan. Nanti penat isi borang, last-last tak layak sebab ada tunggakan. Baki tunggakan boleh tengok pada E-Baki. Pembayaran tunggakan boleh dibuat melalui apps MARAEps. Lagi senang. Database dah ada dalam tu. Bayar je melalui Apps tu, lagi cepat berbanding bayar melalui kaunter (macam dulu-dulu)






#3 BUAT BAYARAN KOMITMEN CONVERSION

Selepas dah settlekan tunggakan, korang kena buat bayaran komitmen conversion sebanyak RM300. Boleh bayar guna apps MARAeps juga. Lepastu screenshot jumlah RM300. Pastikan nampak dekat resit tu RM300 tau. Memudahkan kerja nanti.



#4 SAHKAN SKROL & TRANSKRIP

Jangan lupa buat pengesahan untuk skrol & transkrip. Korang kena scan dulu, lepastu pergi ke sekolah / pejabat guaman untuk buat pengesahan. Myra buat dekat sekolah je sebab Pengetua boleh sign juga. Ketua Kampung ke, JKKK ke, pun boleh. So bergantung kepada mana-mana yang memudahkan korang lah. Kenapa? Sebab lepasni korang kena scan semula dan submit di website E-Conversion.

#5 LOGIN E-CONVERSION



Data kita dah sedia ada pada econversion, so korang just masuk ikut data pada E-Baki je. Senang betul. Korang boleh juga rujuk panduan sedia ada, kalau rasa macam Myra explain ni serabut. Ikut langkah-langkah satu per satu.

#6 DAFTAR E-CONVERSION

Kemudian submit semua dokumen pada ruang yang disediakan. Lepas dah siap semua, korang akan dapat layout macam ni. Isi je semua ikut urutan dia okay?



#7 RESULT

Myra daftar dalam bulan 6 tak silap, kemudian agak ambil masa juga untuk dapat respond daripada pihak MARA. Keputusan akan diberitahu melalui E-Baki. Lepas je buat econversion kena rajin-rajin check E-Baki.


Bila dah diluluskan, korang boleh print surat kelulusan dan ketahui berapa jumlah sebenar korang perlu bayar. Lepas tu, setiap bulan korang boleh bayar seperti biasa dah. Senang kan?

So, kepada yang dah tamat belajar tu, tahniaaaahh diucapkan! Dan good luck bayar hutang! 
Till my next post gais! 

43 comments:

  1. Berapa bulan ya untuk keluar result permohonan? Jadual bayaran balik saya mula pada 2/2021. dan perlu buat bayaran balik jugak ke walaupun permohonan e-conversion masih dalam proses selepas pada tarikh tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dalam tempoh 3 bulan atau lebih bergantung pada sistem MARA. Macam kes saya, 3 bulan je dah dapat keputusan permohonan. Kalau jadual bayaran balik bermula 2/2021, better buat pengurangan terus. Bayar je RM300. Nanti dia akan potong dari jumlah juga.

      Asalkan jangan sampai ada tunggakan ye (atau tertunggak lebih 12 bulan= blacklist) kalau tak kena settle tunggakan dulu, baru boleh bayar rm300 untuk buat pengurangan.

      Delete
  2. Nak tanya buat pengurangan ada expired ke sbb Saya konvo 2018 tapi baru nak buat pengurangan boleh lagibtak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Anyway kita sama batch convo tahun 2018. Seingat saya, dekat website MARA ada dorang tulis 2 tahun selepas convo. Tapi baru-baru ni (masa pkp) kawan saya ada contact pej MARA, katanya bila bila pun boleh. Tapi sebaiknya cepat settlekan pengurangan lah. sbb nak tunggu keputusan tu, ambil masa lagi. Heheh, harap membantu!

      Delete
  3. nak minta cop sign untk transkrip n skroll tu bole x minta pngesahan dari jpn or jabatan pendidikan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Nak minta cop tu boleh je dari JKKK / Ketua Kampung / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar sekolah kawasan awak :) Saya buat cop transkrip daripada Pengerusi Penduduk Taman jee.

      Delete
  4. macam mana nak buat bayaran guna mara eps tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii awak, boleh tengok saya punya next post disini ya -> https://myraaaaawr.blogspot.com/2021/03/pengenalan-kepada-maraeps-untuk-bayaran.html

      Delete
  5. Nak tanya. Bayaran untuk rm300 tu untuk semua ke atau yg tertunggak sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Bayaran RM300 adalah bayaran komitmen awak untuk melakukan E Conversion. E Conversion tidak dapat dilakukan jika ada amaun yang tertunggak. Jadi, kalau ada tunggakan kena settlekan tunggakan dulu, baru boleh buat bayaran RM300 untuk tujuan econversion. Walaubagaimana pun amaun RM300 econversion tu, akan ditolak daripada jumlah yang kita perlu bayar tau. Bukan bayaran tambahan.

      Delete
    2. Bayaran RM300 bayar secara biasa je ke seperti mana kita bayar tunggakan?

      Delete
  6. Hi! Nak tanya. Saya baru habis belajar and convo dlm hujung tahun ni insyaAllah. Jadual byran balik mara dah start bulan 4 and dia tulis ada tungakkan rm100. So, saya boleh buat pengurangan jugak ke even belum convo? Ke byr je dulu tiap2 bulan sampai and after convo nanti baru mintak pengurangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Agak cepat ya proses bayaran balik mara sekarang. Macam masa saya dulu, selepas convo ambil masa 3 bulan baru boleh buat bayaran. Sebaiknya, tunggu selepas terima transkrip. Kalau dah terima transkrip, boleh terus buat pengurangan lah. Tapi pastikan settle tunggakan dulu ya.

      Delete
  7. Hi! Nak tanya. Saya baru habis belajar and convo dlm hujung tahun ni insyaAllah. Jadual byran balik mara dah start bulan 4 and dia tulis ada tungakkan rm100. So, saya boleh buat pengurangan jugak ke even belum convo? Ke byr je dulu tiap2 bulan sampai and after convo nanti baru mintak pengurangan?

    ReplyDelete
  8. Hi! Nak tanya. Saya baru habis belajar and convo dlm hujung tahun ni insyaAllah. Jadual byran balik mara dah start bulan 4 and dia tulis ada tungakkan rm100. So, saya boleh buat pengurangan jugak ke even belum convo? Ke byr je dulu tiap2 bulan sampai and after convo nanti baru mintak pengurangan?

    ReplyDelete
  9. hi, banyak tak pengurangan yang diberikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak, pengurangan pembayaran pinjaman adalah bergantung kepada GPA kita. Tak silap ada beberapa percentage yang dikenakan. Macam kes saya, disebabkan GCPA di atas 3.75 kena bayar 15% shj.

      Delete
    2. ADA JADUAL PEMBAYARAN TAK ? MAKSUDNYA CGPA BERAPA...KENA BAYAR BERAPA ......

      Delete
    3. Saya cuba cari tapi tak dapat send dekat sini. Mungkin boleh tengok sebagai rujukan tapi ini adalah tahun 2018 punya. Mungkin ada perubahan, awak kena update smeula dengan MARA tau. Jangan follow sgt jadual ni, takut ada yang latest version hehehe.

      KADAR BAYARAN BALIK DIPLOMA dan HND
      CGPA 3.50 - CGPA 4.0 = 15 %
      CGPA 3.00 - CGPA 3.49 = 20%
      < CGPA 3.00 = 25%
      Tambahan Masa = 50%
      Gagal Akademik = 100%

      Delete
  10. Hai,sy nak tanya, klu extend satu sem layak dapat pengurangan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anis,

      kalau extend tak silap cara penjadualan dah berbeza. Boleh cuba hubungi pihak MARA untuk kes tersebut ya. Saya tak berapa pasti. Hehehe.

      Delete
  11. Satu lagi,😬.. Mcm saya ni dah habis belajar bulan 11 tahun lepas and still tak convo lg. So takde skrol, mcm mane eh? Sy ada call kolej, and diorg cuma email dkt sy academic transcript tu dgn surat pengesahan tamat pengajian. Boleh ke eh guna surat tamat pengajian tu utk ganti skrol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anis,

      Rasanya tak dapat dear. Tapi tak salah nak mencuba. Selepas kita ada dokumen, kita akan submit dekat website econversion. Perlu tunggu beberapa hari untuk mereka check dokumen kta lengkap atau tidak. Kalau tak lengkap, mereka takkan proceed pengurangan lah. So boleh je nak try, tapi my advice better tunggu scroll dan transkrip dulu. Cuba hubungi pihak kolej supaya mereka percepatkan proses ke...

      Delete
  12. hi..nk tnye kalo macam saya baru habis belajar macam mana ye? kena tunggu transit dulu ke untuk membuat permohonan pengurangan atau bayar rm300 dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, syarat untuk buat econversion kena ada transkrip dan scroll dulu macam saya mention dekat post ni. RM 300 tu boleh di bayar setelah semua dokumen lengkap, kalau tak nanti akan dikira sebagai pembayaran tunggakan shj.

      Delete
  13. bayaran tunggakan tu tunggakan apa ye? sorry tak fahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak,

      Tunggakan tu adalah tunggakan selepas tempoh bernafas awak. Katakan macam kes saya, convo bulan 10, tempoh bernafas sehingga bulan 1 (means dari oktober sampai january, pembayaran balik hutang belum dikira)

      Selepas bulan 1 tu, awak kena start bayar ikut jadual yang telah ditetapkan. Kalau tak bayar satu bulan, kiranya satu bulan tunggakan lah. haa macamtu.

      Delete
  14. Salam. Memang skrol and transkrip tu kena ada pengesahan ke ye? Kat mana ye dia cakap kena disahkan? tak jumpa lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Awak pergi dkt website econversion tu, tak silap dia ada tulis kena sahkan. Time tu saya call dgn pihak MARA pun, diminta untuk ada pengesahan.

      Delete
  15. Hai Myra. Saya nak tanya..tapi dah ada orang tanya soalan tu..terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  16. Kalau dah bayar tunggakkan rm200 kan. So bila dh buat pengurangan, adakah rm200 tu dh tolak amaun hutang or rm200 tu kira burn mcm tu je hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Yep RM200 tu akan ditolak amaun hutang

      Delete
  17. Hai myra, yang scan document tu kan, kita kena scan and print yang berwarna atau black and white? dan pegi ke pejabat sekolah untuk minta pengesahan yang kita print tulah kan? kemudian scan semula kan? faham tak apa yang saya cakapkan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah berwarna atau black and white awak. Saya buat b&2 jee. Ye betul. Lepas dpt pengesahan, scan semula.

      Delete
  18. Hi myra.. Nk tanya, tau tak kalau kita apply pengurangan lambat and let say kena bayar rm10k, so bayaran yg dh lepas akn tolak from rm10k tu ke atau lepas dh confirm dapat pengurangan kira from 0 balik.. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengiraan pengurangan akan dikira dari Rm10K tu. dia tak kira dari 0 tu, dia kira dari RM10K tu sampailah RM0 nanti hehe

      Delete
  19. Hai awak nak tanya harap respon :) cara bayar bayaran komitmen rm300 tu sama ke dengan cara kita bayar jumlah tunggakan kita dekat MaraApps?

    ReplyDelete
  20. hai maaf boleh saya tanya, kalau saya scan skrol dan transkrip yang asal boleh ke?

    ReplyDelete
  21. Hi nak tanya. Kalau sebelum ni kita dah bayar tiap bulan lepas tu baru dapat pengurangan bayaran yang sebelum tu dia tolak terus tak?

    ReplyDelete
  22. hi nak tnya macam mana nak tau cgpa kita ya sye agak confused sbb sye belum habis belajar lgi tgh intern. die ambik marks cgpa after habis intern keseluruhan ata u macam mana ya ? dan permohonan discount tu kene buat b4 tamat beljar atau selpas tamat ya ? maaf banyak tnya harap dapat bantu jawab tq

    ReplyDelete
  23. hi, kalau dekat MARAeps kat mana nak tekan ya utk bayaran tunggakan?

    ReplyDelete