Love, #ESACC14 -Part Three-

Assalamualaikum and Hi

"So it's gonna be forever or it's gonna go down in flames"
Saje nak nyanyi ekeke. 
So. 
Jom start cerita! 


KEGILAAN YANG PERNAH DILAKUKAN SEPANJANG TAHUN

1. Menyanyi. 
Tak perempuan, tak lelaki semua sibuk menyanyi. Sabar jela. Pernah satu time tu. Cikgu takde dalam kelas. Apalagi, budak perempuan rock dekat belakang. Duduk depan semua pindah belakang nyanyi. Setakat nyanyi lagu Taylor Swift ke lagu Ballad tu biasa. Muncul kau lagu Nadia weh. "Walau kehadiranmu hanyalah sementara~" haaa rock kau keluar. Masuk lagu D'Massive - Cinta Ini Membunuhku. Masuk Dangdut. Masuk lagu Tenda Biru. Kpop masuk terus kitaorang stop hahaha. Paling tak tahan nyanyi lagu Hurt - Christina Aguilera. Fuh tu kemain weh. Masing masing keluarkan suara mutiara masing masing. Terdiam satu kelas. Rasa sampai kelas sebelah dengar kot. Memang gila lah aku cakap hahaha. Gila karok kitaorang ni. 

2. Menyanyi setiap birthday. 
Tak perasan sebenarnya start bila kes nyanyi nyanyi time birthday ni. Tak perasan tapi sejak dari awal tahun, memang kitaorang akan nyanyi. Nyanyian paling kuat dalam tahun ni ialah time birthday Na. Aina. Na punya birthday paling kuat dan dia menangis. Dia ni pandai. Lawa. Penolong Ketua Kelas. Tak. Patut Ketua Kelas. Hahaha takde lah gurau gurau je Arip ekekeke. Kitaorang akan nyanyi sekuat kuat yang mungkin. Kalau menjerit sampai keluo anak tekak, haa keluo lah. 

3. Izzat melukis di papan putih. 
Aku rasa time tu memang seminggu or dua minggu before SPM. Masing masing otak macam orang gila. And time tu cikgu tak masuk kelas. I lupa tak datang or cikgu lupa ada kelas. Haa macamtu lah. Then Izzat pergi depan kelas then dia lukis. Kitaorang satu kelas nyanyi. "Bulat kecik bulat kecik. Bulatlah besar" then terlupa. Then sorang sorang teka. Then lupa then mula lah saling membahan sesama sendiri. Siryes ni memang rindu lah weh. 

4. Hilmi buat magic. 
First aku memang suka gila magic. Second, aku tak pernah tengok magic yang really really magic depan mata. Third, aku anggap magic tu semua hanya mainan komputer, kamera dan para pelakon yang menganggap dirinya sebagai seorang magician ternama untuk menaikkan namanya dengan memgaburi mata orang ramai yang melihat dan tepat sekali adalah hasil editan orang yang memgedit supaya magic tu seperti magic yang betul. TETAPI, i was wrong. So time tu time puasa. Orang time puasa ni lah orang cakap memang setan setan kena gari lah kan. Kena masuk penjara kena gantung kena kurung kena semua lah kan. Duduk kau diam diam jangan kacau umat nabi! Tapi memang time tu Hilmi mengeluarkan ilmu nya. Serius weh. Aku kena sendiri. Time tu aku takde percaya sangat kan. Aku pun pergi lah ikut dia. Dia suruh aku pilih card tanpa dia tengok. Dan aku pun pilih aku letak dekat tangan aku. And dia pilih card secara random dan letak di tangan dia. Then dia suruh aku tutup tangan and tangan dia dkt atas bawah tangan aku tapi tak bersentuhan pun. Tah mcm mana dia  gegor kan tangan dia tu, card yang dekat tangan aku berubah menjadi card yang dia pilih tadi. I meant memang aku terkejut habis weh. Dia memang superb and kesimpulan baru, aku makin suka magic. Oh ya, and cikgu mana percaya magic kan? Hilmi try buat dan tengok apa jadi, cikgu sendiri terkejut. Cikgu suka and cikgu tergamam. Bak kata orang, magic ni mengambil kesempatan ke atas orang dengan menggunakan kelemahannya. Tapi bagi aku, magic untuk hiburan semata mata. 

Okay. Tunggu next update yee! 

No comments:

Post a Comment