Showing posts with label MPP. Show all posts
Showing posts with label MPP. Show all posts

Bila cerita pasal jadi MPP, people expect like this.



But the reality...


Macam nak bersilat je tu. 

So macam yang sebelum ni Myra cerita, Myra punya manifesto terbahagi kepada 3. Kot kot ada yang dah lupa, Myra tunjuk semula banner Myra.


Myra macam dah hilangkan manifesto Myra sebab dah dua tahun berlalu (cause now 2019 oredi) Tapi some yang Myra ingat ialah:-


  • Akademik
  • Usahawan
  • Leadership
Myra specific kan akademik kepada exco akademik. SO kalau berkaitan akademik, Myra just fokus dengan dia. Contoh, tarikh daftar exam ke, daftar subjek ke, exam muet ke, cuti ke, semua Myra refer kepada dia. Memang Myra akan gerakkan setiap masa, sebab setiap pelajar kan dah ada takwim kolej. Myra just double checking je, kadang kadang ada perubahan tarikh kan. 

Second, usahawan. Myra memang minat bidang keusahawanan. Rasanya dekat kampus tu terkenal kot Myra ni memang minat bidang ni. So Myra buat setiap evetn, Exco Keusahawanan mesti bergerak. Setiap event mesti libatkan keusahawanan. Orang cakap je, "mesti lah. Semua event kena libatkan keusahawanan." SALAH. Myra tak fikir macam tu, Myra fikir macam ni. Kalau ada event, nak orang berniaga di tempat kita, kita mesti pastikan pengunjung yang hadir tu melebihi expectation penjual. Kalau penjual ada 10 gerai, takkan lah 10 customer je 1 kedai kan? Apa korang ingat usahawan tu berniaga dekat tempat korang takde guna modal ke? Tenaga angkat barang barang tu pun modal tau. So, jangan bazirkan modal diorang. Buat event, pastikan marketing kaw-kaw. Makin ramai datang, ramai yang beli, next event dorang akan support lagi! Sebenarnya ada cerita kenapa Myra berfikir macam ni. Hahaha. Nak story ke? Nantilah...

Third, leadership. Ini part paling Myra suka. Selain memang dilahirkan sejak azali suka mengarah. Akibat anak sulung lah ni. Hahaha. Leadership ni Myra tak ambil percentage banyak. Kalau dalam 1000 pelajar, pastikan 100 orang dah pernah jadi leader. Sama ada ketua section, presiden kelab, AJK kelab, MPP, macam tu lah. Impaknya, senang nak berkomunikasi dengan dorang. Dan mereka akan jadi sukarela untuk bekerjasama dengan program seterusnya. Setakat ni, Myra pernah handle 40 orang AJK. Yang mana mereka ni adalah ketua masing2 untuk kawasan masing2. Alah susah nak explain, kalau korang minta explain baru Myra explain.

Macam tu lah, sebenarnya jadi ketua ni senang kalau kita faham susun atur organisasi. Ada orang dia suka jadi presiden sebab boleh famous. Tapi kalau Myra, famous tu belakang cerita lah. Yang penting, laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Best tau, boleh share pengalaman dengan kawan kawan yang nak jadi pemimpin lagi. Okay rasanya itu sahaja sharing kali ni, kalau nak lagi boleh komen dekat bawah tau!

Oh ya, lupa nak bagitau, kampus Myra bukan di area bandar ya. Area pedalaman. Okay bye.

Assalamualaikum dan Hi

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah 2016 / 2017
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah 2017/2018

Nak dijadikan cerita, ramai rupanya yang baca tentang Majlis Perwakilan Pelajar di entri Myra yang lepas. Myra ingatkan tak ada sambutan, rupanya ada juga. Di saat ramai ramai yang baca tu, ada juga yang bertanyakan soalan. Mungkin ada juga orang diluar sana yang nak tanya tapi segan dan malu. Mana boleh malu, nak jadi MPP kena berani. Betul tak? Tapi kalau masih ada yang segan, korang boleh leave komen dekat entri ni atau korang email je soalan korang kepada Myra di putriamira1911@gmail.com. Insha Allah, Myra akan jawap dengan penuh berhemah dan secepat mungkin.
So kita kembali kepada soalan yang diberikan, 

1) Apakah pengalaman Myra menjadi seorang Majlis Perwakilan Pelajar? 
Nampakya masih ada yang meragui tentang status Myra menjadi Majlis Perwakilan Pelajar ni. Tak apa, jangan gusar. Myra akan jawab. Myra menjadi ahlis Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna semasa semester 2 sebagai Exco Penerangan dan Penerbitan. Myra galas tugas tu selama 1 tahun iaitu sehingga semester 3. Pada semester 4, Myra menjadi Presiden. Juga selama 1 tahun sehingga semester 5. 



2) Bagaimana Myra mengurus kelas dan juga tugas?
Okay, let me tell you guys. ITS NOT EASY! Tipu lah kalau Myra langsung tak turun kelas, dan tipu juga kalau Myra kata Myra langsung tak turun meeting. Apa yang Myra tahu, Myra tak tertinggal apa pun info di kelas dan apa pun info semasa meeting. Tapi Myra akui, fokus Myra agak terganggu sedikit semasa Myra menjadi Presiden. Bukan untuk takutkan orang, subject yang Myra bawa agak sedikit susah dan Myra gagal untuk seimbangkan disebabkan badan terlalu penat dan minda terlalu sempit. Tapi, alhamdulillah Myra berjaya menghabiskan pengajian Myra walaupun hanya mendapat pointer 3.77 sahaja. Agak kecewa tapi tak apa, bersyukur dengan apa yang ada. Semoga menjadi pengajaran untuk diri ini menjadi lebih baik. Kalau nak baca details perjalanan Myra sepanjang menjadi MPP, tunggu next update tau. Myra nak cerita semua dekat blog supaya Myra boleh baca semula nanti dan menjadi pembakar semangat juga untuk korang.

3) Apakah tugas paling berat sepanjang Myra menjadi Presiden?
Myra bagitau korang eh, I love challenges. Myra tak pernah rasa ada tugas yang berat sepanjang menjadi Presiden sebab well, I am also kakak sulung. So kerja mengarah tu dah biasa hahaha. Kebetulan dalam kelas pun, memang Myra always yang paling bising dalam lontarkan idea dan membuat kebisingan. Tapi, kejap bagi Myra fikir.... rasanya semasa ahli majlis tidak boleh bekerjasama dengan kita. Itulah tugas paling berat. Kita berharap bila kita menjadi satu team, kita mampu untuk mengajar dan membimbing rakan rakan seperjuangan kita tetapi ianya tak semudah yang disangka. Disaat kita sedang mengemudi kapal kita, akan ada nakhoda yang berpaling dengan menikam dari belakang, dengan berpindah kapal dan berlayar dengan orang lain. Semua tu normal. Walaupun kadang kecewa sebab apa yang kita ajar mereka adalah untuk kebaikan mereka dan kebaikan pelajar. Myra sepanjang jadi Presiden tidak pernah fikir "aku kena buat macamni kalau tak nanti MPP tanggung malu." TAK. Myra selalu fikir, "kalau benda ni tak jadi, atau tak berjaya, kesian kepada pelajar dan akan memalukan nama kolej." Dan sebenarnya Myra sukaaaaa jadi MPP. Terlalu banyak pengalaman yang Myra dapat!

4) Apakah halangan yang paling mencabar menjadi MPP?
WOW. Soalan cepumas. Kejap, Myra jawab eh. Halangan apabila ada sekumpulan pelajar yang membantah segala usaha kita untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Namun kadang kala, mereka menjadi team kita. Tapi Myra tak boleh tolak mereka menjadi team, akhirnya Myra turut ajarkan mereka, Myra turut mengetuai mereka walaupun sebenarnya di belakang Myra, mereka mengkhianati Myra. But im okay with it. Its politik guys, tidak ada sahabat sejati dan tidak ada musuh abadi.

So nampaknya itu sahaja sharing Myra. Kalau nak Myra sharing lagi, korang boleh komen dekat bawah atau kalau korang ada soalan dan nak korek korek cerita Myra, korang boleh komen jugak atau email Myra. See you guys soon! Byeeeee!





Yayyy alhamdulillah, dah convo! sila KLIK SINI untuk tengok kesinambungan cerita ni... Selepas 3 tahun mengharungi segala lautan assignment, pasang surut kehidupan, tidur tak tidur, belum lagi dengan aktiviti kampus, naik turun meeting, berlari kejar lecturer i think everyone does belum lagi dengan kena pakai heels supaya boleh nampak integriti ececececeee...

I dont know lah, life at campus ni satu level yang berbeza dari sekolah menengah. Well, sekolah mnengah for me is fun. Mia dulu Ketua Editor sekolah, kerja memang dengan kamera. Takde siapa cikgu nak rampas, nak tegur pun takde sebab nanti kita akan publish gambar tu ke dalam facebook dan tag diorang. Boleh tukar DP facebook, kan cikgu? Hehehe. Tapi di kampus lain ceritanya. Kalau dulu kita dekat sekolah pergi pagi, balik petang. Ikut je apa cakap cikgu. Mia mungkin lain kot sebab Mia balik kadang sampai hampir malam sebab stay sekolah buat content majalah. I think my life memag ditakdirkan untuk buat content forever lah hahaha.

Di kampus pun, lebih kurang sama jugak. Mia buat content untuk instagram MPP, kemudian bertanding presiden buat content untuk aktiviti tahunan, termasuk dengan leadership programme among MPP sendiri. Sebelum publish mana mana media, nak kena approve dulu, meeting dengan pihak pengurusan, belum lagi kena hentam dengan students konon perempuan tak reti buat kerja. 

Biasalah, dorang campus-etizen. 

Setiap bulan meeting dua kali, sebelum program ada meeting, sebelum start program ada meeting, after program ada post mortem meeting, yang semua meeting tu merangkumi gerak kerja, susun atur organisasi, dokumentasi, persijilan, dan segala yang menyakitkan kepala. 

Kelas pulak dengan kelas cancel (yay), kejar lecturer sebab nak submit assignment, selit bawah pintu sebab lecturer cakap kalau saya dah kunci pintu saya tak terima dah. Guess what, we are more genius sir! Apa lagi yang best dalam kelas... Oh! Besok submit assignment, malam ni tak tidur. Besok exam, malam ni baru study sambil tengok Manchester United main. Believe me, I lebih fokus study kalau ada bola. Mata tengok bola tapi tangan jalan. Last last tangan berhenti menaip, terus pegang teh ice. Hihihi.

See, betapa productive nya kehidupan sebagai seorang student. Rindu masa masa tu. Tapi yang lebih best lagi adalah bila kita satu kelas sekepala. Mungkin ada orang cakap, kami pun sekepala. But I dont really think sekepala korang sampai tahap satu kelas tu jadi bestfriend korang. Kelas Mia ada 27 orang. Yang selalu rajin involve dalam semua perkara antara satu sama lain dalam 25 atau 24 orang kot. Sebab yang selebihnya memang suka buat kerja sendiri. Kadang sampai rahsia Mia couple dengan Lingard pun dorang tau beb! Bukan sebab Mia jenis suka update tau, tapi memang sebab kami semua rapat. Kebetulan satu kelas rumah dekat-dekat dan dulu dekat Semporna memang tempat lepak tak banyak. So kalau satu geng lepak, geng yang lain akan join sekali. Last-last, gosip yang tadi share berlima je (satu geng) bila geng lain datang 

"Korang borak apa tadi"

Haa... Disitu lah semuanya start...

Sebenarnya Mia agak susah nak lupakan kawan-kawan Semporna ni. For me, they are everything. They know me in my ups and downs, diorang faham my life. Paling tak boleh tahan kan, korang kalau tanya dengan member sekelas ada ke sampai tahap

"How's your mum? I dengar dia dekat Jakarta sekarang."
"Eh, adik you dah besar kan?"
"So bisnes you macam mana?"
"Mia, I've read your blog!"

Guys, theres two types of person kalau dia tanya you soalan macamni. First, sebab dia stalker. Second, they really cares about you. But I believe these TESALIEN are care too much about me and that's make me loves them even more! Bayangkan masa jumpa time konvo haritu memang terus cari, terus duduk dan menjerit siap berpeluk macam teletubbies tau. Habis huru hara dewan konvo tu dengan suara bising kitaorang. #MoodMakJemahONz

Personally, KPTM Semporna leaves a very remarkable memories for me. Tapi, kata orang lebih seronok tinggal di negeri sendiri. And for sure, Mia takkan mudah lupakan Semporna. Mungkin di Semenanjung ialah tempat Mia cari kerja, but Sabah is actually my real life. Yela sebab dah pernah stay sana kan. Macam orang yang setiap bulan ke overseas, mesti boleh bandingkan antara tempat mana yang mereka selesa. Kalau korang macam mana? 

But syukur Alhamdulillah, Mia dah convo. Lepas ni dah boleh dah urus pasal pinjaman MARA. Oh ya, nanti Mia share macam mana nak buat eConversion ya. PInjaman korang boleh berkurang kalau korang kekal jaga pointer! Bestnya.... Sekarang Mia terpaksa jadi macam graduan lain... nak kerja apa eh....

Till my next post guys!
bub-byeeee

YAYYY DAH CONVO !

by on November 08, 2018
Yayyy alhamdulillah, dah convo! sila KLIK SINI untuk tengok kesinambungan cerita ni... Selepas 3 tahun mengharungi segala lautan assig...


Assalamualaikum and Hi


SIAPA SINI PEMINAT HAEL ? Jujur lah, dulu I tak minat dengan Hael ni. Most students di kampus memang tergila-gilakan Hael. Dulu first kenal Hael sebab memang layan Akademi Fantasia. Gila tak layan, its akademi fantasia kot! Menuju puncak, gemilang cahaya sambil nyanyi sambil menari. Memang superb wa cakap lu. Tapi serius, tak pernah pun undi Azhael or even knowing them. Sorry abang Hael, this is actually an appreciation post for you. I swear.

Kata orang kalau dah jodoh tak kemana kan, so I came up with this idea of having a colourful run but only for Sabah region which this is the first ever colourful running in Semporna. And guess what --- HAEL WAS THERE! So... so... sebelum masuk cerita tentang Hael, nak cerita dulu tentang the whole running thingy because if I did not stop it now, this post will be the APPRECIATION-FANGIRL-ING post, and I shouldnt let it happen. 

Proses untuk pelaksanaan program ini dalam 4-5 bulan. At first, memang rasa program macam ni macam tak dapat sambutan je and would be banyak penghalang but Alhamdulillah, everything went went. Tula orang cakap, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, kan? Masa program ni berjalan, tentatif bermula pada jam 6.30 pagi di Stadium Pekan Semporna. Di Semporna ni matahari cepat naik tau, pukul 5.30-6.00pagi dah sun rise dah. Jadi jangan pulak korang terbayang yang penganjur ni kejam. Kita kena fit into situation. Masa pendaftaran dan semua process pendaftaran, pengagihan termasuk pengiklanan adalah selama dua minggu sahaja. Kalau korang nak kata gila, memang this is beyond our imagination of course. Tapi kita orang ada support team yang memang daebak! 

Hats off people! Tapi tak semua AJK bergambar dalam ni. Even korang takde dalam gambar pun, korang the best! Spot me!


Seramai 60 AJK telahpun bertungkus-lumus untuk menyiapkan semua hiasan, persembahan, kawalan, hadiah, makanan, pendaftaran, pengagihan dan sebagainya. Penat nak menulis satu-per-satu tapi inilah kenyatannya. Dua minggu berturut-turut, memang gila kerja sampai tak tidur tak makan. Well, we heard some sacrifices here.

Hari kedua pendaftaran adalah hari ke 9 before program. Gosh, everything will be ruined.

Then pergi tengok balik segala benda yang di dalam checklist.

"Banner, tak siap lagi."
"Bunting, tak siap lagi."
"Baju, tak siap lagi."
"Colour powder, tak siap lagi."
"Persembahan artis jemputan, tak siap lagi."
"Surat jemputan, tak siap lagi."

LIKE ALMOST EVERYTHING HAVENT BEING DONE YET. 

I was thinking, 

"lets jump off the building instead."

Korang boleh bayangkan tak, program lagi 9 hari, but still masih banyak yang belum done. So, after segala kuasa veto digunakan. Alhamdulillah, kami menerima penyertaan seramai 400 Peserta which mencapai target. 

Dan paling best, lebih dari 400 penyertaan tau. Syukur alhamdulillah. So program semua berjalan dengan sangat lancar dan kehadiran Abang Jampi telah menjampi semua rakyat di Semporna, termasuklah makcik makcik beserta anak anak mereka.


Here is the banner, just in case u guys wonder the activities that has been held on that day.



Nampak gayanya memang bukan peserta dan AJK je yang terpaku tengok Abang Jampi ni tau. staff staff KPTM pun terjampi jugak! Tapi tak bestnya, masih ada beberapa pelajar ingat, AJK ni menipu tau. Sebab kitaorang memang tak bagitau siapa artis yang datang. Just dari mulut ke mulut je, so ada yang kata just gurauan senja lah. Tapi Abang Jampi memang tak pernah menghampakan kita, kan?

Tolong abaikan muka makcik depan tu, terlalu bolat!



Orang kata jodoh tu berada di rusuk kiri, sebab tu sis selalu berada di sisi.
Tolong eh kepada yang tengok appreciation post ni, jangan ada yang meletop ovari korang. Kalau meletop, takde sape nak kutip tau. Sadis...

Seronok semua AJK bermandian warna tepung!

The cutest photobooth di alam semesta! (photobooth tau, bukan model. kih kih)

Jadi sebelum jumpa dengan Hael kan, I was F-nervous. Excited, terus adrenaline macam berlari. Macam aku pulak berlari dari Kuala Lumpur ke Tawau. Padahal ambil dekat airport je kot. Tapi tula orang kata, susah kalau nak jumpa jodoh, berdebar-debar rasa didada. 

I was telling you right, I REALLY need some CHILL PILL beacuse it seems that the post are leading into a fangirling -appreciation post...

So sebelum gua cau dari sini, meh sis nak payung gambor supaya tak tenteram dan tak lena tidur korang. Kih kih kih.

Mohon sesiapa yang cemburu agar menahan perasaan anda, sebab gambar ni akan berada di blog ini untuk selamanya. HA-HA-HA

Assalamualaikum and Hi

Perasan tak setiap entri mesti cakap minta maaf sebab asyik-asyik hilang? Jujurlah aku cakap, lepasni jangan percaya dah. Memang confirm hilang-hilang. hehe. Hilang kalau setakat satu dua hari masih boleh terima lagi, ini tidak. Sekali hilang, berabad baru jumpa balek. Sesiapa yang masih membaca entri ini, jangan lupa komen-komen ye di bawah! Dan saya ucapkan terima kasih banyak banyak, saya sayangkan awaaakkk! *love struck* 
Nak dijadikan cerita, entri kali ini in shaa Allah bermanfaat untuk semua pembaca especially kepada calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP. Beberapa kolej dan universiti tak panggil MPP, ada nama nama lain seperti JPP kalau di IPG (kalau tak silap) dan juga beberapa nama lain. Tak ada masalah. Ini hanya sharing saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, boleh lah di amalkan ye ;)

Nampak tak, belum masuk topik dah panjang mukadimahnya, tak sampai lagi point sebenar ni, masih lagi di awal-awal cerita tapi bukan main semangat menaip. Topik kali ini, adalah ikhlas dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri ye. Dan juga turut menceritakan kemana hilangnya diriku selama ini, ye awak awak. Tekaan yang tepat. Disebabkan terlalu menabur bakti kepada pihak kolej sehingga blog saya terabai... *lalu burung-burung berkicauan*

Takdelah, tapi memang betul. Memimpin ni bukan satu tugas yang mudah dan bukan juga susah. Ianya tak susah tapi juga tidak semudah yang disangka. Orang akan cakap, jadi ketua ni seronok, tinggal suruh-suruh orang je. Tapi ada tak kita fikir, ketua kena pastikan semua teratur supaya tidak ada masalah dikemudian hari? Pernah terfikir tak masalah yang ketua perlu hadapi namun terpaksa sembunyikan dari pengetahuan ahli majlis yang lain supaya kerja yang dihadapi sekarang boleh disiapkan tepat pada masanya? Tekanan emosi, minda dan tenaga boleh buat ketua ni tak lama gila. Ndak lama gila bilang urang kampung sia. Sot kunun. Tapi jangan risau, topik ni bukan untuk takut-takutkan orang. Sesiapa yang mencalonkan diri sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, memang tabik spring berpiringgggg dengan awak kerana dari beratus orang di kampus awak, awak berjaya mencalonkan diri! HEBAT LUARBIASA!




Ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada para calon supaya lebih bersedia dalam menghadapi proses percalonan lebih-lebih lagi manifesto. Haaa apa tu, seram sojuk je. Haa baca ni...

#1 : Manifesto Mesti RINGKAS, PADAT dan MUDAH DIFAHAMI

Letakkan diri anda sebagai seorang pelajar. Anda nak tak dengar manifesto merapu dan membebel panjang-panjang. Makin kita suarakan manifesto yang merepek, makin pelajar beri respond bermain main. Bukan bermaksud kita tidak boleh berjanjikan bulan bintang, tapi tepuk dada tanya selera. Mampukah kita?

#2 : Tunjukkan KREDIBILITI sepanjang musim berkempen.

Memandangkan MPP adalah salah satu organisasi yang berkempen secara sihat dengan tujuan yang murni, persaingan dikalangan pelajar juga sengit. Persaingan sengit adalah persaingan yang sihat! Kredibiliti tu macam mana? Dari segi tutur bicara, cara pemakaian dan paling penting MESTI sentiasa senyum. Jadikan senyum itu satu kebiasaan. TAPI, jangan time berkempen je senyum, memuji sana sini, petik bulan bintang. Dah menang, dapat masalah sikit, terus gelabah takde nak senyum-senyum dah. Salah tu.

#3 : Manifesto yang baik adalah manifesto yang ada TAGLINE dan sebutkan dengan penuh yakin dan TIDAK membosankan

Salah satu cara untuk membuat pengundi mengingati anda, adalah anda tampil menonjol dengan tagline sendiri. Kebiasaannya yang ada tagline sendiri ni, lebih menarik. Apatah lagi kalau anda jenis yang pandai jawab soalan cepumas. Memang terbaik. Maksudnya, anda memang telah tahu selok belok kampus. Jadi kalau anda diberi mandat, memang terbaik meletop lah kampus tu nanti. Pelajar pun tak menyesal undi. Ye dok? 

Ini lah beberapa cara yang saya guna juga untuk bertanding haritu. Sebenarnya memang nak share awal-awal lagi, tapi tak sempat sebab banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Itu lah selalu hilang-hilang tu. Tak sempat nak sharing. Cara ini menurut saya, adalah pemahaman yang basic ye. Sesiapa sahaja mampu jadi ketua. Walaupun seorang perempuan. Manifesto saya, saya bahagikan kepada tiga. Boleh rujuk
kepada gambar lah ye. Oh ya, sebelum mengundurkan diri, semoga teknik ni mampu membantu para calon ye. Ingat, galas tanggungjawab dengan penuh amanah.

Anyway, sepanjang saya typing ni, saya baru lepas jawab soalan final exam. Rasanya belum terlambat untuk saya wish Selamat BerFinal para pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah!