REVIEW : CARA UNTUK DAPATKAN DUIT EXTRA, SHOPPING ONLINE DENGAN SHOPBACK


Siapa sini suka shopping? Mestilah suka kan, lebih-lebih lagi pompuan-pompuan ni. Beli baju je dah tiga helai, beli tudung lima helai, beli kasut dua pasang, lepastu hujung bulan pening ke mana pergi duit gaji. Eh macam cakap pasal pengalaman je. Hihihi.

Kalau korang suka shopping, korang kena baca sampai habis tau! 

W A J I B !

Shopping sekarang bukan setakat dekat mall, or outlet sahaja. Even ada bundle, one of my favourite place juga sebab senang nak pilih size kecil. Hehehe. Tapi kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai susah nak bazirkan masa untuk ke shopping mall atau outlet. Nasib baik sekarang semua benda ada dihujung jari. Jadi, gunakan hujung jari anda dengan sebaiknya dan dengan cara yang betul. Lebih-lebih lagi kalau kita tekan tu, terus dapat DUIT! Pernah tau that one day, Mia spent over RM 600 for a day untuk shopping dekat mall. Perempuan ni memang kan, kalau dah dapat duit, memang dalam sekelip mata je boleh habiskan. Mohon kepada wanita diluar sana, control your hormon!  #donedakwah 

Jadi, kalini Mia nak share dengan korang satu website yang korang boleh shopping sepuasnya dengan pilihan barangan branded yang semestinya boleh bagi korang DUIT! Paling best, website ni memerlukan korang untuk menggunakan hujung jari korang. Wah sangat best kan. Walaupun kedengaran agak irony. Yelah, korang beli barang, keluar duit dan dapat barang. Tiba tiba ada satu website, korang boleh shopping sepuas hati korang siap bagi korang duit pulak. Hebat ni...

Macam mana tu?


Korang pernah dengar tentang SHOPBACK? Mula mula dulu pun, Mia agak pening sikit bila dengar pasal Shopbackni sebab terkejut, kenapa baru sekarang Mia tau tentang Shopback. I should've done it before. Shopback ni baru je dua tahun beroperasi dengan lebih dari 500 brand yang bekerjasama dengan diorang. Shopback juga menjanjikan duit cash kepada setiap pembelinya. Antara brand yang bekerjasama dengan Shopback ialah, Hermo, Lazada, Zalora, Sephora MY, Malaysia Airlines, Foodpanda, Motherhood, and so much more. Penat nak type 500 brands, dik oi...

Kalau korang pening, jangan risau, Mia akan tunjuk STEP-BY-STEP supaya korang lebih faham tentang cara pembelian melalui Shopback ni. Mesti korang akan jadi lebih excited kalau korang follow steps ni.

Katakan la korang nak beli barang dari Sephora MY, lebih-lebih lagi kepada makeup lovers yang tak boleh tahan bila Sephora buat sale gila gila tu, korang jangan lupa grab opportunity ni dengan pantas! So pertama sekali, korang perlu ada akaun Shopback untuk memulakan pembelian. Aip, tapi untuk dapatkan LEBIH BANYAK PENJIMATAN, lebih baik korang tekan link bawah ni dan korang akan terus ke website Shopback dan dapat RM 10 CASHBACK secara percuma! Mudahkan? Baru daftar kot, dah dapat cashback. Tapi korang akan dapat RM5 dulu (once dah daftar) lepastu korang akan dapat RM 5 lagi selepas korang buat pembelian melalui Shopback. 




STEP PERTAMA : TEKAN LINK ATAS



Selepas korang dah tekan link atas tu, korang terus akan ke website Shopback dengan rupa macam ini. Lepastu korang klik button SignUp. Ikut je bulatan biru tu.


STEP KEDUA : SIGN UP 


Best tentang Shopback ni, korang boleh login dengan Facebook ataupun Email. Sangat senang kan, tak banyak pun korang kena SignUp, dua ni je terus korang dah ada akaun korang sendiri! Cepat sangat!


STEP KETIGA : PILIH JENAMA KORANG NAK SHOPPING


Korang boleh search untuk jenama korang, atau korang boleh tengok bahagian kategori yang ada dekat homepage tu. Contoh sekarang kita pilih Sephora MY. Sebab Mia pun akan jadi salah seorang pembeli tegar Sephora MY selepas ni. Hehehe. 


STEP KEEMPAT : KORANG AKAN PINDAH KE WEBSITE SETERUSNYA

Lepastu korang akan dipindahkan kepada website seterusnya, tahap kesabaran korang adalah berdasarkan kelajuan internet korang tau.


EH, MY NAME! See korang tengok Sephora MY ada <7.5% cashback tau! Duit tu datang dekat korang balik. Bestnya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! 


STEP KELIMA : BELI SEPERTI BIASA


HAA, sekarang korang dah sampai ke website official Sephora MY, jadi jangan lengahkan masa. Korang beli je macam biasa sehingga ke checkout. Korang punya cashback (dan tambahan RM5 untuk pengguna pertama kali) akan diberikan kepada anda dalam masa DUA HARI bekerja. 

SENANG, KAN?

Jadi kepada korang yang sukakan shopping, jangan lupa untuk SIGNUP dengan Shopback, dan dapatkan ganjaran DUIT yang tak akan dapat dekat mana-mana website lain! Untuk pantau korang punya cashback, pending transaction dan sebagainya korang boleh rujuk semula di website Shopback. Dan korang diberi pilihan tau untuk withdraw duit tu, so makin banyak korang shopping, makin banyak cashback korang dapat! Bila dah banyak nanti, korang withdraw lah. Bestnya shopping sambil menabung!

So yea, kalau korang rasa post ni bermanfaat untuk di share kepada orang lain, jangan lupa untuk share tau. And kalau korang nak dapatkan TAMBAHAN RM 10 CASHBACK dengan Shopback (utk kali pertama shj) sila tekan LINK di bawah! 

No comments:

Post a Comment