#LIFE : MANIFESTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) PART 2


Bila cerita pasal jadi MPP, people expect like this.



But the reality...


Macam nak bersilat je tu. 

So macam yang sebelum ni Myra cerita, Myra punya manifesto terbahagi kepada 3. Kot kot ada yang dah lupa, Myra tunjuk semula banner Myra.


Myra macam dah hilangkan manifesto Myra sebab dah dua tahun berlalu (cause now 2019 oredi) Tapi some yang Myra ingat ialah:-


  • Akademik
  • Usahawan
  • Leadership
Myra specific kan akademik kepada exco akademik. SO kalau berkaitan akademik, Myra just fokus dengan dia. Contoh, tarikh daftar exam ke, daftar subjek ke, exam muet ke, cuti ke, semua Myra refer kepada dia. Memang Myra akan gerakkan setiap masa, sebab setiap pelajar kan dah ada takwim kolej. Myra just double checking je, kadang kadang ada perubahan tarikh kan. 

Second, usahawan. Myra memang minat bidang keusahawanan. Rasanya dekat kampus tu terkenal kot Myra ni memang minat bidang ni. So Myra buat setiap evetn, Exco Keusahawanan mesti bergerak. Setiap event mesti libatkan keusahawanan. Orang cakap je, "mesti lah. Semua event kena libatkan keusahawanan." SALAH. Myra tak fikir macam tu, Myra fikir macam ni. Kalau ada event, nak orang berniaga di tempat kita, kita mesti pastikan pengunjung yang hadir tu melebihi expectation penjual. Kalau penjual ada 10 gerai, takkan lah 10 customer je 1 kedai kan? Apa korang ingat usahawan tu berniaga dekat tempat korang takde guna modal ke? Tenaga angkat barang barang tu pun modal tau. So, jangan bazirkan modal diorang. Buat event, pastikan marketing kaw-kaw. Makin ramai datang, ramai yang beli, next event dorang akan support lagi! Sebenarnya ada cerita kenapa Myra berfikir macam ni. Hahaha. Nak story ke? Nantilah...

Third, leadership. Ini part paling Myra suka. Selain memang dilahirkan sejak azali suka mengarah. Akibat anak sulung lah ni. Hahaha. Leadership ni Myra tak ambil percentage banyak. Kalau dalam 1000 pelajar, pastikan 100 orang dah pernah jadi leader. Sama ada ketua section, presiden kelab, AJK kelab, MPP, macam tu lah. Impaknya, senang nak berkomunikasi dengan dorang. Dan mereka akan jadi sukarela untuk bekerjasama dengan program seterusnya. Setakat ni, Myra pernah handle 40 orang AJK. Yang mana mereka ni adalah ketua masing2 untuk kawasan masing2. Alah susah nak explain, kalau korang minta explain baru Myra explain.

Macam tu lah, sebenarnya jadi ketua ni senang kalau kita faham susun atur organisasi. Ada orang dia suka jadi presiden sebab boleh famous. Tapi kalau Myra, famous tu belakang cerita lah. Yang penting, laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Best tau, boleh share pengalaman dengan kawan kawan yang nak jadi pemimpin lagi. Okay rasanya itu sahaja sharing kali ni, kalau nak lagi boleh komen dekat bawah tau!

Oh ya, lupa nak bagitau, kampus Myra bukan di area bandar ya. Area pedalaman. Okay bye.

3 comments:

  1. Macam mana nk diterima jadi mpp ? Bole bagi tips untuk temuduga tak ? Untuk pljr sem1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear,
      Mengikut pengalaman Myra dulu, kena pandai promote kan diri. Jika ada temuduga, cuba untuk fahami dahulu struktur kolej. Kaji dan belajar dahulu tentang sistem atur kolej. Di bahagian mana MPP boleh membantu perbaiki. Biasanya kegunaan MPP ni adalah sebagai suara pelajar kepada pengurusan dan juga suara pengurusan kepada pelajar. Untuk pelajar sem 1, saya tak pasti ada atau tak syarat menjadi MPP, tapi sekiranya awak tengah bersedia untuk jadi MPP pada sem seterusnya, cuba kaji dahulu sekeliling awak. Pelajar, staff, lecturers, pengurusan, mantan MPP. Baru awak promote diri awak.

      Delete
  2. hi kak, boleh tak akak bagi tips macam mana nak cadang manifesto untuk jadi exco disiplin/exco sukan & rekreasi. saya dah pening dah hahaha.

    ReplyDelete