Assalamualaikum

Entri kali ni adalah untuk awak awak semua yang minat dalam photography-ing (memaksa) tetapi belum reti nak menjadi photography-ing (memaksa lagi). Hari ini kita lebih ke editing ya. Sebagai contoh, ada yang suka sangat ambil gambar. Taksub bebeno kau ambil gambar muka sendiri. Tak kira ada jerawat ke takde jerawat ke mesti dan wajib fokus dekat mata. Some girls love to take their eyes. Rounded eyes. because of editing effect... Who cares ? (muka menyampah)

So for those who loves for being a photographer, especially untuk muka awak sendiri. Pastikan ikut 5 Don'ts ini. Sekiranya awak tak ikut, first absolutely awak bukan photographer tahap tinggi. Second, awak mungkin perlu belajar lagi.

1. Jangan edit terlampau messy
Sometimes ada orang yang suka edit. Bagus lah kalau awak suka meng-edit gambar. 
Kerja edit gambar bukan senang tahu. Ada orang dia suka gamabr tu wajib ada frame, nama, hashtags, ayat-ayat yang tomey tomey, gambar icon icon yang kawaii sangat. 
kadang dia letak muka boyprengg or muka TOP or muka Taeyang or sesiapa jelah yang dia nak tayang. Tambah itu ini dan buat satu gambar yang cantik menarik tu menjadi peta dunia dengan tambahan 17 lagi benua yang serabut. Orang tengok atas bawah kiri kanan pun tak tahu apa mesej gambar tu ditayang kan. Walaupun ada muka Taeyang.

2. Jangan suka ambil gambar over exposure
Over exposure means kalau gambar tu kita ambil gambar dengan ISO yang tinggi (Pengguna DSLR akan faham) akan menyebabkan gambar terlbih putih. Sehingga menjadikannya over exposure. Atau orang sebut high exposure. Kalau terlampau gelap itu low exposure. Sebab ada dikalangan kita, sengaja nak ambil gambar cerah cerah sampai sakit mata. Ada effect glow like artis gitu. Boleh tapi jangan OVER! Dah tau gambar tu over exposure tetapi awak teruskan hajat untuk menurunkan exposure dia tu dan jadikan gambar awak normal. kalau dia jadi normal tak apa, kalau dia jadi bangla tiba tiba. Kawan kau sendiri akan comment "Weh, sejak bila kau jadi bangla? Hitam tidak, putih tidak. Okay." No offense.

3. Jangan suka edit terlampau
Kadang dalam satu gambar tu kan, orang suka sangat edit mata bulat kalah Korean. Mata dah bulat di kasi bulat. Entah mata siapa dicungkil. Pipi dah kalah lah artis yang pakai botox. Belum lagi dengan dada yang SHHHHH. Fikir sendiri. Semua nak di edit. Bukan jerawat je sekarang orang edit. Tapi untuk apalah edit jerawat, kadang kala dengan adanya jerawat muka kita nampak lebih sexy taww. Awww.

4. Jangan ambil gambar dari jarak jauh kemudian edit jadi dekat
Haa, ini panjang sikit. Kalau kita dah ambil gambar jauh (yang bukan dslr) like guna handphone, lepastu kita crop sikit, sana sikit sini sikit, dan benda tu jadi dekat dan gambar itu di post ke sosial media, please jangan teruskan niat awak. Sebabnya ialah gambar itu akan pecah, apabila gambar itu pecah, dia tak lawa dan muka awak pun takkan nampak. Sebab gambar jauh bila awak crop dia akan jadi kecil dan dekat, bila jadi macamtu, semua benda dah tak nampak dah. Siryes.

5. Jangan sesekali letak tulisan kotor di gambar
Rasanya tak perlu dijelaskan, cuma tepuk dada tanya selera.

5 Don'ts in Editing

by on September 15, 2013
Assalamualaikum Entri kali ni adalah untuk awak awak semua yang minat dalam photography-ing (memaksa) tetapi belum reti nak menjadi photo...
Assalamualaikum

Haa dah kenapa tajuk tu? Acah acah desperate macam orang baru putus cinta. Time ngorat punya semangat. Kalau orang yang dia suka tu terjun dalam gaung, dia pun ikut terjun sekali. Bila dah lama lama sikit, orang tu terjun gaung kau akan cakap, "Pergi lah sendiri." Wahh kejam betul. Tapi itu bukan cerita utama. Cerita utamanya ialah dulu time 2011, time semua orang sibuk mengejar title "HOT", time tu lah beribu-ribu orang berebut untuk ada dua account!

Pertama, masing-masing WAJIB ada facebook dirumah. Satu  orang satu account. Paling kelakar, kalau time time petang sikit, mula gatal tangan buat fake account lepastu prank kawan-kawan. Memang time tu rasa bos gila lah. Kawan kau pergi percaya kau tu orang Australia lah, Singapore lah. Padahal kalau tengok muka, Melayu tulen. Kulit hitam, mata bulat, cekeding-cekeding (eh, macam berpengalaman je) Patutlah Mark cepat kaya. Korang pergi buat fake account, mempopularkan facebook. 

Time evolusi Facebook itu juga, semua orang okay, SEMUA orang sibuk sangat dengan game dekat facebook tu. Aku pun sampai sangkut sekali. Tak sangka terjebak jugak dengan perkara yang remeh temeh ni. Tak ya, mama aku pun join sekali. Seronok katanya. Kalau tak silap aku, hampir semua game tu kalau kawan aku tanya "Putri, kau main tak game A ?" dengan selamba aku akan jawab "Main." Rasa macam bos gila bila seorang-seorang datang dekat aku tanya. Yang peliknya wujud pulak seorang kawan aku bertanya. Sengaja betul dia ni. 'Putri, kau ni semua game kau main kan? Untuk apa?" Takkan aku nak jawab kejar hot pulak kan? (kantoi!

Game tu dari lah Restaurant City, Cafe World, Car Town, Hotel City, dari semua yang City city hujung dia sampai ke Ville ville kecuali aku tak suka FarmVille. Tak seronok lah main bertanam-tanam ni. Aku lagi suka Restaurant City. Kalau aku sakit hati dengan adik aku, aku jadikan dia pekerja cuci tandas restaurant aku. Amboi suka suka hati pulak.

Dan time tu jugak lah semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk sangat nak ada account Blogger. Time semua orang sibuk buat blog, aku pulak sibuk menolong orang buat blog. Aku dah buat lawa-lawa, diorang tanpa mengucapkan terima kasih terus menukar template blog diorang dan start baru. Like, whaaaaaat ? Aku buat sehari suntuk sampai tak makan hanya disebab nak buat kau punya blog, tapi pada hujungnya... Hanya Allah je yang tau macam mana aku rasa time tu. Kalau boleh maki memang dah kena maki lah kan.

Blogger pada waktu dulu, hanya beberapa orang yang tegar sahaja yang akan bertahan sampai sekarang. Kalau yang dah tak online tu, nampak beno dulu dia kejar populariti. Perempuan kan... Lelaki patut faham! Perempuan memang semua dia kena ada. Perempuan is perfect okay. So jangan terkejut kalau ada cili tumpah dekat tudung, diorang dah terpekik terlolong sampai terbelit lidah tau. Sebab, benda yang kecil itu akan menyebabkan mood mereka berubah. Ingat itu. Ceh melencong jauh ye.

Dulu kan, ada juga guna blog sebagai tempat luahan perasaan. Pernah juga lah aku terjebak dalam kes tu. Maki-maki dalam blog semua lah. Gaduh-gaduh sampai bawa bawa ke dunia realiti. Semua benda tu berlaku dalam tahun 2011. Di facebook dengan sibuk dengan autolike autolike. Semua orang kejar nama, kejar hot. Semua nak jadi tumpuan orang. Muka macam pencacai angkat najis pun tetap juga dapat 1000 likes. Padahal ada budak muka punya putih, cantik, lawa dapat 30 likes je. Memang dunia tidak menyebelahi awak, wahai budak yang punya muka putih, cantik dan lawa.

Sekarang semua berubah. Sejak masing-masing dah ada duit beli smartphone, semua benda ditinggalkan. Instagram penuh. Twitter apa lagi. Dah jadi macam rumah diorang dah benda benda tu. Dulu semua memang semangat betul. Sekarang, everything were gone. Mula start hidup baru masing-masing. Sekarang, ramai baca blog. Bukan tulis blog. 

Sekarang makin bosan bila tak ada blog. Nak baca pun macam puft je -.-

Dulu punya semangat, sekarang...

by on September 13, 2013
Assalamualaikum Haa dah kenapa tajuk tu? Acah acah desperate macam orang baru putus cinta. Time ngorat punya semangat. Kalau orang yang d...
Assalamualaikum

Ngengada tak title tu ? Memang ngengada gila pun. ite tak shuke tak shuke. Sepupu I yang first dah kahwin uolls. Dia kahwin dengan awek dia. Lawaaaaaaa. Jeles I. Eeh, bukan jeles nak kahwin tauu. Jeles sebab dia cantik sangat.

Ini dia. Layan ye.
Haai. Peace with the pengantin.
The pengantin

Tengok kami. Lebih bergaya daripada pengantin.

Okay bye ;)

Sepupu kita dah kahwin

by on September 08, 2013
Assalamualaikum Ngengada tak title tu ? Memang ngengada gila pun. ite tak shuke tak shuke. Sepupu I yang first dah kahwin uolls. Dia kahwi...
Assalamualaikum

Tajuk tu dah kenapa lah kan. Tajuk nak ranggi je. Isinya hampeh. Hai semua. Tengah boring terlampau. Time tengah blogwalking dekat tempak Cik Epal, seronok pulak menengok pavlova dia buat tu. Lepas tengok pavlova dia tu teringin pulak buat post tajuknya "Kalau nak cerita..."

Post kali ni untuk menghiburkan hati je. Angan-angan yang MUNGKIN menjadi nyata. Well, macam nak ada keluarga angkat pari-pari. Eh, itu salah satunya. Cuma setiap perenggan kita akan letak "Kalau nak cerita..."

Mengumpul duit untuk beli keperluan sendiri
Kalau nak cerita kan first sekali memang aku dari dulu teringin kerja, cari duit banyak-banyak lepastu beli barang yang aku nak. Baju, camera, barang-barang camera, seluar, skirt, tudung, selendang, jacket semua lah. Tidak ketinggalan gadget masa kini. Kalau duit aku ada dalam sekitar RM1500 macam tu first thing aku beli ofkos aku tukaq phone dulu. Lepas tukar phone kalau ada uit lagi aku segera beli laptop Macbook. Segera ya. SEGERA. Kalau dah ada duit rileks je lah kan. Semua benda dah dapat. Semua dah dipenuhi so dah takpayah fikir lain-lain. Fikir topap je.

Nak buka kedai sendiri
Kalau nak cerita kan, aku memang dilahirkan dalam dunia bisnes. Btw, ayah aku bukan ahli koprat pun. Bisnis kecik kecik. Menjadi pedagang kaki lima. Kalau bukan sebab menjadi pedagang kaki lima memang tak jadi lah diri aku sekarang ni. Disebabkan desire untuk berbisnis juga, aku teringin macam if one day my husband be a pilot... well, pilot kita tau kan, gaji banyak tapi keluarga terabai. I don't want my family like that. If one day my husband is a pilot, i would like to uat online shop. So for those who always online. Sebab masyarakat kita lebih-lebih lagi perempuan akan menjadi semakin sibuk. Kerja memang sentiasa didepan laptop or komputer je lah kan. So dengan adanya teknologi canggih boleh lah aku merealisasikan diri aku untuk buka usaha online. Kalau online ni, satu je usaha yang perlu dan penting... USAHA.

Dapat keluarga angkat pari-pari
Kalau nak cerita kan, I know permintaan yang ni macam sia-sia dan hanya angan-angan.

Nak suami pilot
Kalau nak cerita kan, I will force my boyfriend to be my husband. Also I will force him to go to pilot school and learn how to be a pilot. Also I will force him more and more if he refused to be a pilot. WKWKWKWKWK.

Keluarga pari-pari
Kalau nak cerita kan, taknak lah pari-pari macam Wanda. Straight sangat. Nak macam Cosmo. Agak gila-gila. Tapi janganlah lain aku minta lain yang aku dapat. Itu memang parip-pari jahat. Aku sumbat dalam mangkuk tandas baru tahu.

Gigi bertukar syiling emas
Kalau nak cerita kan, pernah dengar cerita letak gigi yang patah bawah bantal terus jadi coin emas? Aku teringin nak buat. Tapi aku tengok adik aku letak gigi bawah bantal tak jadi apa pun. So aku pun membatalkan hajat mencabut gigi. Kalau betul betul boleh bertukar. Aku sanggup takde gigi kot yang penting dapat syiling emas. HAHAHAHAHAHA. Joke. Gigi penting. Kalau tak macam mana nak makan ayam goreng ?

Blogger Famous
Kalau nak cerita kan, aku memang teringin jadi Blogger Famous. Siapa taknak ? Tapi takpe. Akhirnya aku dah dapat gelaran tu. Kalau tak dapat, tak mungkin kawan kawan aku semua sebuk tanya "Mira, post kau tu tentang siapa?" "Mira. Blog kau lawa lah." Mira.. Mira.. Mira.. So dah terkenal di sekeliling kawan kawan aku, dah lah. Semua is setel maa.

Okay, semua itu hanya angan-angan ya. Kepada adik-adik diluar sana, teruskan usaha anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Sekian. JANGAN TIRU SAYA. WAKAKA.

Kalau nak cerita kan...

by on September 06, 2013
Assalamualaikum Tajuk tu dah kenapa lah kan. Tajuk nak ranggi je. Isinya hampeh. Hai semua. Tengah boring terlampau. Time tengah blogwalki...
Assalamualaikum

Baru sempat duduk depan komputer ni haa. Rindu sangat dah dekat blog ni. Teringin jadi macam dulu, duduk depan laptop 5-6 jam. Teringat time form three dulu bila my english teacher asked me "Putri, how many hours you spend to sit infront your coumputer." Belum sempat jawab my friend yang dah tolong jawabkan. Dan jawapan dia betul. "Alaa teacher, kalau dia ni 24/7 takde henti duduk online je. Twitter lah, Facebook lah. Asyik muka dia je." And I was like "HA-HA Yeah, it's ME !"

Baru-baru ni I went to Medan for my family business. Disebabkan terlampau busy berjalan tak sempat nak ambil gambar guna camera lah. Macam segan pun ada. Bila dah duduk sana, dah hilang dah rasa tourist tu. Dah macam jadi penduduk setempat dah. Duduk rasa memang beh wa cakap lu. Dekat sana I ada rumah nenek. SO like I was balik kampung kekononnya. Balik kampung selepas raya. Padahal ada family business. Then when I was having fun with those things, biasa lah time tu pulak nak baliknya. Macam takde hari lain nak balik. Sakit hati tu memang sakit hati sangat.

Seperti yang kita sedia maklum, di Medan sudah ada airport baru. Lebih besar di banding Polonia. Kalau zaman dulu-dulu, kita turun je kita akan tengok Polonia Medan yang hanya 5 kilo je dari rumah nenek I. Hahaha. Polonia Medan yang dihias dengan batik di dinding dan sangat tradisional. Menunjukkan bahawa mereka tidak lupa barangan tradisional yang berharga. Barangan tradisional memang patut kita jaga, kalau bukan kita siapa lagi ? Kan ? Ecewah...

Airport baru ni lebih WAH! Lebih WAW! Lebih YEAH! Apa itu ? Apa itu ? Pertama, lebih besar dibanding airport Polonia. 5kali mungkin. atau 10kali. Okay itu melebih. Lebih modern dari pada KLIA. Sebab selepas kita bayar tol di tengah-tengh tol itu ada laluan kereta api yang membawa penumpang dari kereta api Medan ke betul betul depan kaunter check in airport baru ni. Memang gempak wa cakap lu. Buatan kereta api tersebut daripada Korea uolls. Laju dan sangat cantik. 

Nama airport baru ini ialah Kuala Namu International Airport. So kalau dah disebut International Airport memang besar lah jawapnya kan. Tak mungkin kecil. Macam mana kapal terbang besar-besar tu nak mendarat, takkan nak mengambil nombor macam dekat kaunter buat passport. daa... daa...

 

Ini dia tempat check-in di KNIA (Kuala Namu International Airport). Lawo kan ? Besau gituww. Makan lah dulu ye dengan gambar ni. Layan.

 

 

Besar ? Sangat. Sejuk biasa lah. Bayangkan KLIA, haa macamtu lah tapi lebih putih, besar dan cantik. Mungkin lebih besar KLIA dari segi ukuran atau mungkin KNO. Tak tau lah. Sekarang sejak wujudnya Kuala Namu International Airport ini, sudah tidak ada lagi perjalanan ke Medan kalau kita tengok dekat layar departure or arrival tu. Dia tulis KNO means Kuala Namu. I dont know mana datang O tapi itu lah singkatannya. So for next post sambung cerita pasal hari kedua pula ya ;) goodbye !

Travel : Medan Day One

by on September 06, 2013
Assalamualaikum Baru sempat duduk depan komputer ni haa. Rindu sangat dah dekat blog ni. Teringin jadi macam dulu, duduk depan laptop 5-6...