Love, #Esacc14 - Part Two

Assalamualaikum and Hi

Haa jumpa lagi ekeke sebenarnya tadi tengah dalam kereta. So macam... Bukan pening. Yang pening tu bukan I. I tak pening bila menaip dalam kereta. Lagi best tau tak. Sambil sandar, dengar lagu, tangan bergerak, kereta jalan. Perff rasa nikmat kot. Ada masa sendiri wuut wuut. 

Okay jom teruskan cerita. Post kalini nak cerita pasal suka dan duka Esacc. Aku sayang sangat dengan bond kelas ni. Siryes. Kalau boleh rasa nak ulang lagi kot. Lagipun bebudak Esacc sesiapa nak video kelas, sila beli cd i okay ? Hahaha harga aku set nanti. Aku bagi murah sbb ada muka korang sekali dalam tu. Sebab ni besar sgt. So nanti korang order dekat aku eh? Sebab nak burn dalam cd. Korang tengok sendiri lah video tu. Even ada sesat gambar aku. Tak sesat. Tapi dia terbalik. Hahaha sepatutnya lurus tapi dia horizontal. Hahaha so senget. Adomak aku tak perasan hahaha aku nak delete tapi tulah hampa weh dah terjadi video. Macam mana nak edit video. Kena start dari awal woi. Letih hahaha 5 jam nak edit. 3 jam untuk jadikan video. Pffft lamaaa memang gila kalau aku nak ulang dari awal balik hahaha. Sorry ye. 

Okay nak cerita pasal kemanisan di 5SPA ni. Lima SPA ni ada 27 orang asal asal. Then campur Ayish sorang so 28.  Okay dah lengkap so jom start cerita. Nak start dari mana eh..? Okay kita start dari manusia manusia yang ada dalam kelas tu. 

Okay. Dari tadi asyik okay ke okay tapi tak okay okay jugak. Aish main main pula hahaha. Okay. (Sekali lagi) 

JENIS JENIS MANUSIA
1. Masyarakat yang suka tidur.
Fuh ni ramai woi. Apatah lagi time killing subject. Chemist, Physics, Addmath, Akaun. Sure semua lentuk. Perempuan ke lelaki semua sama je. Oh lupa. Sejarah. Kalau kau masuk kelas tu time Sejarah, yang hidup dalam lebih kurang 8 orang je. 8 orang yang hidup tu orang yang sama je. Kadang 4 orang. 8 orang tu pun dah cukup ramai dah tu. Siryes tak tipu. Time Addmath tu, ramai yang sedo. Tapi tak lama lepastu sure lentuk balik. Paling gempak, time BI, time BM, time Math, haaa sure tak tidur. Time Agama pun. Sebab masing masing campur kelas. Mesti lah sedo kang tak pepasal kena gosip buat malu nama kelas je. Lagipun dalan kelas tu ada crush. Gila tak malu tidur depan crush. Jatuh saham beb! 

2. Masyarakat yang suka bercakap.
Well, nak tau motto kelas kami? "Noisy is our soul, 9A+ is our goal." Sebabtu lah kalau kami bising bercakap. Well itu memang Esacc weh. TAK BERHENTI. Srys. Haa. Even cikgu cikgu sendiri kata "kelas kamu tak boleh diam eh?" Jangan risau cikgu. Kalau kitaorg diam maksudnya semua tidur. Kalau bising, syukurlah. Masih bangun semua. Segor bijik mata masing masing. Haaa ekau jangan, kitaorang time BI. Time ketua bidang tengah mengajar pun boleh bercakap. Takyah sesusah, time pengetua ajar pun bercakap. Sampai pengetua sendiri naik geram tahu. Pengetua siap berhenti mengajar haaa. Tapi beliau marah secara sofisticated. Takde lah macam cikgu yang jerit jerit kan. Al maklumlah, sudah form five. Em physically. Mulut masing masing mana ada form five. Semua darjah enam ha. Hahahaha pisyoo

3. Masyarakat yang sosial. 
Social macam mana? Kau pergi kelas mana mana, cari yang SATU kelas ada FB, Twitter, Instagram, Wechat, Whatsapp. Semua tu lengkap. So masa tu aku tengah stalk stalk kan, tetiba pulak muncul. Pfffftttt, bukan main weh. Seorang wajib ada kelima lima tu. Tak kiralah yang dah deactive ke apa. Bukan nak sombong or bajet. Cuma nak tanya sikit ni, bila korang belajar? Hahaha. Nampak tak masing masing ni aktif hahahaha

4. Masyarakat yang aktif. 
Okay kelas kami ni, memang full. Pack of kokurikulum activities. Pernah tu ada lima orang je yang ada dalam kelas. Yang lain semua pergi kawad. Okay dalam kelas ni ada Ketua Platun, Olahragawan Sekolah, Atlet Sekolah, Platun KRS, Platun PBSM, Platun Kadet Polis, Platun Pengakap, Ahli Robotik, Setiausaha kelab, Pengerusi Kelab, AJK Kelab, N. pengerusi kelab, musician dan sebagainya. See nampak tak full kitaorang ni? Masing masing full. Pernah time tu cikgu kata budak kawad pergi buat latihan. Amik ko, lesap budak kelas ni. Tinggal beberapa ketul. Disebabkan itu, semua pergi tidur hahaha. Tapi memang time tu pengalaman paling bengong dan paling mencabar bagi aku lah. Suara kuat takpe lagi. Ni suara kemain kecik. Mulut orang mana boleh tutupkan. Kalau dihina, tabahkan jela hati tu. Tegar tak tegar, kau kena tahankan lah. Kuat tak kuat, kau kena tahankan lah. 

5. Masyarakat yang gila kentang. 
Bukan kitorang kemaruk kentang weh. Memang gila. Okay mari cerita. Part ni panjang sikit. Seminggu sebelum SPM, well biasa kata orang time time ni time time budak SPM gila. Memang gila weh. Aku percaya kalini. Tapi bukan gila sampai terjun bangunan ke gila duduk hospital bahagia lepastu lari satu bangunan sambil jerit "AKU DAPAT 9A!! AKU DAPAT 9A!!" Takde lah macamtu. Just  gila macam agak agak sawan je masing masing. Wuish teruk juga tu. Kitaorang tengah syok bincang bincang, mula lah Izzat a.k.a Ijat a.k.a Abang Sado a.k.a Olahragawan Sekolah. Haaa, nampak tak? Dia ni sengal sikit. Time BM, dia melawak. Bukan BM je, Akaun, Addmath wuish boleh dikatakan semua subject kitaorang melalut. Sampai cikgu BM cakap "jangan melalut. Nanti yang kamu lalutkan tu masuk exam baru tahu." Baru semua diam. Tapi sama je. Tapi kan bukan Ijat je yang melalut. Nad pun melalut juga. Nak tahu macam mana melalutnya manusia sorang ni? BM belajar IMBAKUP kan? I = Isi. M = Mengapa. Ba = Bagaimana. K = Kesan. U = Ungkapan Menarik. P = Penegasan/Penutup. Okay. Cikgu selalu kata kita kena practise. So Nad pun mempractise. Hahaha. 
Isi = Mia malas. 
Mengapa = Dia jatuh cinta
Bagaimana = Sebab crush dia buat dia cair. 
Kesan = Dia banyak failed. 
Ungkapan = bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. 
Penegasan = Kesimpulannya, mia memang begitu. 
Okay Nad. Kau aku tumbok satgi hahaha. 

6. Masyarakat yang ber'crush'.
Korang tak percaya satu kelas ni full dengan crush? Tolong lah. Kau pergi kelas aku, tanya bebudak perempuan sorang sorang. Mesti crush diorang budak sekolah situ jugak, form yang sama jugak. Atau lebih muda. Yang lelaki pun sama, crush dengan bebudak perempuan yang bawah umur. Semua sama weh. Kalau dah sorang bahagia, semua bahagia. Time sorang sedih, semua bagi support tetiba gembira balik. Memang masing masing sayang satu sama lain. Siryes tak tipu. Well biasalah, crush kan. Tak semestinya menggembirakan kita. Crush kadang boleh bahagiakan kita, boleh buat kita nangis, kita sedih. Tapi cinta mana boleh dipaksa. Kalau memang jodoh kita, kita akan bersatu ecece just perlu sabar and usaha. Okay? Dont give up dear gegurl esacc!

7. Masyarakat yang suka bina badan. 
Wuuuu main bar weh. Wuuu badan badan semua sado sado weh. Perempuan ke lelaki ke masing masing nak fitkan badan. Setakat diet, perempuan lelaki diet. Ni sadokan badan. Perempuan sado kan kaki tangan. Lelaki sadokan dada masing masing. Wuuu memang semua siryes. Takde lah semua tapi ada. Well. Nak sihat kan? Ada duit, pergi fitness. Takde duit, buat push up je. Janji sihat!

Okay ini untuk jenis jenis manusia. Next topik, dekat post lain wowkay? Adios! See ya! 

No comments:

Post a Comment