SKINVIGORATE SONIC MARY KAY HONEST REVIEW!
Biasanya Myraa akan ambil masa lama untuk review sesuatu produk hanya untuk tengok keberkesanan produk. Lebih lebih lagi kalau ianya skincare. Tak berapa berani sangat nak tukar tukar, nak try and error barang skincare ni. Tapi, bukan Myraa tak nak pakai Mary Kay. Just tak berani nak try sebab kulit super super sensitif. Eittss, but i have nothing against Mary Kay eventho sometimes independent beauty consultant agak hard-sell tapi tu kerja dorang kan, so biarkan mereka buat kerja mereka.
Kali ni, disebabkan selalu nampak my friend, yang merupakan salah seorang Independent Beauty Consultant promote Skinvigorate Sonic daripada Mary Kay ni setiap hari, so Myraa pun buat keputusan untuk beli Skinvi ni daripada dia. Myraa beli masa harga promo tau. Kalau dibandingkan brand lain, Skinvi ni agak murah juga. Dari segi harga dan hasilnya memang worth the price!
Meh kita bahas daripada brush dia. Brush dia sumpahhhh lembuuut! Memang best pakai. Tak macam brush biasa yang kasar tu. Dah lah kasar, keras, rasa sangat pedih bila letak dekat kulit kita. Tapi brush Skinvi ni tak macam tu geng. Sangat lembut, sangat selesa, rasa macam nak letak lama lama dekat muka pun tak kisah. Recommended!
Bila kita cuci muka, kadang kita sering tertenyeh lama lama, atau kita semangat sangat nak gosok muka tu konon boleh hilangkan kotoran lebih bersih daripada biasa lah. Choii, tak ada semua tu ya. Bila korang makin semangat cuci muka, cukup 1 minit je jangan lebih lebih. Kulit korang akan jadi semakin teruk dan kemungkinan akan ada komplikasi lain. So korang better pakai skinvi ni sebab sekali turn on, hanya berfungsi selama 1 minit. Lepas tu, dia akan auto off sendiri. So korang takkan cuci muka melebihi limit. Soooo eassyy!
Brush tu pun boleh dicuci tau, korang hanya perlu cabut dan simpan atau cuci. Sumpah senang lah. Sebagai pengguna yang beli sendiri (not sponsored) memang recommended Skinvi ni untuk korang. Tapi jangan pakai time korang tengah berjerawat sebab mesin macam ni biasa akan triggered jerawat untuk membiak lebih banyak. Makin cepat jerawat tu keluar dari pori-pori.
Jerawat tidak terbentuk dalam satu malam ya, biasanya jerawat dah berhari-hari menternak baru dia keluar. So kalau korang triggered jerawat tu, so makin cepat lah dia keluar. Haa macam tu. Okay, done bebel. Kih kih.
So bagi korang yang nak pakai tapi takut-takut, korang boleh cuba dahulu dan rasakan sendiri. So far, kulit jadi lebih sihat dan lebih gebu daripada biasa. Kulit yang gebu, pipi gebu tu dah memang sejak azali. Agitchew!
Okay lah, kalau ada soalan kome je dekat bawah kayss.
Till my next post gais.
Pernah try dulu masa 2018. tapi stop sebab masa tu terguna masa kulit tengah banyak jerawat due to palatao diri sendiri. silly me. Habis luka muka. Hahahaha
ReplyDeleteKalau muka yang licin sikit tu boleh guna. Siapa muka still ada jerawat aktif disarankan jangan guna.
Hahaha, Myraa pun masa first time pakai muka tgh breakout teruk jugak. Main pakai je, sekali habis makin banyak bertenggek. Skrg dah boleh guna dah. Harapnya makin flawless lah ihiks
Delete