MY SURPRISE GIFT BOX DARI LAZADA DAH SAMPAI!


Alhamdulillah, dah sampai! Dapat surprise box ni dah lama sebenarnya, masa dapat tu dalam December 2017 lah. Masa tu LAZADA ada buat Sale Surprise Gift Box. Aduh, gugur iman dan jantung bila tengok tawaran harga yang diberikan. Rasa macam nak beli semua je. Tapi, tak sangka rakyat Malaysia sangat peka dengan kehadiran sale ni. Baru je masuk satu minit bertukar tarikh, terus sold out. Baru je nak buat payment, terus sold out. Menangis tak berlagu tau.

Tapi syukur alhamdulillah, niat tadi nak dapatkan tiga surprise box, akhirnya berjaya dapat satu je. Bersyukurlah nak, daripada tak ada kan. Seperti biasa, barangan dari LAZADA memang tidak menghampakan. Selain dari service yang pantas dengan menggunakan Lazada Express, Lazada juga menawarkan service yang sangat friendly-user. Sistemnya pun okay. Biasanya, time sale, untuk sesetengah website memang akan hang, tak boleh update, kecelaruan maklumat dan sebagainya. Tapi Lazada tidak, berbeza sungguh dengan website lain.




Nak tau apa yang Mia dapatkan semasa Lazada Surprise Gift Box Sale? Sekotak........ *bunyi drum rolls*



Sekotak Suprise Gift Box dari Vaseline Brand!!

Mia beli Surprise Gift Box dari Vaseline Brand dengan harga RM 39 kalau tak silap. Dah lupa sikit sebab masa tu fokus memang nak beli je, tak kira berapa harga pun. Sebab masuk dalam cart ada dalam tiga brand, time tengah nak buat payment, satu je dapat. Huhuhu. Masa dapat ni, di bahagian description mia akan dapat :- 

2X Product dari Vaseline Brand dan 1x bag Limited Edition Vaseline Brand. 

Kalau korang tengok dari luaran, memang betul-betul surprise ni. Bungkus plastik luar from Lazada Express pun dah surprise, buka dalam tengok kotak ni pun surprise jugak. Harap harap tak surprise sangat lah tengok isi dalamnya. Hahaha. Masa Mia mula-mula dapat kotak ni, memang rasa sayang sangat nak buka. Rasa sayang-sayang hey, gitu! Rasa bertuah sangat jadi salah seorang yang berjaya dapatkan barangan Sale dari LAZADA ni. Rasa excited tu teramat sangat sampai tak lena tidur malam tau. Berdebar hati memikirkan barangan apa yang akan dapat tu. Harap-harap barang tu boleh digunakan sebaiknya.


So Mia pun buka dan nampak ni! Wah, excitednya. Tak sabar rasanya nak keluarkan. Terkejut ni dapat barang limited edition. Hehehe. Jom tengok, barang apa yang Mia dapat hihihi.


INI DIA, 2X PRODUCT VASELINE BRAND

Alhamdulilah syukur sangat dapat lotion. Awal bulan December haritu memang ada terfikir nak beli lotion, Tapi macam biasa, kita tengok dulu, tunggu duit, baru kita beli. Masalahnya, kadang kadang duit dah masuk pun, kita tak beli beli. Kan? Ke Mia sorang je macamtu? Hahaha.



Macam yang kita semua tau, Vaseline ni terkenal dengan lotion dan beberapa produk kecantikan yang lain. Rasanya ini kali pertama Mia gunakan produk Vaseline dan rasanya mungkin Mia akan bagi sedikit review berkenaan dengan Lotion Vaseline ni. Korang yang dah pernah cuba, ada komen tak?

Mesti korang tertanya-tanya kan apa bag Limited Edition yang Mia dapat? Jom kita tengok...

TARAAA!! Its a travel bag! Vaseline Brand ni macam tau je Mia ni selalu travel. Well, sebenarnya memang selalu travel pun. Bag ni besar, memang cukup kalau korang jenis travel maksima 3 hari 2 malam. Macam yang korang nampak, ada dua compartment yang boleh letak passport, handphone, atau kalau korang nak pack toiletries dalam bag ni pun boleh. Nanti Mia share OOTD ye untuk pakai Barry Smith ni. 

Tapi apa-apa pun, Mia rasa bangga sangat sebab sempat dapatkan Suprise Gift Box from Lazada ni. Terima kasih Vaseline Brand! Terima kasih LAZADA!




No comments:

Post a Comment