LAZADA Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum and Hi

Dah berhabuk balik dah blog saya ni. Baru je haritu nak jaga traffic segala kan sekali hilang timbul balik. Tapi jangan risau, kali ini saya timbul dan membawa berita gembira kepada semua pembaca sekalian! Rindu nak baca blog-blog sahabat blogger saya ni, saya nampak ramai yang join contest LAZADA Big Baby Fair Blogger Contest. Semoga berjaya semua!




Pertama sekali, mesti semua pernah dengar tentang LAZADA kan? LAZADA adalah salah satu online shopping portal dan bukan sahaja untuk Malaysia tau. Untuk Philiphine, Thailand dan beberapa negara lain. Semua barangan dari LAZADA memang best-best. Saya sendiri salah seorang pembeli tegar LAZADA. Jadi, memang recommended sangat lah LAZADA ni!



LAZADA ni seperti yang kita semua tahu, memang menjual barangan branded dengan kualiti terbaik. Bayangkan sahaja, beberapa negara pun percaya dengan khidmat LAZADA ni. Contest ini akan bermula dari 27 MARCH sehingga 2 APRIL je tau, jadi kepada sesiapa yang nak join kena cepat-cepat susun ayat buat entri sekarang dan sepanjang masa yang ditetapkan ini anda akan dapat diskaun barangan sehingga 85%. Banyak tak banyak tuu? 



What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 

Memandangkan saya masih lagi bujang, bukan bermaksud saya tidak boleh ada jenama kegemaran saya untuk lampin bayi. Dahulu saya selalu juga menukar lampin bayi adik-adik saya. Jadi, dengan yakinnya, saya memilih Drypers Wee Wee Dry.

Drypers Wee Wee Dry




Kenapa lampin ini? Sebab lampin ini boleh beri keselesaan kepada si bayi anda dan kepada bayi yang lasak-lasak suka berjalan banyak tu, memang sesuai pakai sebab lampin ini di design kan untuk bayi bergerak dengan selesa. Dan buat pinggang si manja anda tidak gatal sebab getah yang di pinggang lampin ni stretchable tau. Jadi, sekiranya saya ada anak suatu hari nanti, memang jenama inilah yang jadi kegemaran saya!




What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Kita faham bayi memang tak mungkin boleh terus-terus makan nasi lauk gulai dan sambal macam kita yang dewasa ni kan. Jadi pemilihan susu terbaik adalah penting untuk memastikan bayi kita (or future baby) mendapat nutrisi yang baik dan seimbang. Saya seperti biasa akan menggunakan pengalaman saya untuk bagi sharing. 


Pediasure Vanilla 1.6KG



Dulu saya minum susu Pediasure ni. Bukan saya sahaja, adik-adik saya pun minum sekali. Dan memang ini merupakan salah satu milk powder yang mengandungi nutrisi seimbang dan lengkap untuk bayi dari umur 1 tahun sehingga 10 tahun. Kenapa untuk jangka masa 10 tahun ini sahaja? Kerana pada waktu ini, pertumbuhan untuk tumbesaran yang pesat dan development for mind lah. Walaupun dulu saya menggunakan produk ini, jika saya ada anak pun, saya akan pilih juga!



Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 

Dalam banyak-banyak produk yang ada di dalam website LAZADA Malaysia ni, ada satu benda yang membuatkan saya teringin nak bagi kepada anak saya (one day ye bukan sekarang haha) suatu hari nanti. 


Kenapa suka benda ni? Well first of all, nak ajar kepada bayi-bayi ni semangat tak berputus asa. Yelah, dari kecil kena didik supaya jangan cepat mengalah. Pendek tak semestinya tak boleh main basketball tau. Lagi satu, saya ni perempuan dan teringin main basketball tapi tak kesampaian. Just berharaplah kalau ada anak suatu hari nanti, dapat lah lelaki. Boleh lah dia tinggikan badan dengan main basketball. Tapi, semua itu kena lah bermula dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!


Jadi kepada sesiapa yang ingin menyertai pertandingan/contest ini boleh terus ke link ini ye. Semoga berjaya kepada semua blogger sekalian!

No comments:

Post a Comment